Pages

Monday, August 5, 2024

Ok Dah Wifi

Beberapa minggu kebelakangan ni, pasti dalam seminggu ada sehari yang internet problem. Biasanya sebelah malam selepas jam 12. Bila buat report elok pulak router tu tak tunjuk blinking merah.

Sabtu lepas memang out sehari sehingga hari Ahad. Technician hanya boleh datang hari ini, Isnin.

Mujurlah ada Abang Imi, boleh lah dia tunggu. Jam 11.30 technician datang. 

Bila check router tak de apa² masalah. Cable dalam rumah pun ok. Sebelum ni pernah terjadi cable dalam rumah kena gigit tikus. Sedap sangat kot cable tu😬😬

Rupanya masalah datang dari cable luar. Cable yang ditarik dari main box sampai rumah ada beberapa masalah. Team pasang sebelum ni tak pasang secara proper (menurut technician tadi).

Mungkin sudah selesai masalah dan dibaiki tadi sebab internet dah ok.

Ini Bami test tadi.


Please be good😁

Walau dalam casing still masuk habuk juga.. dah tu pegang2, comot lah router tu 😬😬

Dah boleh layan Netflix.

Bila 2 hari takde internet barulah Astro dipandang. Kalau tak.. sepi je seperti mahu di terminate😅
 

8 comments:

  1. Mudah2an takde masalah berulang lagi

    ReplyDelete
  2. Kt opis skrg pn xde tenet.. router problem.. entah bila team teknikal nk dtg solve.. terus xtau nk buat apa.. haha.. mls nk hotspot pc ke hp itu alasan sbnrnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kat ofis ada masalah wifi susah lah jadinya kan KM.. nak buat kerja, file semua dalam server office.

      Delete
  3. Dekat rumah linda sejak pakai intenet nie.. Memang dah terminate astro

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada juga husband suggest tapi akak tak benarkan sebab kadang nak layan Astro direct.

      Delete
  4. Sekarnag ni nak terminate Astro pun payah...pening

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo laa ye ke.. sekarang kan dah banyak option orang boleh pilih mana yang beri kepuasan lebih. Patutlah masa terminate kan mak punya Astro dulu banyak lah yang diorang tanya.

      Delete