Pages

Monday, August 5, 2024

Monitor Bil Air Dan Elektrik Rumah Sewa

Sebelum cuti haritu Abang Imi ada cerita pasal bil air dan elektrik di rumah sewanya. Tuan rumah duduk jauh dari rumah sewa. Bila Bami dan kawan² masuk rumah sewa tu, tenant lama tak jelaskan tunggakan bil. Tuan rumah pula tak aware.

Bila Bami dan kawan² nak bayar bil tentulah akan bayar yang semasa sahaja. Mereka ada beritahu tentang hal tersebut dan tuan rumah bayar tunggakan tenant sebelum ini. Kalau tak.. susah jugalah kan nak kira. Budak² ni mujurlah bertanggungjawab share portion masing².

Itu belum lagi kedai makan bersebelahan rumah sewa mereka tarik air.  Tak tau lah macamana owner tu deal dengan kedai tersebut sebelum ini. Kan dah susah bila guna meter sama tapi ada 2 tempat guna. Sudah pastilah kedai makan tersebut kena caj lebih compare to rumah sewa.

Rentetan dari cerita Bami tu, ibu terus cepat² download apps Air Selangor dan MyTNB. Register akaun ketiga² rumah sewa.

Kotlah penyewa terlupa bayar atau bil manual tak sampai kepada mereka, bolehlah ayah forwardkan.

Untuk bil elektrik ni, masih ada pembaca meter datang dari rumah ke rumah. 

Bila ibu check, ketiga² tenant dapat bil air minimum setiap bulan, RM6.50.

Memanglah jumlah tersebut sedikit tapi kalau lalai membayar boleh jadi tertunggak banyak. Kalau boleh kita nak tenang² je dengan tenant dan alhamdulillah mereka semua baik².

Untuk bil air ni setiap bulan Air Selangor akan hantar bil melalui pesanan Whatsapp. Kemudian ibu forward kepada ayah. Ayahlah yang akan forward bil kepada tenant sebab urusan rumah sewa biarlah ayah handle seorang. Takde dah Air Selangor hantar manual bill.

15 comments:

  1. Bagus ada apps begini, senang nak monitor kan...
    Bil air kami bulan ni mahal, sbb gangguan bekalan air hari tu... Isi segala tong, baldi dll...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, senang nak monitor.
      Kalau ikut sepatutnya bil sama je kan.. sebab kita isi air tapi masa takde bekalan kita tak boleh guna kan.

      Delete
  2. Skrg ni semua paperless kan.. kalau kt sini kalau nak jugak bil hantar kat umah kena caj lg 😂😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo.. camtu eh.. akak tak perasan pula kat sini ada caj ke tak. Tapi bil rumah sendiri, Air Selangor masih hantar bil macam surat tu sebab ada envelope siap2, bukan macam bil elektrik, pembaca meter selit bil kat pintu 😅

      Delete
    2. wah.. siap ada envelope lg tu... kalau SEB ni mmg paperless... sbb tu nk hantar ke umah dia caj, dia galakkan org hantar di emel atau donlod apps

      Delete
  3. Linda memang dah lama buat nie.. Semua rumah masukkan dalam list.. Rumah mak di kampung pun buat jugak... Hihihi.. Senang nak pantau

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh.. bagus Linda. Tak terfikir pula.. tapi mungkin sebab rumah mak Linda jauh kan, elok buat begini.

      Delete
  4. SA pun ad apps SAINS, senang nak monitor, TNB pun sama..setakat ni bil letrik aje la yang melambung..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang semua di hujung jari kan.
      Kalau cuaca panas kadang susah nak control elektrik ni.. mau aircond 24 jam kalau kita ada di rumah.

      Delete
  5. Bagus kan sekarang ni apps di hujung jari. Senang nak monitor ni kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Ezna.
      Dah macam-macam apps dalam HP ni.
      Rasa naik semak juga hehe.. kadang boleh terlupa username & password kalau tak dicatit.

      Delete
  6. Kalau buat rumh sewaa mmg kena buat agreement dan bawa ke TNB dan Air.. utk buat account bru atas tenant.. kalau tak bayar tenant tu kena tanggung bukan owner..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tenancy agreement ada buat tapi akak tak ada buat account TNB dan Air atas nama tenant pula. Memikirkan mungkin tenant tak lama, karang kena tukar2 pula. Jadi buat masa ini nama akaklah dulu dengan harapan tenant beri kerjasama. Ketiga-tiga tenant ni tiap2 hari pun akan lalu depan rumah akak untuk ke rumah sewa. Harap tak ignore tuan rumah huhu...

      Delete
  7. Rasanya di LD belum ada cara begini. Masih nampak bil air masuk dalam peti surat.

    ReplyDelete