Pages

Monday, August 26, 2024

Menjompot

Ahad pagi mood terajin sikit sebab teringin buat jompot/jemput/cekodok bawang. Nak buat ni kena ramai sikit dalam rumah baru seronok nak makan. Minggu ni tak sempat Jalan-jalan Cari Sarapan sebab pagi malas nak keluar rumah.

Sepinggan besar jompot bawang.

Cik Elis ada beritahu, boleh juga buat jompot dari lebihan nasi. Dah tak perlu bubuh air panas untuk hasilkan jompot nasi. Lepas ni boleh lah try. Rasa pernah makan kat rumah nenek sebelum ni. 

Cicah dengan sambal sardin. 
Cili kering, bawang merah, bawang putih dan halia blend je semua. Tak ada hirisan bawang sebab anak-anak kalau jumpa tepikan semua šŸ˜¬
 
Add-on nasi goreng kampung.

Nasi dekat seminggu dalam peti ais bila dibuat nasi goreng kampung pedas, laju je semua makan. Boleh sambung makan sampai tengahari.

Lunch takde dah nak masak lagi sebab ibu ayah akan attend kenduri kahwin.

12 comments:

  1. Replies
    1. hehe.. jenuh juga nak menjemput masuk dalam kuali nak pastikan bolat2 šŸ˜‚

      Delete
  2. Anak2 akak masa kecik2 dulu pun sama ketepikan bwg tp bila dh besar suka plk bwgšŸ˜. Cantik comel cokodok bwg ibu šŸ‘. Musim hujan gini sedap ni dpt mkn cokodok pns2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang pelik budak2 kat rumah ni kalau bawang goreng tu boleh pulak diorang ratah je šŸ˜¬
      Cekodok panas lepas tu dapat kopi-o atau teh-o panas, memang nyaman hehe

      Delete
  3. Bulat² jompot Akk...
    Sy suka bawang dlm jemput², manis je rasanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. terasa manis2 jemput2 tu.
      lagi satu bubuh banyak2 bawang, bila goreng ada yang terjojol2 keluar, itu yang dicari dulu.

      Delete
  4. Cantiknya jemput2 dia....bulat2 je. Sedap la jemput2 ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bertabah je nak menjemput nya tu dalam kuali huhu

      Delete
  5. Akak buat la step by step jompot2 bawang tu..Sa x pandai2 lagi buat jenis macam tu la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah bila datang rajin buat lagi dengan harapan masih menjadi huuhu.. kadang-kala ada je buat kurang lembut.

      Delete
  6. Jeles tengok orang buat jadi bulat.. Kita tak jadi bulat.. Tp, yang penting laku keras... Hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. bulat ke lonjong ke kemek ke tak kisah.. asal garing di luar dan lembut di dalam kan.., pasti laju je dimakan.

      Delete