Balik dari Kyoto, pemandu van menurunkan kami di area Dotonbori. Masa ni baru jam 4.15 pm. Dia ingatkan kena tunggu sebab van dah chartered hingga jam 6 pm. Happylah dia sebab boleh balik awal heheh... kami pun taknaklah naik van sebab nak jalan² dan shopping, nanti rushing pula sebab ada yang menunggu. Lebih baik balik ke hotel menaiki tren sahaja.
Hari mula gelap jadi banyaklah lampu² neon yang sudah dipasang. Tak jalan sampai ke hujung pun sebab kita dah target kedai mana nak masuk. Tak larat dah nak mengukur jalan.
Restoren Ketam gergasi Kani Doraku.
Masa ni nenek Ina baru lepas beli selipar Jepun made in China yang berharga RM40 bila di convert. Masa ni tak perasan lagi, bila masuk Asics baru perasan.
Kat Dotonbori ni mereka sangat kreatif letak hiasan kedai dengan lampu neon yang sangat berwarna-warni.
Malam mereka sangat lively.
Buah bujur kaler purple tu namanya Akebi. Sejenis buah eksotik di negara ini.
Showa Hormon Wagyu Plus, a yakiniku (grilled meat) restaurant featuring a golden bull statue.
Ada lagi ketam gergasi.
Masuk Drug Store ni untuk beli jajan² halal. Tour guide suggest masuk sini.
Cari biskut kapal kat sini.
Sini murah masa kami pergi.
Tax free counter di tingkat 2. Kena beli ¥5,000 baru dapat tax free. Sebelum tu tunjukkan passport dan staff kaunter akan scan dahulu. Keluar segala detail peribadi kita. Masukkan nombor telefon dalam device macam kita tap kad bank.
Tidak boleh dibuka di Japan. Ada sticker "Please Don't Open In Japan". Kalau kastam Japan check ianya terbuka akan dikenakan tax pula. Itu yang staff kaunter beritahu.
Resit simpan elok².
Misi mencari kasut.
Ibu jumpa 2 kedai Onitsuka Tiger ni. Yang ini dibahagian corner lot. Nampak macam besar sikit dari lot kedai tengah masa ibu lalu hari semalam.
Bila dah masuk tengok design dan harga dulu. Tak berkenan yang di bawah, jadi naik atas.
Ambil model Mexico 66 Birch/Peacoat, harga sepasang ¥15,400. Masa nak bayar baru tau ada diskaun. Tinggal ¥14,000 sahaja.
Tengok kat website Onitsuka Tiger Malaysia sepasang RM650.
Beli kat sini sepasang baru RM390. Beza RM260, bersamaan 40%.
Birch/Peacoat - Rahimi
White/Black - Widad
Airy Green/Verdigris Green - Wafi
Bila balik Malaysia baru terfikir kenapa tak beli untuk diri sendiri.. adehhhh... kesal.
Dapat Onitsuka Tiger, cari butik Asics pula. Guna ke google map. 600 m terasa jauh pula dengan orang ramai. Nak jalan laju pun tak boleh.
Meremut kat sini. Punyalah ramai manusia.
Kat kedai ni ramai Malaysian shopping.
Keluar dari Asics patah balik sebab Cik Elis nak beli baju kat Butik Uniqlo. Keluar tangan kosong sebab mostly Uniqlo dah mula menjual baju untuk winter.
Sementara Cik Fatin masuk 2nd Street yang betul² terletak di hadapan Uniqlo. Tak beli apa pun sebab malas nak belek² katanya. 2nd Street ni jual barangan secondhand.
Dok fikir camne nak bawa balik. Patut bawa luggage awal² sebab kan boleh letak dalam van sementara kami jalan². Tak terfikir pula sebab ingatkan nak beli sikit².
Depan kedai tu ada kedai 10 yen.
Cik Fatin pergi beli.
Rangup di luar gebu di dalam.
Cheesenya pun padat.
Satu lagi filling custard.
Pun sedap juga.
Balik hotel bersihkan badan lepas tu makan. Malam tu makan RTE nasi goreng brand Jasmani. Makan dengan sambal garing Che Nor.
Ada juga yang makan mi segera dan wrap. Dan yang penting minum kopi 3 in 1. Sedaplah perut minum panas². Makan ramai-ramai semuanya berselera. Lagipula last makan kan tengahari masa di Arashiyama.
Nampaknya ada yang memikul beg š
Balik hotel bersihkan badan lepas tu makan. Malam tu makan RTE nasi goreng brand Jasmani. Makan dengan sambal garing Che Nor.
Ada juga yang makan mi segera dan wrap. Dan yang penting minum kopi 3 in 1. Sedaplah perut minum panas². Makan ramai-ramai semuanya berselera. Lagipula last makan kan tengahari masa di Arashiyama.
RTE brand Jasmani tu ibu beli dari Shopee. Agen Faridah dan tour guide Cikqsuq sudah berpesan agar tidak membawa makanan berasaskan ayam dan daging. Beras juga tidak boleh dibawa masuk. Bawa pack food yang ada label. Itu yang ibu beli beberapa pack nasi goreng kampung, nasi goreng cili padi dan nasi goreng ikan masin. RTE ni biasa-biasa je.. boleh lah makan. Bila makan dengan sambal garing Che Nor baru terangkat rasanya š
Ibu ada bawa kicap pedas dalam botol kecil beli kat Eco Shop kunun nak makan dengan nasi goreng. Tak terguna pun. Bila kemas-kemas nak balik tu termasuk dalam cabin luggage. Masa kat kastam, masuk scanner, mereka kata ada "water" tapi ibu kata no water sebab ada botol kosong je. Mereka minta buka beg dan ibu keluarkan isi... adehhh... kicap! Tepuk dahi.. sendiri lupa. Pegawai tu tengok botol dan tunjuk 2 jari tanda cross. No. Selamatlah kicap tu di bumi Japan.
Malam kedua tidur lewat sikit. Iron tudung sebelum tidur. Seperti biasa masing² tidur lena sangat.





















































Wow...besar betul ketamnya....boleh makan sekampung ni...hihihi
ReplyDeletekikih.. sayangnya tak sempat masuk makan.
DeleteDari jauh dah nampak Restoran ni.....
ReplyDeleteha ah... dari jauh dah boleh agak restoren atau kedai apa bila ada replika dan neon di luar kedai.
Deletepenat nenek jalan-jalan, tapi mesti seronok
ReplyDeleteNenek seronok je... takde pulak nak komplen penat.
DeleteAlhamdulillah..nasib baik nenek kuat lagi...Linda baru singgah ni, jap lagi nak ke belakang²..hihi..
ReplyDeleteMemang nyesal la ibu tak beli onisutka tiger tu untuk diri sendiri..murah banyak tu..
Alhamdulillah.. nenek kuat, laju je jalannya.
DeleteHaah... masa belikan untuk budak bertiga tu tak teringat kat diri sendiri huhu..
Adeh, kesian kicap kena tinggal dekat Jepun ahaha...
ReplyDeleteByk shopping tu Kak... Alih² takde utk diri sendiri huhu
Kicap tu saje nak duduk sana š
DeleteNiatnya dari rumah memang nak belikan anak² tak terpikir plak beli untuk diri sendiri. Bila balik tu tengok duit lebihan masih ada lagi.. baru terfikir patut beli untuk diri sendiri juga.
Naaib la kicap...tinggal la kat sana..huhu..itu lah akak ni..untuk diri sendiri x beli..kan dah kesal ku kerana dia..
ReplyDeleteKicap pun nak scam akak š¤£š¤£
DeleteKesal yang tiada kesudahan huhu.. paling kurang pun patut beli kasut Asics untuk running/jog sebab tengok design kat sana lawa².
Haha kelakar pulak beli selipar jepun made in china. Nak jumpa yg made in japan tu susah sikit kan. Kalau ada pun harganya mahal benau.
ReplyDeleteBestnya dpt grab onitsuka tiger harga murah! Masuk malaysia mmng mahal.
Even makanan RTE pun tak boleh masuk walau kita dah declare?
Senang sangat barangan China masuk Jepun.
DeleteTu yang memang dah aim Onit nak beli kat sana. Nampaklah benda yang dibelinya murah.
Pasal RTE tu akak pun tak sure walau dah declare boleh lepas ke tidak. Baca dalam FB Road To Japan macam² yang mereka kongsi tentang declare lepastu ada yang lepas adab yang tak. Ikut nasib katanya.
Kami follow tour guide je yang nasihatkan tidak bawa RTE yang ada ayam dan daging. Jadi takde nak declare apa².
Hahaha....biasa begitulah. Terlupa beli untuk diri sendiri.
ReplyDeleteNenek sporting lah, jaga barang. Boleh rehatkan kaki kan.
Selamat tinggal kicap pedas. Boleh pula lupa ye.
Agaknya sebab dapat berjalan pun dah seronok itu yang tak fikir beli untuk diri sendiri. Beli untuk anak² yang ditinggalkan.
DeleteNenek memang kena jaga barang sebab balik pun melenggang. Anak² yang bawakkan hasil rampasannyaš sebab berat.