Pages

Saturday, August 24, 2024

Kunjungan Dari Kak Lin & Suami

Semalam kawan ibu ayah ex-UUM beritahu ada karnival di MTS jadi beliau akan visit anak yang belajar di situ. Ibu dah tau tentang karnival tersebut sebab sudah diwar²kan dalam grup kariah. 

Ibu ajaklah Kak Lin (panggilan kawan² walau beliau sebaya) singgah rumah bila selesai urusan anak. Beberapa kali Kak Lin datang MTS tapi setiap kali tu lah kami ke utara atau ada urusan di luar. Minggu ni kebetulan free, itu yang jemput datang.

Mereka sampai almost jam 7 malam. Makan² dulu. Solat Maghrib kemudian sambung lagi makan dan sembang².

Dah nak balik baru ambil gambar sama².

Suami Kak Lin dan ayah.

Kak Lin ni coursemate Accounting ibu tapi ada beberapa projek sama dengan ayah masa di UUM.

Selfie je lah since takde sapa pula nak ambilkan gambar.

Dah makan baru ambil gambar makanan😅

Semua juadah ibu beli sahaja selepas balik dari kenduri tadi. Ibu hidangkan laksa, rojak, burnt cheese cake, swiss roll cake dan kek pisang.

Buatkan teh-o panas dan Sarsaparila ais.

 Ayah nak bergambar pun sembang lagi😁

Terima kasih Kak Lin singgah rumah. 


12 comments:

  1. Alhamdulillah
    Semoga ukhuwah terus erat dan berkekalan

    ReplyDelete
  2. bestnya akak masih keep in touch dgn member² unimate

    ReplyDelete
    Replies
    1. Husband yang terlebih rajin beramah mesra dengan kawan-kawan, jadi akak pun turut terbabit secara tak langsung😊.

      Delete
  3. Moga berkekalan hubungan kawan ni ya....

    ReplyDelete
  4. Seronok bila kawan- kawan berkunjung ke rumah kan..kawan- kawan Sa semua dah sibuk dna ada je urusan kalau ajak jumpa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tunggu anak-anak dah besar dan pandai buat hal masing-masing, insyaallah masa tu dah boleh berjumpa kawan-kawan.

      Delete
  5. Sedapnya burnt cheesecake tu... Lama tak makan.. Kena gugel nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beli dah siap je Linda hehe.. terus dapat makan tak payah nak renyah2 (ni nasihat orang malas 😂)

      Delete
  6. Senaaang kalo bisa bertemu teman2 lama seperti ini. ❤️❤️..itulah kenapa saya pun selalu usahakan utk bisa meluangkan waktu jika ada teman yg ajak bertemu. Kecuali ada keperluan yg penting sangat. Semoga terjalin lama silaturrahmi seperti ini ya kak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang sampai naik segan bila ada yang mengajak untuk bertemu. Usahakan juga bila ada masa terluang.

      Delete