Pages

Monday, July 1, 2024

Makan Malam Di The Manhattan Fish Market

Hari Sabtu petang tu bangun dari tidur petang rasa dah lemau badan.. tidur.. movie..tidur.. movie
Terus ajak Kak Widad jalan-jalan gi SCM sebab ibu nak cari baju jalan.
Lepas setel beli baju di MC Vogue, cari makan pulak. Sebenarnya tak berapa lapar sebab kat rumah makan tengahari pun lewat. Cuma mulut tu nak munchy2.

Malas nak berjalan ke wing area AEON, kita cari makan di wing lama je tapi tak nak makan kat food court.
Ibu cadangkan makan di The Manhattan Fish Market.
Masa ni sudah hampir jam 7 malam.

Wild mushroon.
Pernah makan ni tapi tak ingat rasanya. Kak Widad suka tepung salut tu.

Fish and chip.
Ikan dory tu.

Itu je lah menu yang kami order. Minta air suam 2 gelas.
Makan berdua dalam RM48
Tak sampai separuh pun makan, minta bungkus. Tak larat nak habiskan. Kat rumah sambung makan dengan ayah.

Kak Widad kan pelik... makan western pun pakai tangan 😁😁. Mujur kat Malaysia hahhaha
Baru feel katanya.
ermmm... lantaklah.. janji nak makan!


 

Balik Juga Walau Tidak Sihat

Malam tadi hantar Kak Widad ke Terminal Bas Klang. Nampak kakak tak sihat. Lepas Asar kakak kata rasa mual. Few times juga muntah tapi tiada cirit birit. Badan pun tak panas dan tak rasa pening.

Tapi kalau dah simptom begini pasti akan demam. 

Ibu suggest balik keesokan hari nya iaitu hari ni tapi kakak insist nak balik malam tadi juga. Exam paper kakak 2/7/2024 dan 4/7/2024.
Tak mengapalah kalau begitu. Ibu bagi paracetamol dan bekalkan juga. Kakak pulak taknak makan apa-apa sebelum pergi sebab nanti lagi mual. 
Ibu letak juga dalam beg kek pisang dan buah pisang jika kakak lapar. Begitu juga gula-gula.

Dah sampai terminal bas sementara menunggu pintu bas kakak muntah sekali lagi tapi air je lah keluar. Ibu dah siap-siap masukkan beberapa keping plastik dalam beg incase kakak rasa nak muntah dalam bas.

Kakak duduk single seat kat atas, jadi selesalah untuk berehat dan tidur. 
Hati ibu yang libang libung melepaskan Kawi. 

Semoga Allah jaga anak ibu ni.

Pagi tadi jam 4.55 am kakak whatsap beritahu dah sampai ke Jerteh. Badan rasa panas dan tak larat.
Allahu... 
Kakak kena tunggu grab yang sudah ditempah untuk ke Unisza.
Ibu doakan adik kuat 💪💪 dan cepat sembuh.
Hari ni rest betul-betul.

Minggu ni ahli keluarga diuji dengan kesihatan. Ayah last week 2 hari kena sakit mata. Jumaatnya pula kena cirit birit. Hari Sabtu yang Abang Imi jalan-jalan ke Melaka, malam tu kena cirit birit juga. 
Tak pasti apa yang mereka makan kat luar. 

Alhamdulillah semalam masing-masing semakin recover.
Kak Widad pula tidak sihat hari ni.