Pages

Saturday, August 17, 2024

JJCS - Omboh Lontong

Minggu ni sesi Jalan-jalan Cari Sarapan diteruskan lagi. Kawi teringin makan di Cafe Salim. Bila sampai masih ramai lagi yang beratur di luar kafe. Ibu pesan pada Kawi lain kali pergi waktu weekdays sebab weekend pasti ramai. Kan begitu bila tempat makan viral ni.

Jadi ibu ajak Kawi makan di Gerai Omboh Lontong.

Gambar dari FB Cik Wada.

Gerai Omboh Lontong ni terletak di sebelah traffic light Pekan Meru. Gerai ni dah lama ada tapi baru lah sempat nak jejak. Ayah keraplah datang tapi datang weekdays.

Menu yang disediakan hanya ada roti canai, Lontong Omboh, lontong kering, nasi lemak dan air minuman.

Lontong Omboh +ayam RM6

Nasi lemak ayam RM6

Order air kosong dan suam je.

Patutlah gerai ni ramai pengunjungnya. Menu makanan yang disediakan walaupun tidak banyak tapi menepati selera orang ramai.

Masa sampai tu Kakwi macam tak berapa selesa, ialah... gerai tepi trafik light dengan bunyi kenderaan lagi tapi bila dah suap makanan terus senyap😁

Lepas sarapan tu singgah Kedai Jimart nak beli penyapu "garuk", bila masuk kedai.. ehhh... dah ada jual makanan.

Menurut adik cashier, baru sebulan mereka masukkan barang makanan. Sayur² lauk² tak adalahπŸ˜„

Beras pun ada.

Alang² beli sudip kayu.

Balik rumah terus sapu laman tepi dan belakang. Rumput yang kering dah siap bakar tadi. Semalam upahkan orang mesin rumput. Itu yang kena sapu pula. Nampaklah sikit macam rumah orangπŸ˜„πŸ˜„

Tunggul pokok tu bila lah nak habis mereputnya.

Petang nanti kalau rajin sapu laman sebelah lagi.

Minta Adam petikkan rambutan. Teringin lah pulak makan tengah² panas ni.

Bila nak makan..  gaduh dulu dengan semut 🐜🐜🐜

🀣🀣🀣🀣

9 comments:

  1. Best nya makan rambutan segar yg baru dikait... Lontong dgn ayam sambal sedap tu.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada yang petikkan dapatlah makan. Nak petik sendiri tak berapa nak rajin huhu..
      Lontong kat sini memang kena lah rasanya.

      Delete
  2. Agaknya semut tahu rambutan tu manis. Kena gaduh dengan 🐜🐜🐜 dulu ye hihihii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lahh... dah letakkan kat luar pun dia takmau lari. Nak senang kupas dengan pisau tapi still lah semut tu dok naik tangan.

      Delete
  3. Nampak sedap dan menyelerakan lontong tu. bestnya makan rambutan fresh dari pokok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah kena dengan rasa.
      Kadang terlupa ada rambutan kat pokok 😁

      Delete
  4. Rambutan dan semut x leh dipisahkan..ye tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lerr... mujur bukan kerengge.. itu lagi lah geram.
      Dah lah gigit sakit πŸ˜‚

      Delete
  5. Yg saya masih belum coba lontong kering. Penasaran. Dah masuk dalam bucket list kuliner yg nak dicoba πŸ˜„

    ReplyDelete