Pagi ni jam 8 pagi check-out hotel. Jauuhhhhh lagi nak sampai Klang huhu...
Ayah ajak breakfast kat Mutalib Roti Canai di Pekan Jitra. Ayah tunjuk yang Adik Buntat (nama semasa berlakon drama 7 Hari Mencintai Ku) bekerja sebagai pelayan di gerai tersebut.
Harga makanan di gerai ni. Harga kat Utaraπ€²Ramai pekerja gerai ni. Masa kami sampai pun pelanggan sedang ramai. Mungkin breakfast sebelum masuk kerja.
Dah order Nescafe Tarik baru teringat malam tadi dah minum kopi. Ok... dah boleh stop minum air manis minggu ni.
Ayah pun order sama.
Tadi makan termasuk air RM41.
Sedap betul lah sotong goreng tu. Digoreng rangup di luar dan lembut di dalam.
Banyak gak durian kat situ tapi takde lah nak beli. Ibu lebih tertarik dengan manggis ni. Sekilo RM5. Beli 8 kilo bolehlah berbagi² nanti. Sebelah tu dokong, kalau duku langsat nak juga beli. Nenek suka. Kalau dokong ni masam sket itu yang tak ambil.
lamanya tak bertegur sapa dengan akak...apa kabar kak?
ReplyDeletemurah manggis kt sana ye,kuantan ni mahal lagi harganya
Akak sihat Afzan, Alhamdulillah.
DeleteSebab nampak murah compare kat tempat sendiri, itu yang akak beli kat sana.
Dekat food court tepi market tu ke Kak? Teringinlah nak JJCM dekat Pekan Jitra ni tapi itulah setiap kali balik sana, JJCM dekat rumah mertua je π
ReplyDeleteAlamak... akak tak berapa sure. Nampak juga market tapi macam kat tempat lain.
DeleteMedan Selera ni dekat dengan IPD & TNB. Seberang jalan ada kuil Hindu.
Sesekali boleh try makan kat situ PH.
Abang imi punya nasi lemak nampak sedap..kari gearbox? Sedap x? Biasa gearbox buat sup je kalau PZ...
ReplyDeleteSedap gak kari gearbox tu.. akak pertama kali makan. Cuma kari kat sini jenis manis sket.
DeleteNampak sotong goreng tepung tu sedapnya.
ReplyDeleteBetul sedap.. Bami pun puas hati makan
DeleteNasi lemak sotong goreng tepung tu menarik..roti sarang burung lama pulak dah merasa.. esok kena pi cari nie.
ReplyDeletePi cari lekaih!
DeleteBanyak tu beli 8 kg. Saya belum berani beli manggis di LD. Sangat mahal. Sekilo cecah RM18- RM20. Tengok sajalah dari jauh.
ReplyDelete8 kilo berbagi2 cam tak cukup pulak sebenarnya bila ramai adik-adik balik rumah mak. Ingatkan diorang tak balik hehe
Deletemakkkkkaihh.. kalau dah sekilo RM20 berapa biji lah dapatnya tu.
DeleteIniiii yang saya rindu tiap kali balik Malaysia. Pasti selalu cari roti canai, roti telur, kari mamak πππ. Sedaaap memang. Tapi kalo sarang burung saya tak nak kak. Tak suka telur setengah matang π .
ReplyDeleteNasi lemak sotong goreng pun kliatan mantap laah π€€π€€π. Rasa nak pergi lagi ke Malaysia π. December baru kesana lagi.