Jam 6.30 pagi kami turun ke cafe hotel. Masa ni tak ramai lagi tamu.
Jomlah lihat apa yang disediakan hotel bertaraf 2 bintang ini untuk sarapan pagi.
Ada jus oren dan jus guava di mesin dispenser.
- Mee Cermin goreng
- Nasi Goreng
Sambal tu menarik sangat tapi ibu tak berani nak ambil takut perut tak tahan. Nak berjalan kan jadi lebih baik menahan diri dari makan makanan terlalu pedas.
Agaknya kegemaran masyarakat Jogja sebab ada juga dijual atas gerobak tepi jalan.
Dua kali ulang makan.
Depan hotel ni ada gerobak yang jual makanan, belakang tu sekolah menengah. Masa ni dah teringin nak try makanan yang dijual tapi kenyang makan. Ingat kalau ada lagi malam nak beli.
Sengaja kami memilih duduk di tepi untuk melihat luar.
Awal pagi ramai yang jogging & briskwalk di kawasan pejalan kaki. Tak kurang pula yang berjalan kaki ke tempat kerja. Pemandangan yang tak pernah dilihat kat tempat sendiri. Biasa kan kita briskwalk kat taman ataupun kat kawasan kejiranan. Ini mereka briskwalk di tengah bandar.
Alhamdulillah.
Puashati.
Esok hari last boleh lah makan lagi dengan harapan boleh relax² sebab lepastu nak check out.









.jpg)










Semua nampak sedap. Bakso tu mesti enak bangat kan Kak.
ReplyDeleteHa sedap.. so far makan kat Jogja semua menepati selera.
DeletePukul 6.30 pun kafe masih lengang, bolehlah pilih makanan dengan tenang. Menarik nak tengok pilihan sarapan hotel 2 bintang ni, ada jus oren dan guava lagi!
ReplyDeleteWalau tak banyak pilihan tapi cukuplah... itu pun ada yang tak ambil. Nak makan banyak² risau.. satgi nak jalan jauh😅
DeleteSedapnya bakso ada di breakfast buffet
ReplyDeleteHaa.. sedap².
DeleteSuka kalau ada sup².. dan sup nya pun ada rasa.
Sebagai hotel bintang 2 , buffet sarapan yang mereka sediakan SANGAAAAAT VARIATIF 😍😍😍😍. Biasanya bintang 2 lebih sedikiiiit kak. Bahkan dibuat dalam bentuk set saja. Bukan buffet begini . Baguuus lah hotelnya berarti.
ReplyDeleteSebab, Indonesia nih banyak taman, tapi jauh2. Dan terkadang sepi. Jadi orang2 banyak yang briskwalk di tengah kota, kliling kota begitu saja. Sayapun kalau briskwalk di luar, jarang sekali di taman. Sebab jauh, dan kadang sepi.
Lebih suka di stadion atau tengah kota
Oo faham.. patutlah ramai yang briskwalk keliling kota rupanya taman jauh². Kerap baca blogger yang duduk Sukabumi briskwalk dan ambil gambar sekitar kota. Alamak lupa pulak blogger ni sebab macam lama tak update.
DeleteLinda ingat blogger ni.. Linda pun ternanti kisahnya, dah lama tak update, moga yang baik² saja untuk beliau..aamin
DeleteAamiin YRA.. kalau tak silap sebelum ni ada citer buat operation.
DeleteLinda pun, kadang briswalk keliling taman je.. masukkan la semua lorong rumah orang yang boleh masuk.. hahaha..
ReplyDeleteBest arr... kot haus bagi salam😆
DeleteByk aneka keropok tu dlm tin
ReplyDeleteTu yang nenek suka😅
DeleteMenarik betul buffet spread nya. Apa agaknya bumbu yang orang Indonesia guna kan sebab biasanya memang sedap-sedap belaka makanan deme
ReplyDeleteMesti ada bumbu rahsia yang orang Malaysia tak boleh tahu hehe... nak makan kena pergi sana😆
Deleteeh banyak juga pilihan makanannya... kalau ammi disitu confirm ammi ambil bubur pulut hitam sebab itu faveret ammi.
ReplyDeleteAduhhhh.. bila ammi sebut langsung teringin☺️
Delete2 bintang pun meriah menu nya. Macam2 ada.
ReplyDeleteCukup lah pilihan yang ada.
DeleteWow..meriah menu ye walau hotel 2 bintang...macam ni la bagus..banyak pilihan..nampak sedap sayur tu kak...
ReplyDeleteBagi kami cukup lah dengan pilihan yang ada. Masakannya pun semua sedap dan berasa.
Deletewalaupun hotel taraf 2 star, tapi makanan dia lumayan jugaa. saya kalau nampak bakso, mmng makan yg tu jelah ulang2 hahaha bubur kacang hitam tu pun nampak menariklaa
ReplyDeleteuishhh... kalau bakso dia memang boleh layan...bubur kacang hitam kat sana senanglah nak dapat... sedap pulak tu. tepi-tepi jalan pun ada orang jual.
DeleteSaya pernah sampai Padang/Bukit Tinggi sahaja tu pun 14 tahun lalu. Tak pelah janji sampai kan.
ReplyDelete