Pages

Friday, August 23, 2024

Pengantin Jannah

Hari ni Jumaat sepupu ibu, Jannah nikah sebelum solat Jumaat. Buat sekali majlis bersanding di sebelah malam. Sampaikan DJ bagitau belum dibuat orang buat majlis hari Jumaat malam di kampung kita. 

Ok juga buat malam sekaligus cuma jemputan saudara mara, rakan terdekat dan jemaah kariah sahaja sebab masa dan tempat terhad pula.

Dari Khamis, saudara mara rewang cuma ibu tak dapatlah join sebab komitmen kerja. Malam pula dah penat.

Ibu share je lah gambar yang diorang ambil.

Geng bunga telur, taknak nangis kupas bawang kat dapur.

Geng masak kat belakang.

Cik Man & the gang.

Angah dan Aqil.

Dak kecik Cempaka & Dina ready² nak tengok pengantin.

Macam biasa... budak² berkumpul depan pelamin nak tengok pengantin cantik.

Sempatlah ibu rewang sekejap kat dapur dengan sepupu² ibu. Isi² mi Jawa dalam mangkuk.

Pengantin atas pelamin.

Makan beradab.

Dah tak ramai tetamu masa ni. Apalagi... lepak² lah adik beradik.

Bella behave malam ni.

Drama Queen.

Dengan Atuk Jep, bapa pengantin.
Adik bongsu arwah atuk.

Bergambar dengan pasangan pengantin.

Cik Ami baru menyelit.

Mana yang ada ke lah.. ada yang dah balik rumah nenek tidurkan anak.

Teringin plak makan mi Jawa.

Achik Gmie pencipta lagu Kg Bukit Kapar. Kebetulan DJ majlis malam ni. Kebiasaannya memang beliau lah diambil untuk memeriahkan majlis keluarga kami.

Siannya Yummy.. sampai tutup telinga bila ada firework.

Comelnyaaa Cem.

Photobomb by Cik Baya.

Kali ni dapatlah ibu ambik gambar banyak² dengan Cempaka. Mood ok malam ni. Kalau tak... jangan haraplah nak dekat.

Nama anak patung Cem, Baby😆

Jam 11.30 malam baru kami gerak balik.
Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar.

Tahniah Atuk Jep dan Nenek Noor dapat menantu.
Tahniah Jannah dan suami, semoga bahagia hingga akhirnya.

8 comments:

  1. buat majlis malam tak melekit panas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul dan kebetulan hujan pula, mujur tak begitu lebat.

      Delete
  2. Slmt Pengantin Baru kpd pasangan mempelai Alhamdulillah selesai majlisnya. Comel kesayangan Makngah 🥰 Cempaka dan Dina

    ReplyDelete
  3. Bestnya lama tak rewang2 macam ni. Zaman sekarang kenduri semua pakai katering & buat kat dewan. Telur2 pun dah takde.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat sini makcik2 masih ada yang buat kenduri kahwin di rumah tapi bila sampai sepupu2, guna khidmat katering walau buat di rumah.

      Delete
  4. Jarang yang buat Majlis malam kan..tapi takpe..asal dah settle dan memudahkan dah la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. ada pro & con juga.
      Alhamdulillah sudah setel within sehari je.

      Delete