Biasa asyik cerita pasal Wafi je... si sulung ni kena masuk lah juga dalam blog.
Walaupun kadang-kala... alaaa bu.... janganlah... malu....
Ini cerita 24/10/2025 Abang Imi ke Pulau Redang dengan kawan-kawan sekolah rendah.
3 orang kawan dari Selangor singgah ke Kuala Terengganu bercuti dulu sebelum sama-sama ke Kota Bahru untuk menghadiri majlis perkahwinan rakan mereka.
Jeti Merang yang menempatkan bot-bot untuk bawa penumpang ke Pulau Redang.
Abang Imi dan kawan-kawan pergi balik hari je ke sana.
Budak-budak lelaki ni senang... asal balik bercuti boleh je jumpa kawan-kawan. Ada yang sudah bekerja namun bila kawan-kawan nak jumpa ada je masa mereka. Seronok tengok Bami berkawan. Bila hari raya pun masih berkumpul dan beraya bersama.
Berbanding dengan budak perempuan, macam Kak Widad.. ibu tak pernah nampak dia keluar dengan kawan-kawan sekolah rendah pun.
Snorkeling katanya.
Berhampiran Pulau Redang ada kawasan penyu.
Bila ibu tengok video yang Abang Imi share, jernih betul air kat Pulau Redang ni. Nampak jelas betul penyu-penyu kat dalam tu.
Ibu tak pernah sampai Pulau Redang lagi.. insyaallah ingat nak ke sana juga sementara anak-anak masih ada di KT. Pergi balik hari je pun dah ok.
Healing betul mereka.
Petang tu balik semua ke darat dan mereka berempat terus ke Kota Bharu, Kelantan dan bermalam di sana.
Ni je lah gambar yang Bami share kat masa kat KB.
Makan nasi kerabu katanya.
Petang tu habis kenduri kawan-kawan hantar balik Bami ke Kuala Terengganu sebelum mereka meneruskan perjalanan ke Selangor.











cantik pasir putih halus je nampak
ReplyDeleteha a kan.. halus je nengok pasirnya. Kat Kuala Terengganu pun dah halus pasirnya ini kan pula pulau kat sana.
DeletePulau redang x best pi balik hari kak..kena 3 hari 2 malam baru best...hehehe...anak- anak dah besar kan..SA bagi je anak SA kalau nak pi memana dengan syarat bg tau, update setiap masa dna kena tau dengan siapa dia pergi...
ReplyDeleteHealing habis tu kalau 3H2M... menarik juga, boleh explore lebih.
DeleteWalau dah dewasa selagi mereka masih dalam tanggungjawab, kita pun nak tau diorang gi mana...
Budak lelaki sempoi hehe...
ReplyDeleteSy pun belum pernah sampai Pulau Rendang. One day In Sha Allah.
Budak laki takde nak kontrol ayu hehe
DeleteInsyaallah one day sampai ke sana.. jom kita!
Masa Cie pergi dulu lama dah belum ada penyu tu. Tak ingat tahun bila 2010/2011 rasanya.
ReplyDeleteLama juga tu... dah boleh repeat. Nanti anak-anak habis exam boleh lah ke sana. ehhh.. tapi nak sampai dah musim tengkujuh. Mungkin tak lama lagi pulau tutup dah.
DeleteSy pergi awal bulan July tu hr 4d3n. Airnya sgt jernih. Pasirnya putih mulus halus. Tak puas mandi laut Redang dan mcm tak cukup hr bercuti d situ 🤭
ReplyDeletemakkkkkk... 4h3m pun tak cukup ya... macam menarik sangat ni. Bulan July elok sangatlah kan cuacanya sebab masa tu pun dah panas.
DeleteCantiknya....Baru ni kawan setugas kena transfer ke P.Redang..Nampak dia share status setiap hari...Bahagia betul dia di pulau nan indah
ReplyDeletewowww.... dah lah kena transfer ke negeri paling bahagia... letak pulak kat Pulau Redang.. bertambah-tambah bahagialah kawan tu.
DeleteBestnya dapat jumpa penyu.
ReplyDeleteDari video yang di share, banyak pulak penyu tu. Boleh pegang-pegang lagi.
DeleteLinda tak boleh keluar dengan kawan sek rendah..sebab semua kawan lelaki.. hahaha..dah jadi laki orang pun..takmau lah..
ReplyDeleteKalau sek men, kita memang selalu Lone ranger.. siapa nak kawan, jom..tak nak kawan..sudah.. hahaha
Hahaha... adoiiiii... ni mesti ganas masa sekolah. Mujur sekarang menten ayu😆
DeleteKalau langit tu tak gloomy, mesti lagi cantik gambar dgn air biru jernih. Tapi mujur jugaklah tak hujan kan.
ReplyDeleteTak pernah sampai redang lagi. Cantik tempatnya!
Haah betul... Abang Imi cakap sekarang dah nak masuk musim tengkujuh jadi memang agak gloomy kat sana.
DeleteWow! Dapat jumpa penyu hidup. Bertuah sungguh. Cantiklah Pulau Redang.
ReplyDeleteKan kak... cantik P. Redang ni.
Delete