Sejak Wafi masuk asrama sudah beberapa kali ibu hantar barang yang dipesan melalui perkhidmatan courier. Kebiasaannya ibu hantar makanan kering seperti biskut, jajan, gula² juga air kotak. Kadang hantar pakaian dan stationeries juga. Caj penghantaran kurang dari RM20. Ikutlah berapa berat barang yang ibu hantar.
3 minggu lepas Wafi call ibu dalam keadaan yang cemas beritahu yang sabun mandi dan sabun basuh kain sudah habis. Dia terlupa beli masa keluar outing hari Jumaat. Kat koop tiada stok.
Nak tak nak ibu kata akan beli dan minta Grab/Panda yang hantar. Mulanya Wafi tak setuju sebab nanti namanya kena announce untuk ambil barang. Laaa... bukannya buat salah pun. Malu lah kot. Nak minta makngah hantar. Ibu cakap takkan lah makngah semata² nak datang hantar 2 barang tu je. Padahal Wafi lah yang salah sebab terlupa beli.
Ibu bagi option samada nak Grab hantar atau ibu courier tapi kena tunggu 2-3 hari untuk sampai sebab masa Wafi call tu Jumaat malam. Isnin baru ibu boleh post kan.
Last² dia setuju lah ibu online dan Grab hantar. Ehhh.. bukan ibu buat, Kak Widad buatkan
Rasa delivery caj RM5+ je. Ibu tak ingat.
Ini kali kedua ibu beli secara online dari Lotus juga. Ibu dah buka akaun Food Panda. Kak Widad tolong orderkan.
Nampak senang juga. Rasa lepas ni ibu boleh order sendiri.
Order Jumaat malam tapi delivery the next day.
Plastik bag Tesco ni letak kat pondok Guard. Tak ada nama cuma order no. sahaja. Masa order tu dah tulis minta Lotus tulis nama Wafi bersama kelas dan no. blok kediaman. Tapi tak tulis pun.
Sebelum tu ibu ada chat dengan rider minta tulikan nama tap tak ada pen lah pula. Rider kata rujuk order number sahaja.
Tak dapatlah ibu nak bagitau Wafi sebab pagi semalam Wafi tak call. Malam tadi Wafi call dan beritahu dah ambik barang. Wafi kata refer item dalam beg tu je sebab takde nama.
Ok.. legaaa
Dulu masa dekat ofis lama.. Ktorg memang suka beli barang guna tesco delivery tu je... Masuk lah lori tesco dalam kawasan ofis...
ReplyDeleteSamalah kat ofis akak ni, untuk sundry items memang beli dari Tesco online je.
DeleteMudah juga ada penghantaran begini, senang sangat utk yg jauh² ni... Alhamdulillah barang selamat sampai ke tuannya 👍
ReplyDeleteBetul tu PH, memang memudahkan sangat.
DeleteNasib baik ada service delivery macam ni. Kalau tidak jawabnya kena pinjam orang lain punya dululah.
ReplyDeleteItu pun memang dah pesan kat anak, kalau tak sempat sangat, pinjam dulu kat kawan nanti ganti.
DeleteKalau saya la mau cemas sebab takde nama pulak kat plastik tu. Nasib baik settle semua ya. Boleh menarik nafas lega.
ReplyDeleteTak tau lah berapa ramai parents yang guna khidmat grab/panda kat sana. Itu yang harap Wafi cepat2 ambil kotlah tertukar dengan orang lain.
DeleteUishh best nya..kita dulu brg habis diam je tunggu parent dtg next weekend.. dah dtg baru bgtau apa brg takde huhuu..
ReplyDeleteUntung juga parents datang jengok TT, boleh lah bagitau barang yang habis.
DeleteMasa akak tahun 89/90 pandai2 lah beli masa outing sebab parents datang masa register F4 dan habis sekolah F5 je 😁
Senang kan bila ada servis delivery macam ni
ReplyDeleteBetul SA, senang sangat dan yang penting Wafi dah ok ambil barang kat guard tu.
Delete