Pages

Saturday, June 29, 2024

Punten

Punten ni ibu buat lama dah.. baru ternampak dalam draft.

Masa tu nampak ada yang share di FB, teringin pula nak buat sendiri.

Resepi punten ni macam kita nak buat nasi lemak cuma lebihkan air.
Beras, santan, garam, daun pandan dan minyak masak.
Bila nasi tu dah masak lenyek² kan dan buatlah bentuk yang kita nak.

Kalau jenis OCD kenalah buat sama saiz tapi sebab ibu jenis yang nak cepat.. asal jadilah bentuk tu🤣

Buat pulak terbanyak padahal berdua je makan. Tak sabar nak adun. Mungkin ini pertama dan terakhir buat.
Sekadar nak makan.. beli je lah.. ada je pagi orang jual pagi².

Walau ada yang panggil Punten Jawa tapi nenek tak pernah buat pun dulu. Lately ni je ibu kenal punten.

Melalui bacaan, punten ni terkenal di kalangan orang Jawa di daerah Sungai Besar dan Sabak Bernam.

Makanlah dengan sambal ikan bilis atau apa² sambal.
Gambar sambal jadi gelap pulak.
Punten ada kaler perang tu sebab masa kepal² ambil bahagan kerak yang bawah juga.



 

6 comments:

  1. Dulu-dulu ada juga emak buat, tapi masak beras pulut tambah kelapa parut lepas tu ditumbuk dan letak dalam loyang sebelum dipotong. Entah apa namanya. Punten ni jarang ada di daerah Kuala Selangor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin melalui perkahwinan antara daerah membawa punten ni ke daerah lain.

      Delete
  2. Teringin nak buat takut 3 beranak tu taknak makan. Nanti jenuh Cie habiskan sorang 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada jual beli je satu pack tu Cie buat ghaso-ghaso 😅

      Delete
  3. Saya dengar kata punten, yg terbayang pulang kampung ke Jawa, lalu melihat orang2 sana saling menyapa, "punten", artinya excuse me 😄

    Tapi jujur saya tak tahu kue ini. Yg Jawa suami saya sebenarnya.. tp mama mertua pun tak pernah mengenalkan kue beras punten ini . Penasaran jadinya

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo.. itu maksud punten di Pulau Jawa.

      Kuih di nusantara ni pelbagai.. mungkin banyak lagi yang kita tak tahu atau sudah tidak disediakan lagi disebabkan perubahan masa.

      Delete