Pages

Friday, April 12, 2024

Ziarah Hari Raya Pertama

Sambung lagi cerita hari raya pertama... 

Selepas sesi bermaaf²an dan bergambar, sudah ada tetamu yang datang. Jadi kami decide untuk keluar beraya selepas solat Zohor. Aleh² jam 2.30 pm baru tayar golek. Beraya dalam kampung je tapi choose rumah yang paling jauh dulu. Jauh pun 5 minit juga berkereta

Rumah pertama, rumah Atuk Pingi adik kedua arwah atuk Shohari.

Rumah kedua, Nenek Masi
Kelaparan lagi masing². Makan nasi impit, rendang dan macam² lagi.

Ibu dan Nana. 
Nana akan mendaftar F1 di MRSM Tumpat, 17/4/24



Disebabkan Nenek Masi ada sedikit masalah pengelihatan, sekarang sapa yang menyapa kena kenalkan diri.

Rumah ketiga, Atuk Leh.

Biasa geng² lelaki yang duduk sini, kali ni mak² takeover.

Telefon kring² yang masih berfungsi.

Rumah keempat, Atuk Man dan Nenek Eton.

Kemain mereka minum jus tembikai kat rumah nenek Eton. Sedap sangat.


Port wajib untuk bergambar sebab ada pokok bunga Air Mata Pengantin.

Dari rumah Nenek Eton kami jalan kaki je. Driver bawak balik kereta park di rumah nenek sebab rumah² lain jalan kaki je.

Kami singgah dulu ke rumah Nenek Nilah, pintu terbuka tapi bila bagi salam beberapa kali tak ada pula yang menyahut. Jadi kami ke rumah seterusnya.

Rumah kelima, Atuk Nasir dan Nenek Sidah. Sebelah je dari rumah nenek.

Makan kuih raya lagi. 
Makan sana sini sikit kenyang lah kan. 
Jamah lah walau sedikit, kan tuan rumah sudah sediakan.


Rombongan Cik Kiah.

Ini between tu terjumpalah family cousin ibu yang juga berziarah. Cuma bila masing² sampai ada yang sudah selesai berziarah. Jadi rumah tuan rumah tak adalah crowded sangat.
Hanya satu² family sahaja yang berkunjung.

Rumah keenam, Nenek Ina
Rumah ketujuh, Atuk Nading dan Nenek Yati.

Rumah kelapan dan terakhir program ziarah raya 1 Syawal, Atuk Jep dan Nenek Nor.
Ini rumah pusaka arwah buyut Chudi, bapa arwah atuk.


Angah dan Opal.

Imran dan Bami.



Ada pulak carrot cake yang super moist.

Umi dan Nenek Nor baru nak bersembang .

Yang duduk atas tu belum habis makannya.
Masa ni sudah jam 7 pm.
Bolehlah kami meminta diri dulu.


Alhmadulillah.. cuaca elok hari pertama. Mendung sahaja walau ada sedikit panas sekejap. Compared to last year, panas ceng² hari raya pertama.

Disebabkan kami sudah selesai berziarah raya ke rumah adik beradik nenek dan arwah atuk yang berdekatan, maka malam sudah tiada program. Dapatlah merehat² diri di rumah.

Teringat pesanan Cik Amie pada anak² buah.. "nanti bila korang dah besar² dah kahwin, jangan lupa datang beraya rumah Cik Amie di Kajang".

Itulah yang kami lakukan, ziarah wak², makcik dan pakcik. Masa kecil² dulu kami naik basikal je dan beraya dengan sepupu² ke rumah saudara mara. Masa tu atuk cuma ada motosikal camne nak bawak kami. Tapi duduk kampung takde masalah untuk berbasikal tambahan pula sudah biasa. Lagipun rumah saudara mara dekat². 

Adik beradik atuk yang paling jauh tinggal di Kampung Melayu Subang. Manakala sebelah nenek, yang tinggal jauh di Sungai Way dan Kampung Melayu Tambahan Sungai Besi.

Insyaallah amalan berziarah di hari raya akan dikekalkan selain ketika memenuhi jemputan kenduri kendara. Biar anak² mengenali dua pupu mereka serta mak dan bapa saudara lain.

 

11 Jam Perjalanan

Alhamdulillah malam tadi kami sampai Kulim jam 10.30 malam. Keluar rumah jam 11.30 am, masa tu tengok google map dijangka sampai jam 3.58 pm. 
yeayyy.. tapi dari masa ke semasa jangkaan masa tu bertambah dengan pertambahan kenderaan di jalan raya. 
Ibu dah siap² masak untuk bekalan dalam perjalanan. Mula² anak² makan nasi goreng dulu sebab kat rumah tak sarapan lagi.

Jam 2.30 masing² dah mengadu lapar, nak masuk RnR pasti sudah untuk dapatkan parking. Ayah exit Sungkai, nak masuk ke kawasan rehatnya pun takde parkir. Jadi berhenti di Petronas. Makanlah dalam kereta sahaja. Kat luar pun cuaca sangat panas.

Kat rumah tak jumpa pinggan pakai buang. Bawak je lah pinggan plastik. Untuk lunch ibu masak nasi putih, sotong goreng dan telur masak lemak cili api.

Tak tercapailah hajat nak piknik kat gazebo atau bawah pokok. Tikar dan suratkhabar memang dah standby dalam kereta. Mungkin lain kali🤣

Bila dah kenyang takdelah anak² meragam.. ehhh.. kemain.. dah besar pun nak meragam juga.

Dalam kereta pun dah standby banyak makanan dan minuman. 

Popiah simpul ni Kawi buat. Guna je serunding ikan yang Cik Baya belikan di Kelantan.


Kuih tiram ni sebelum raya sudah habis sebekas. Mujurlah ibu beli 5 bekas. Hantar juga rumah nenek. Yang ni senang nak makan sebab saiz kecil.

Sana sini jalan jem tapi moving je semua. 

Bagus bila ada Smart Lane di Plus hiway.

Smart lane ni adalah emergency lane yang kita tak boleh guna dengan sewenang²nya pada hari biasa. Bila jumlah kenderaan bertambah, PLUS akan aktifkan lorong smart ini.

Sempatlah ibu baca antaranya :

1. kalau dah masuk smart lane perlu berada di situ sehingga habis lane. (kalau asyik keluar masuk sudah tentu² akan kem)

2. Hadlaju 60 km/j (lane ni keadaan permukaan jalan tidak se smooth lane biasa, agak kasar dan lane tidak lebar)

3. Lampu di papan tanda smartlane akan dinyalakan bermakna smartlane telah diaktifkan. Sebelum habis smart lane, lampu juga diaktifkan.

Kalau tak ada papantanda smartlane yang diaktifkan janganlah mengada² nak lalu 🤣🤣

Oh ya, malam tadi sebelum sampai rumah tokwan singgah dulu cari makan. Ada 1 gerai yang agak ramai juga orang. Lebih 40 minit jugalah menunggu, Alhamdulillah makanan yang dipesan semua sedap². Yang paling seronok makan Wafi. Senyum dia bila cukup makan dan kakak share makanan kat dia. Sampaikan abang dia usik, ada bela saka ke.. sabar je lah Wafi.


 

Thursday, April 11, 2024

Gambar² Keluarga Shohari Clan

Tahun ini 10/11 anak² nenek beraya di rumah. Hanya Cik Elis sekeluarga beraya di Kuantan. Dapatlah RAWIWA berkumpul dengan semua sepupu². Kecuali Abang Muhammad yang beraya di Mesir.

No. 1

No. 2

No. 3


No. 4

No. 5

No. 6

No. 7

No. 8

No. 9

No. 10


No. 11 (Cik Fatin tak masuk gambar dia dalam Telegram😬, Ini gambar raya kedua).

Antara pemenang Ramadhan Challenge. 
Juara Cik Ana bila berjaya menurunkan % berat badan terbanyak.
Ibu.... 300 gram je🤣🤣🤣

Cucu²

Anak lelaki + menantu²

Anak² perempuan

Anak² perempuan + menantu + Minah



 

Wednesday, April 10, 2024

Pagi 1 Syawal


Juadah yang ibu sediakan di pagi Syawal. Paru balado dan ayam masak kicap jam 12 malam siap masak. Ketupat palas rebus selepas Asar hari sebelumnya. Pagi baru tumis sayur campur dan masak nasi minyak. Bahan² untuk dimasak ibu dah prepare awal. 

Kebiasaannya begitulah... kami malam raya baru prepare masakan untuk dimakan pada pagi raya. Macam lontong atau ketupat kenalah rebus awal. Lepas pengumuman raya baru gotong royong masak dengan adik beradik. Kuah kacang special nenek masak. Rempah ayam goreng Cik Bila prepare. Marinate dulu, esok paginya baru goreng. Juga prepare kuah laksa. Sayur ibu masak kat rumah je. 

Lepas tolong² kat rumah nenek, sambung masak pula di rumah sendiri. Itu yang jam 1 pagi baru tidur😁

Makanan yang siap dimasak, tapau terus sebab nak makan kat rumah nenek. Adik beradik lain yang duduk berdekatan juga potluck. Tambah² makanan wajib kat rumah nenek.

Sementara tunggu ayah dan Bami balik dari masjid ibu ambillah gambar gelagat gegirl kat rumah. Ibu sudah pesan awal, tahun ni siap awal. Jangan ada yang nak buat perangai di pagi raya.. tudung tak on point lah.. tudung tak jadi lah.. tudung tak matching lah... tudung tak style lah 😬😬
Itu yang masing² sudah prektis tudung untuk digayakan. 

1 Syawal 1445



*تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ صِيَامَنَا وَصِيَامَكُمْ تَقَبَّلْ يَا كَرِيْمَ*
Taqabbalallohu Minna wa Minkum shiyaamanaa washiyaamakum taqabbal ya Kariim*

Mohon maaf zahir batin atas segala salah & khilaf. Semoga segala dosa baik yang nyata maupun tersembunyi mendapat keampunanNya dan amal ibadah kita disempurnakan olehNya.

Aamiin Ya Rabbal Alamiin..

*وَالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه*



Salam Aidil Fitri buat semua.

Maaf zahir dan batin.

❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Tuesday, April 9, 2024

Juadah Buka Puasa Yang Senang²

Penuh juga aktiviti ibu hari ni.. ingat nak santai² je. Maklumlah.. cuti😅
Tahun ni sempena Hari Raya Aidil Fitri company ibu shut down selama seminggu. Isnin, Selasa dan Jumaat diganti dengan cuti² public. Ada satu hari yang ganti masa cuti PRU yang lepas. Kalau tak silap cuti yang PMX umumkan. Masa tu company kami kerja sebab tertakluk pada jadual customer. Punyalah lama baru dapat diganti.

Pagi tadi lepas cuci kereta dan ke kedai stationery, ibu beli barang sikit di NSK Klang Sentral. Sempatlah belikan baju prep Wafi. Balik rumah terus prepare juadah untuk berbuka. Juga rebus cili kering, kemudian blend. Kupas² bawang. 

Azan Zohor berkumandang selesailah mac & cheese. Masa ni tak bakar lagi. Ibu minta Kawi bakar.

By 3 lebih, siaplah baked mac & cheese.

Buat 2 adunan.

Sempatlah ibu lelap petang. Sedap tidur sebab baru lepas hujan. Sejuk je bila angin luar masuk bilik.

Jam 5.30 panggil semua anak² untuk bersihkan keliling rumah. Rumput² yang siap dipotong perlu dikumpulkan dahulu. Nak bakar tak boleh sebab masih basah dek kena hujan.

Esok je lah buat, harap esok panas.

Lepas buka tadi ibu panggil anak² dan anak buah tolong isi kuih raya dalam bekas kuih di rumah nenek. Rumah sendiri kuih tak perlulah kot isi dalam bekas sebab raya pertama kami keluar beraya. Insyaallah raya ke dua balik ke Kulim. Nanti² lah panggil adik-beradik datang rumah.