Pages

Sunday, August 18, 2024

Terus Jadi Babysitter

Sambunglah lagi cerita anak² buah stay overnight. Baru lah sempat nak menulis.

Pagi tadi ingat nak goreng bihun sekali buka almari takde stok. Kak Widad lah ni, ritu ibu nak beli katanya ada lagi. Godek² almari jumpa mi segera kosong. Ada lagi 5 pcs. Ibu buat mi segera kari goreng. Cukuplah untuk semua. Topup tauhu perisa, nugget dan sosej. Nak beli sarapan kat luar malas pula nak drive.

Sebelum tu, around jam 7, Kawi bawak cousin kecil pergi taman, sempatlah kot diorang jogging sambil main².

Balik rumah main bola sekejap lepastu mandi. Boleh lah sarapan. Abang Adam pun join sekali. Mula² taknak makan sebab dah makan bihun kat rumah. Bila nengok yang lain makan, teracun juga.

Lepas makan, tengok cerita Qarin. Camtu ler diorang, asal tengok TV ramai² je nak tengok cerita seram.

Dalam jam 10 pagi, bertambah lagi anak buah. Abang Imi bawa Dina dan Alya datang rumah. Patutnya diorang duduk rumah nenek sebab Cik Baya kerja dan Cik Man ada seminar. Dah abang² Dina kat sini, dia pun nak join juga.

Haaa... kalau dah gitu, makngah babysit je semua๐Ÿ˜. Cik Biela siap pesan kat Alya suruh makngah masak siap².

Ayah bawak diorang pergi kedai.. apa lagi.... kena pow lah. Kemain seronok bila pakngah bagi blank cheque๐Ÿ˜…

Firas taknak makan sebab katanya nak bagi Arissa. Sweetnya Firas... teringat kat Kakcik dalam gaduh² nya tu. 

Kenduri jajan.

Kejap dok dalam rumah, kejap main bola. Lepastu main nyorok²..

Yang kelakar bila Iman jadi tukang cari.. lepas kira, dia masuk dalam rumah tak pergi cari kawan² yang nyorok tu. Kesianlah yang lain berpeluh² tunggu dia cari. Bila dah lama sangat semua keluar. Relax je Iman cakap penat nak cari.

Iman... Iman.. sabar je lah.

Tengahari ibu masakkan kari ayam.

Juga Tumis taugeh + sawi.

Lepas makan diorang rehat². Bila dah redup sambung main.

Ibu sempatlah layan KDrama The Master's Sun dan nap petang.

Lepas solat Asar seperti yang dijanjikan Kak Widad bawa makan asiskrim di Mixue, Setia Taipan. Selagi tak bawak, asyik berzikir je bila nak makan aiskrim.

Lepas tu baru Kak Widad hantar the cousins balik rumah masing². Firas, Kakwi hantar ke rumah nenek dulu sebab Abang Mi ada kat sana.

Sunyi semula dah rumah.

 

5 comments:

  1. sekali sekala meriah rumah ye kak,nak masak makan pun auto jadi rajin
    kalau tinggal berdua nak masak pun rasa tak baloi makan pun sikit je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau weekend memang akak cuba masak sekali je, malas nak renyah2 kat dapur hehe.. ni ada anak2 buah datang tetiba jadi rajin ๐Ÿ˜…

      Delete
  2. sesekali berkampung macam ni memang seronok..bila dah balik sunyi rumah semula...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah.. sunyi semula. Bila weekdays jumpa anak2 sendiri pun malam je. Itu pun sekejap. Masing-masing dok dalam bilik. Mak ayah nya je menghadap TV sambil tunggu anak2 lalu pergi dapur/bilik air.

      Delete
  3. Memang kalo ada anak2' kecil nih, ramaaaai rumah ๐Ÿ˜๐Ÿ˜. Alhamdulillah mereka sekali sekali main ke rumah aunty nya yaa ๐Ÿ‘๐Ÿ˜Š. Saya jarang kedatangan ponakan begini, Krn jauuuuh semuanya. Ada yg beda pulau pula ๐Ÿ˜„

    ReplyDelete