Pages

Wednesday, November 12, 2025

Osaka, Japan 2025 : Jalan² Di Shinsaibashi dan Dotonbori Di Waktu Malam

Balik dari Kyoto, pemandu van menurunkan kami di area Dotonbori. Masa ni baru jam 4.15 pm. Dia ingatkan kena tunggu sebab van dah chartered hingga jam 6 pm. Happylah dia sebab boleh balik awal heheh... kami pun taknaklah naik van sebab nak jalan² dan shopping, nanti rushing pula sebab ada yang menunggu. Lebih baik balik ke hotel menaiki tren sahaja.

Hari mula gelap jadi banyaklah lampu² neon yang sudah dipasang. Tak jalan sampai ke hujung pun sebab kita dah target kedai mana nak masuk. Tak larat dah nak mengukur jalan.

Restoren Ketam gergasi Kani Doraku.
Ketam tu boleh bergerak-gerak.


Ada muzium di situ tapi dah nak tutup pula.

Masa ni nenek Ina baru lepas beli selipar Jepun made in China yang berharga RM40 bila di convert. Masa ni tak perasan lagi, bila masuk Asics  baru perasan.

Ginshari Omusubi en., kedai menjual Onigiri.

Kat Dotonbori ni mereka sangat kreatif letak hiasan kedai dengan lampu neon yang sangat berwarna-warni.
Malam mereka sangat lively.

Lalu je kedai buah, tak beli apa² kat sini.

Buah bujur kaler purple tu namanya Akebi. Sejenis buah eksotik di negara ini.


Showa Hormon Wagyu Plus, a yakiniku (grilled meat) restaurant featuring a golden bull statue. 
Ada lagi ketam gergasi.

Masuk Drug Store ni untuk beli jajan² halal. Tour guide suggest masuk sini.

Cari biskut kapal kat sini.
Sini murah masa kami pergi.

Biskut viral. Dipanggil biskut kapal sebab ada bentuk kapal kat coklat tu. Kalau sesiapa pergi kena beli biskut coklat ni. Tak banyak pun jajan halal yang boleh dibeli. Jadi ini boleh jadi pilihan.

Tax free counter di tingkat 2. Kena beli ¥5,000 baru dapat tax free. Sebelum tu tunjukkan passport dan staff kaunter akan scan dahulu. Keluar segala detail peribadi kita. Masukkan nombor telefon dalam device macam kita tap kad bank.

Untuk Barangan yang dibeli akan dimasukkan dalam plastik dan di seal. 

Tidak boleh dibuka di Japan. Ada sticker "Please Don't Open In Japan". Kalau kastam Japan check ianya terbuka akan dikenakan tax pula. Itu yang staff kaunter beritahu. 
Resit simpan elok².

Ganso Kushikatsu Daruma restaurant.


Misi mencari kasut.

Ibu jumpa 2 kedai Onitsuka Tiger ni. Yang ini dibahagian corner lot. Nampak macam besar sikit dari lot kedai tengah masa ibu lalu hari semalam.

Nak masuk pun kena beratur. Masuk batch by batch.

Bila dah masuk tengok design dan harga dulu. Tak berkenan yang di bawah, jadi naik atas.

Ambil model Mexico 66 Birch/Peacoat, harga sepasang ¥15,400. Masa nak bayar baru tau ada diskaun. Tinggal ¥14,000 sahaja. Tengok kat website Onitsuka Tiger Malaysia sepasang RM650. 

Beli kat sini sepasang baru RM390. Beza RM260, bersamaan 40%.

3 pasang kasut untuk anak².

Bila balik Malaysia baru terfikir kenapa tak beli untuk diri sendiri.. adehhhh... kesal.

Dapat Onitsuka Tiger, cari butik Asics pula. Guna ke google map. 600 m terasa jauh pula dengan orang ramai. Nak jalan laju pun tak boleh.

Lalu Glico Man lagi. Memang tempat tumpuan dan malam lagi ramai.



Shinsaibashi-suji

Meremut kat sini. Punyalah ramai manusia.

Lalu je tak masuk.

Cik Elis sedang pilih kasut di Asics.

Kat kedai ni ramai Malaysian shopping.

Nenek Ina sambar sepasang kasut Asics.

Cam biasa nenek kena jaga beg. Sambil tu bolehlah rehatkan kaki.

Keluar dari Asics patah balik sebab Cik Elis nak beli baju kat Butik Uniqlo. Keluar tangan kosong sebab mostly Uniqlo dah mula menjual baju untuk winter.

Tunggu kat luar Uniqlo.

Sementara Cik Fatin masuk 2nd Street yang betul² terletak di hadapan Uniqlo. Tak beli apa pun sebab malas nak belek² katanya. 2nd Street ni jual barangan secondhand.

Dok fikir camne nak bawa balik. Patut bawa luggage awal² sebab kan boleh letak dalam van sementara kami jalan². Tak terfikir pula sebab ingatkan nak beli sikit².

Satisfied lah tu jadi PS suami sendirišŸ˜…





Tour guide pesan berkumpul di area kedai mee tarik jam 8.00 pm
Depan kedai tu ada kedai 10 yen.

Depan kedai ada replika 10 yen tapi harga sekeping ¥500.
Cik Fatin pergi beli.

Yang ni filling cheese.
Rangup di luar gebu di dalam.
Cheesenya pun padat.

Cik Elis pun nak tarik juga.

Satu lagi filling custard.
Pun sedap juga.


Signboard Dotonbori. Kami jalan sikit je kat situ dan masuk situ lebih tenang.

Sekeping di sini.

Menapak lagi untuk ke train station.

Tak tau lah apa yang dibincangkan.

Muka pun dah tak larat.

Turun tren jalan lagi nak ke hotel.
Nampaknya ada yang memikul beg šŸ˜…

Balik hotel bersihkan badan lepas tu makan. Malam tu makan RTE nasi goreng brand Jasmani. Makan dengan sambal garing Che Nor.
Ada juga yang makan mi segera dan wrap. Dan yang penting minum kopi 3 in 1. Sedaplah perut minum panas². Makan ramai-ramai semuanya berselera. Lagipula last makan kan tengahari masa di Arashiyama.

RTE brand Jasmani tu ibu beli dari Shopee. Agen Faridah dan tour guide Cikqsuq sudah berpesan agar tidak membawa makanan berasaskan ayam dan daging. Beras juga tidak boleh dibawa masuk. Bawa pack food yang ada label. Itu yang ibu beli beberapa pack nasi goreng kampung, nasi goreng cili padi dan nasi goreng ikan masin. RTE ni biasa-biasa je.. boleh lah makan. Bila makan dengan sambal garing Che Nor baru terangkat rasanya šŸ˜†

Ibu ada bawa kicap pedas dalam botol kecil beli kat Eco Shop kunun nak makan dengan nasi goreng. Tak terguna pun. Bila kemas-kemas nak balik tu termasuk dalam cabin luggage. Masa kat kastam, masuk scanner, mereka kata ada "water" tapi ibu kata no water sebab ada botol kosong je. Mereka minta buka beg dan ibu keluarkan isi... adehhh... kicap! Tepuk dahi.. sendiri lupa. Pegawai tu tengok botol dan tunjuk 2 jari tanda cross. No. Selamatlah kicap tu di bumi Japan. 

Steps hari ni.

Malam kedua tidur lewat sikit. Iron tudung sebelum tidur. Seperti biasa masing² tidur lena sangat.

1 comment:

  1. Wow...besar betul ketamnya....boleh makan sekampung ni...hihihi

    ReplyDelete