Pagi ni lewat sket sampai... rasa masih bermimpi nak kena bangun pula 🥱.
Kat taman belum ramai orang lagi.
Breakfast beli nasi lemak kerang lagi tapi sampai rumah goreng keladi juga. Nak habiskan 1/2 lagi.
Jam 1 pm ada appoinment, rutin pemeriksaan gigi. Last pergi August 2023. Doktor pesan.. datanglah 6 bulan sekali.. atau setahun sekali...lagi baik 6 bulan. Adoiii🤗🤗
Untuk penjagaan lebih baik doktor pesan, sekali sehari guna dental floss lepastu kumur² guna ubat kumur. Kemudian baru gosok gigi seperti biasa.
Oklah... mari dengar nasihat doktor!
Balik dari klinik ibu singgah di Bakery Azlina Ina sebab haritu Wafi beritahu teringin makan soft cookies. Mujur lah ada jual lagi dan ibu ambil original flavour. Wafi kata soft cookies ni tengah viral. Beli 1 bekas berisi 3 keping harga RM13. Wafi makan cicah dengan susu. Mungkin macam tu kot cara makannya. Ibu ambil 1/2 keping, makan macam tu je. Sedap gak. Lembut dan kurang manis.
Balik dari klinik ibu singgah di Bakery Azlina Ina sebab haritu Wafi beritahu teringin makan soft cookies. Mujur lah ada jual lagi dan ibu ambil original flavour. Wafi kata soft cookies ni tengah viral. Beli 1 bekas berisi 3 keping harga RM13. Wafi makan cicah dengan susu. Mungkin macam tu kot cara makannya. Ibu ambil 1/2 keping, makan macam tu je. Sedap gak. Lembut dan kurang manis.
Ibu rasa kena scam pula dengan durian ni.
Masa turun dari klinik ibu terbau durian. Teringin pula. Ada penjual durian depan klinik. Penjual ni memang biasa menjual dan duriannya agak premium. Ibu pernah beli darinya. Katanya durian Balik Pulau Penang, gred AAA. Ibu nak sebiji je. Harga sekilo RM45. Belum sempat beritahu nak yang paling kecil, penjual sudah ambik sebiji, 2 kilo lebih. Terus kopek. Isi cantik. Makkkkk... harga RM108
Balik rumah bila makan, sedap berlemak tapi macam overrated pula sebab pernah makan yang lebih sedap huhu... Ada juga isi yang belum cukup masak. Makan seorang je sebab Wafi tak gemar. Terpaksalah masuk dalam freezer.
Rasanya ini kali ketiga sepanjang beli durian dengan harga mahal tapi tidak memuaskan hati 🤧🤧
Nak pi mengadap dentist tu la paling lemah kan 😅
ReplyDeleteBetul.. lagi² dok membayangkan alat scalling yang bunyi bergetar² pun rasa ngeri huhu
Deletehaha kak ana pun delay dah nak appoitment jumpa dentist nih, memang lemah sungguh nak menghadap dentist kan hehe :)
ReplyDeleteGamaknya ramai orang gitu kak.. seremmm 😁😁
DeleteGeram pula kalau dapat durian yang tak memuaskan selera. Sudahlah harga mahal.
ReplyDeleteItulah kak.. kata durian premium tapi tak berbaloi pun.
DeleteSayang banget kalo durian dah mahal tak sedap pula yaa. Saya selalunya balik ke KL atau Penang june dan July, hanya untuk festival durian 😄. Inilah tak sabar nak hunting durian lagi
ReplyDeleteooo.. patutlah.
DeleteEnjoy ur durian's craving 😁
Kenapa budak- budak sekarang x suka durian erk...Dania pun sama..kalau nak makan durian sila pergi tanpa dia, kalau nak beli jangan guna kereta dia...sabo je la..keta tu nama mama kot...hahahaha
ReplyDelete