Pages

Friday, June 28, 2024

Rezeki Pagi Jumaat

Hari Jumaat pagi biasa ibu akan ambil heavy breakfast. Samada nasi lemak berlauk, bihun atau segala mi berlauk.
Beli je lah.. tak ada nya nak masak sendiri 😁

Pagi ni beli kat gerai pacak depan kilang area ofis ibu. Gerai ni biasa ramai pelanggan sebab satu-satunya gerai Melayu di kawasan sini. Kebanyakan kilang ada kantin sendiri. Kadang-kadang nak juga makan makanan tempat lain.

Ibu ambil set nasi kerabu lauk ayam berharga RM6. Dah pack siap-siap. Sayur, serunding ikan dan sambal 2 jenis dipack asing dalam bungkusan nasi.
Sedap secukup rasa. Condiments pun banyak. Puas hati dengan serunding ikan tu. Pernah beli kat pasar malam nasi kerabu tapi serunding kelapa. Krik.. krik.. juga bila makan. Ye lah.. kalau makan serunding kelapa tu lebih baik makan nasi ambeng je😅

Masa ibu tengah breakfast di pantry, kawan-kawan letak kuih-muih plak.
Masing-masing berlumba-lumba sedekah Jumaat pagi.
Semoga murah dan mencurah-curah rezeki kawan-kawan ibu ni.

Vietnamese Roll. 
Setiap seorang dapat satu pack.

Popiah basah.

Koci.

Karipap.

Bila dah makan heavy breakfast ibu tak makan tengahari dah.
Bolehlah makan kuih-muih yang ada ni.
Jumaat rehat panjang 1 - 2.30 pm, lama lah sikit boleh layan mata 😃
 

2 comments:

  1. sedapnya ada popiah basah .koci pun sedap.nyumss

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah berebut² kumpul pahala 👍
    Kuih koci sedapnya...

    ReplyDelete