Pages

Saturday, August 31, 2024

Di Ambang Kemerdekaan Ke 67

Malam tadi ibu dan Abang Imi ke Dataran Shah Alam kerana ada sambutan Hari Kemerdekaan ke 67 peringkat Negeri Selangor. Buat di Shah Alam jadi bolehlah join sebab dekat kalau tempat lain susahlah nak pergi. Ayah tak dapat join sebab ada meeting dan habis lewat.

Keluar rumah jam 7 lebih bawa sekali Adam, Denin dan Aqil. Solat Maghrib di Petronas dulu jadi tak adalah kelam kabut untuk sampai ke Masjid Negeri sebab nak parking di situ. Waze bawa ke masjid melalui Federal Highway jadi masuk masjid melalui pintu belakang. Masa kami sampai parking banyak lagi. Ibu pun baru tau parking kat bahagian situ. Lainkali boleh terus ke situ 

Masa sampai dah ramai orang berdiri belakang pagar. Dapatlah ibu dan Denin menyelit². Sekarang semakin ramai pengunjung memeriahkan sambutan malam kemerdekaan. Early days  kurang orang sampaikan ibu ayah boleh cari spot paling startegik. Sekarang, ikut je lah mana ada kosong untuk saksikan parade.


Disebabkan ibu duduk, nampaklah pagar tu. Nak berdiri karang kasihan pula orang belakang tak nampak. 

Ibu paling suka dengan pancaragam tak kiralah pancaragam dari Badan Beruniform atau sekolah. 

Kereta berhias, yang ini dah habis parade jadi orang ramai boleh ke dataran.


Tak ada Wafi, jadi ibu ajak Denin.

Abam Bomba dapat sorakanπŸ˜…

Kat parade je lah boleh sorak pada bomba, polis dan askar. Kalau dalam keadaan biasa nampak polis dan askar pun jadi kecut.. takut ada buat salah 😁

Ini pengunjung sudah boleh duduk di dataran. Elok je anak² kecil menyaksikan pertunjukan aksi yang dibuat oleh polis, ATM dan bomba. Tahun ini tak ada persenbahan kawad senyap.

Habis parade dan pertunjukan ada persembahan dari Dato Siti Nurhaliza. Ibu tengok dari skrin je. Pentas untuk artis ada di sebelah padang opposite tempat parade. Takdelah kami nak ke sana pula. Tengok dari jauh je lah.

Tahun ini kurang pula lagu² patriotik yang dinyanyikan. Ibu paling suka bila penyanyi Roy menyanyikan lagu² tersebut.

Adam dan Firas. Masing² behave duduk situ.

Alma dan Adnin.
Tengah tu mereka reserve untuk Wafi. Macam tu lah mereka biasanya.. ada je nak mengusik bila BFF tak cukup quorum.

Cempaka ada tapi kami tak jumpa. Nak berhubung pun line umobile 0. Begitulah saban tahun.

Ibu dan Cik Elis.

Adam dan Firas lagi.

Adnin, Alma, Arissa, Ibu dan Cik Elis.

Tak lama lepastu Firas tidur.

Wish Wafi also here.

Dah sandar baru tengok kot² ada ulat🀣

Boleh ya Firas tidur dengan lena kat situ.

Sempat lagi Cik Elis curi² ambil gambar.

Arissa pulak tertidur. Penat.

Detik 12 malam baru MB Selangor laungkan Merdeka³.

Yang ditunggu²..... pertunjukan bunga api.




Kenapalah masa Cik Elis ambil gambar tu masa bunga api tu kecik²πŸ˜



Tahun ni pertunjukan bunga api agak lama dan besar².
Cantik sangat. Kena tengok baru cantik sebab gambar yang dicapture guna HP biasa tidak begitu terserlah warna² nya.






Habis pertunjukan bunga api, bersambung pula dengan persembahan artis. Cik Elis dan Abang Imi ajak stay dulu sebab dah alang² kat sini. 

Artis yang dijemput, Dato' Siti Nurhaliza, Faizal Tahir, Roy, Projector Band dan Poey Sting.




Ini pertama kali persembahan lagu Faizal Tahir dan laser dipancarkan ke Hotel Mardhiyyah di seberang dataran.
 
Poey Sting.

Faizal Tahir.

Jam 1 lebih habis konsert barulah kami gerak balik. Sebelum sampai rumah Abang Imi tapaukan makanan untuk semua. 2.30 baru sampai rumah. 
Pagi sambung tengok parade Hari Kebangsaan yang disiarkan di TV.

Jet lalu dari Subang ke Putrajaya pun tak dapat tengok. Cik Analah bagitau. Budak² tadika sekolah Dina pun dapat saksikan jet lalu bila mereka ada perarakan di sekolah pagi ni.

Semoga negara Malaysia sentiasa aman dan makmur.
Dimana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.

Dirgahayu Tanah Air Ku.

πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡Ύ
 

4 comments:

  1. Slmt hr kemerdekaan Malaysia ke 67 tahun. semangat Ibu tiap tahun menyaksikan sambutan live perarakan kemerdekaan πŸ‘

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi anak-anak seronok dan tetap ingat tarikh 31hb tu.

      Delete
  2. Waaah dari tengah malam dah bermula acara ya kak πŸŽ‰πŸŽ‰πŸŽ‰πŸŽ‰. Meriaaah sangat. Sampai ketiduran anak2' juga tp salut mereka semangat nak datang πŸ‘

    ReplyDelete
    Replies
    1. Countdownnya jam 12 tengah malam, lepas tu ada konsert pula. Setahun sekali je tengok konsert itu yang tunggu juga sebab Abang Imi nak tengok.

      Delete