Hari ni ibu buat medical check up melalui Program Saringan Kesihatan/Health Screening Program (HSP) 3.0
Walau tahun lepas diperkenalkan 3.0 ni baru hari ni lah nak pergi. Mujur masih valid lagi.
Kali pertama pergi masa umur 40 tahun under program yang sama.
Boleh baca di bawah tentang program ini.
Boleh baca di bawah tentang program ini.
Apa Itu Program Saringan Kesihatan (HSP) 3.0
PENGENALAN
Program ini akan dilaksanakan bermula 16 Mei 2023 sehingga tahun 2024.
PERKESO telah menambahbaik program HSP Fasa 3 (HSP 3.0) dengan meningkatkan parameter saringan kesihatan dengan menawarkan ujian pemeriksaan yang lebih komprehensif bagi pengesanan lebih banyak faktor risiko.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Portal SEHATi.
KELULUSAN
- Warganegara Malaysia
- Berumur antara 40 hingga 59 tahun
- Merupakan pencarum aktif PERKESO di bawah Skim Keilatan (mempunyai sekurang-kurangnya satu (1) caruman terkini dalam tahun semasa)
- Telah mencarum sekurang-kurangnya 12 bulan di bawah Skim Keilatan
CARA MEMOHON
Sila muat turun aplikasi mudah alih SEHATi menerusi platform Google Play Store atau Apple App Store untuk:
Semak kelayakan
Tetapkan temu janji saringan kesihatan
Akses keputusan saringan kesihatan
Pencarum juga boleh menyemak kelayakan di Portal SEHATi.
Semalam ibu dah register dulu.
Setkan temujanji.
Mula-mula kena download apps SEHATI dulu. Nanti registerlah seperti yang dikehendaki.
Melalui Apps ni boleh check kelayakan kita untuk guna HSP.
Kemudian jawablah :-
1. Soalan pra-penilaian
2. Soalan Ujian Saringan Kesihatan Mental atau Depression Anxiety Stress Scale (DASS)
Pilih pakej HSP (Basic Health Screening + Pap Smear).
Pilih lokasi klinik yang mengambil bahagian.
Setkan temujanji.
Ibu pilih hari ni. Sebelum tu dah confirmkan dengan klinik perihal temujanji.
Menurun staff klinik boleh sahaja walk-in. Tapi ibu nak confirmkan tentang HSP ni dulu. Kotlah dah lepas tarikh sebab kalau tengok kat website sehingga 31/12/203.
Bila check masih available.
Ini pagi tadi bila ibu check semual status Standard Screening ni sudah bertukar.
Pertama kali datang sini. Klinik ni di Pekan Meru. Rasa last year baru beroperasi.
Ibu sampai jam 8 am. Ambil time off 8 - 10 pagi.
Sementara tunggu dipanggil ambil gambar sikit.
Sekejap je menunggu sebab masa ibu sampai takde patient lagi.
Macam biasa bila buat medical check-up mereka minta ambil urine, ukur tinggi, berat badan dan ukur lilit pinggang.
Lepas tu baru jumpa doktor. Bincang lah apa yang patut. Tanya history semua.
Doktor ambil tekanan darah dulu. Kemudian baru ambil darah. Aduhhhh.. ini yang lemah.
Bab-bab kena cucuk ni menyeramkan. Ibu bacalah doa Nabi Yunus banyak-banyak. Memang tak berani pandang jarum tu 😅
Ibu add on ujian untuk 5 jenis kanser. Yang ini caj RM205 kena bayar sendiri.
Ambil darah sekali je lepas tu asingkan 2 tabung sebab report kepada Perkeso berbeza.
Lepas ambil darah baru buat ujian Pap Smear.
Ini satu lagi... ngeri lah sangat huhu....
Habis dah semua tu, tunggu lah medical report. Doktor estimate 3 hari dan paling lewat 10 hari.
Aduhhh... ni yang berdebar-debar ni.
Sebelum buat payment tadi ada kena isi form tentang employment.
By 9 am setel semua. Singgah beli sarapan dan terus ke ofis meneruskan kehidupan huhu...
Doakan result medical check-up ibu baik-baik sahaja ya 👐
Debaran menunggu result. Semoga yg baik2 sahaja untuk Puan. InshaAllah
ReplyDeleteAamiin.. terima kasih Cik Anon.
DeleteInsyallah moga dpt result nanti baik baik saja.. kalau lebih 3 hari mesti lagi mendebarkan.. doa lah byk2 insyallah ok jer tu..
ReplyDeleteAamiin.. terima kasih TT. 2 hari pun dah debar ni 😎
DeleteSemoga cantik resultnya nanti..SA x pegi2 pun yang under perkeso ni...degil SA ni..sila babab sikit kak
ReplyDeleteAamiin.. harapnya begitulah SA.
DeleteSA pun masih pergi kan medical checkup yang 3 bulan sekali tu. Atleast sentiasa monitor keadaan kesihatan.
Tapi kalau pergi yang Perkeso ni akan tambah ujian Pap Smear. Good luck hehehhehehehe... sama-samalah kena sodok dengan muncung itik tu 😁😀😀
Semoga elok semuanya Kak 🤲
ReplyDeleteNak try tengok layak ke tidak sbb kita dah x kena tp suami mencarum utk skim Suri rumah tu...
# x keja
DeleteAamiin.. terima kasih PH.
DeleteHaaaa.. cubalah register PH, kalau layak boleh grab peluang ni.
Moga semua dipermudah. Result dia cantik....
ReplyDeleteAamiin.. terima kasih Ezna. Harapnya begitu lah.
DeletePaling seram waktu tunggu result. Apa pun moga baik-baik saja keputusannya.
ReplyDeleteBetul tu kak.. penuh debaran ni huhu
Deletesempena birthday ke 34 hari tu... hiksss... sy pun dh ambik darah jugak kelmarin... reviewnya nanti 21/8... tahun lepas alhamdulillah ok, tahun ni harap ok jugak la hendakNYA
ReplyDeleteooo.. klinik dah bagi date appointment siap-siap. Bagus juga begitu. Harapnya begitulah.. result yang baik-baik sahaja.
Delete