Pages

Saturday, August 10, 2024

Misi Mencari Durian Wenny

Tadi tengahari jam 12 ibu ayah ambil Wafi di asrama. Minggu ni boleh outing.

Seperti yang dijanjikan ibu ayah sampai 10 minit sebelum jam 12. Hari ni boys outing tapi seperti biasa untuk anak² jauh kita minta special arrangement.

Ayah dah plan untuk makan durian kat Kg. Guar Kepah. Purposely cari Durian Wenny. 

Dok selalu keluar kat reels Wenny Ooi ni selain dari Malacca Durian Heng.
Disebabkan tempat ni pun tak jauh dari sekolah Wafi dalam 25 minit, kita singgahlah juga. Karang teringat² ๐Ÿ˜†

Masa kami sampai tu durian tak sampai lagi, tunggu dalam 10 minit. Jadi ambillah gambar kat gerai ni.

Bukan kat dalam ladang atau kebun durian pun. Tepi sawah je. Belakang ibu tu ada pokok² bonsai.


Belakang Abang Imi tu ditunjuk pelbagai jenis durian.

Sawah padi nun di belakang sana.

Masa ni tak ramai pelanggan lagi. Semua sedang tunggu durian sampai.

Kipas kuat.. depan tu tempat kopek dan bungkus durian.

Purposely datang sini cari durian premium sebab kat tempat sendiri nak beli fikir banyak kali huhu.. Nak makan pun tak banyak, just nak merasa. Untuk makan sampai kenyang tu tak ada lah.

Durian Black Thorn. Minta saiz paling kecil.. sebiji tu RM66.

Puas hati.... dapat juga merasa.

Ambil pula sebiji IOI.

Yang itu sebiji RM60.

Ibu tak ingat for each durian berapa harga sekilo.

Taknak ambil Musang King sebab baru makan Isnin lepas.

Bila dah makan Duri Hitam, IOI tu cam biasa sangat๐Ÿ˜…

Terpaksa bungkus IOI tu, tak larat nak makan semua. Mungkin kami ni belum sampai level Hantu Durian๐Ÿ˜†. Makan berpada² je.

Kalau ada Kak Widad mesti dia boleh makan lebih.


Ayah jenis tak berapa makan durian tapi bila durian premium bolehlah makan seulas dua.

Dapatlah jumpa Wenny ni.
Seorang yang peramah, sama macam dalam video² nya.

Oh ya... Wafi tak turun dari kereta sebab dia tak makan durian.

10 comments:

  1. Kg Guar Kepah ini area Merbok ke? Background sawah padi tu mcm nun di sekitar kaki Gunung Jerai… maaf kalau salah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Turun ke bawah ni, kat Bertam, Penang ๐Ÿ˜…

      Delete
  2. Durian sekarang ada macam2 jenis semua harga premium.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ia Cie, nak beli pun kena fikir banyak kali.

      Delete
  3. Kalau yang jenis premium nie.. Mcm linda yang suka makan durian nie pun, tak boleh makan banyak2.. Rase muak... Hihihi..
    Tp kalau dpt durian kampung lemak2 pahit tu, 2,3 biji pun boleh go

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak masih belum dapat durian kampung yang lemak2 pahit tu. Kalau dapat memang puas lah.

      Delete
  4. rindunya kat wafi...lama acik tak baca cerita wafi
    kena makan ioi dulu kak baru makan black thorn hehe

    ReplyDelete
  5. Laaa...bertuah tu x makan durian..haaa helok..boleh gang kakak Dania ye...tp dania tempoyak dia makan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo.. ok gak tu. nak juga Dania makan tempoyak

      Delete