Pages

Monday, June 17, 2024

Makan-makan Raya

Hari Raya Haji biasanya kami tidak ke mana-mana. Duduk berkumpul family di rumah nenek. 
Makan.. makan.. makan..

Kak Widad buat mushroom soup dan garlic bread. Ibu buat nasi minyak dan paru berlada. Juga bawa Vitagen dan anggur.

Cik Nora bawa cendawan goreng dan ayam ungkep.

Cik Elis masak kat rumah nenek nasi beriani, rendang daging, rendang kerang dan acar timun.
Dodol Cik Biela bawa dari Sabak Bernam. Rajin orang sana kacau dodol setiap kali raya.

Nenek masak lontong, kuah kacang dan sambal tahun.
Lemang tu Abang Izzat beli di Tapah.

Lontong ni menu wajib kat rumah nenek. 
Ni kalau ada cucu yang tak dapat makan mesti merajuk๐Ÿ˜…

Cik Cha bawak Spegeti Bolognaise dan sup ceker.

Ni makanan banyak bolehlah ulang² makan sampai ke malam.

Mak² dah taknak masuk dapur.

Lepas ni nak kelekaran je layan movie seram Indonesia๐Ÿ˜…
 
Balik solat baru makan.

1st round.
Masa ni ibu tak sampai lagi.. nak keluar dari parking masjid jem sikit.

Ambil giliran.

Yang kat Mekah kemain.. daging harimau menangis.
Sedap² menu diorang.

Durian dari Chenderiang, Abang Imran dan Isyraf kutip semalam.

Hari ni ada tetamu seorang je, kawan Abang Izzat yang tak balik kampung di Perak dan sedang jalani intern. Sehari je cuti. Itu yang Abang Izzat jemput datang rumah nenek.

Petang ni ada operasi bersihkan kulit lembu korban.
Anak² buah lelaki ramai kali ni boleh tolong๐Ÿ˜

Nenek masih kat masjid dengan Cik Biela. Rewang masak.
Ibu balik rumah sekejap nak jemur kain.. adehh... ampaian penuh 2 hari hujan. Ni nak cepat² angkat kain dulu kemudian jemur basuhan malam tadi.

Rasa cepat pula hari ni berlalu...
Kan seronok kalau dapat cuti seminggu huhu

7 comments:

  1. Replies
    1. Adik beradik ramai.. bila sorang bawak sikit.. banyaklah menunya.

      Delete
  2. Juadahnya sedap-sedap belaka.....eh durian....dah musim balik ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. masak hidangan yang biasa dimasak.
      Durian Penang, Perak dan Johor dah ada Ezna. Tapi tempat kami masih tak nampak orang jual.
      Durian tu dari kebun keluarga abang ipar di Perak.

      Delete
  3. Uwaaaaah banyaaaaknya makanan kak ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜. Dan semua kliatan sedap memang. Pantaslah kalo cucu menangis tak dapat lontong kuah kacang tuh kan ๐Ÿ˜„

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab ramai tukang masaknya Fanny.
      Buat meriah meja saja heheh.. lagipun cucu-cucu ramai. Biar makanan banyak jadi tak perlu asyik masak sahaja.

      Delete
  4. Bahagianya dapat kumpul ramai-ramai, makan bersama-sama. Moga tambah erat silaturrahim.

    ReplyDelete