Pages

Sunday, August 4, 2024

Sarapan Untuk Makan Tengahari Juga

Pagi ni panas sekejap.. masa ibu buat sarapan kat luar mendung. Siap masak hujan pula. 

Nasi goreng belacan dengan sayur yang banyak. Malam tadi shopping barang dapur kat NSK Klang Sentral. Sayur banyak... sebungkus baru RM2. Kailan ni ambil sebungkus dalam tu ada 4 pokok. Ini pun baru masak 2 pokok. Nak kalerful tambah carrot.

Semalam masak 2 1/2 pot beras. Rupanya Abang Imi tak balik rumah. Nal lepak rumah nenek. Itu yang banyak left over nasi.

Goreng lah semua nasi, tengahari tak perlu masak.

Ini pun dah banyak sangat untuk kami bertiga. Harap² Bami balik makan kat rumah😅

Tambahkan telur goreng.

Keladi goreng pun ada.

Pagi ibu sarapan ni je dulu.. tengahari baru nak makan nasi goreng.


Cicah dengan Kicap Pedas Enaq.

Tapi rasa pedasnya sudah kurang mengancam.


Terus blend cili, bawang putih dan tambahkan kicap pedas Enaq campur gula sket.

Baru lah terasa kepedasannya.
 

6 comments:

  1. Lega.
    Senang tak payah fikir nak masak apa dah... Linda pulak, igt nk lunch dekat luar je hari nie... Malas betul nak masak.. Teringat nasi claypot je hujan2 nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali datang malas tu biasalah.. nak juga makan kat luar kan.
      Bolehlah menjana pendapatan negara 😎

      Delete
  2. Masak satu kali.. basuh pinggan mangkuk kuali pun sekali... Kemas meja pun sekali sahaja.. itu la kelebihan nya :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kihkih... betul tu.
      Lepas tu sejenis spesis yang tak berapa nak rajin 🤣

      Delete
  3. Bestnya macam ni...masak untuk sekali masak aje..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk orang yang tak berapa nak rajin hehe...

      Delete