Pages

Wednesday, November 12, 2025

Abang Rahimi Ke Pulau Redang

Biasa asyik cerita pasal Wafi je... si sulung ni kena masuk lah juga dalam blog.
Walaupun kadang-kala... alaaa bu.... janganlah... malu....

Ini cerita 24/10/2025 Abang Imi ke Pulau Redang dengan kawan-kawan sekolah rendah.
3 orang kawan dari Selangor singgah ke Kuala Terengganu bercuti dulu sebelum sama-sama ke Kota Bahru untuk menghadiri majlis perkahwinan rakan mereka.

Jeti Merang yang menempatkan bot-bot untuk bawa penumpang ke Pulau Redang.
Abang Imi dan kawan-kawan pergi balik hari je ke sana.



Budak-budak lelaki ni senang... asal balik bercuti boleh je jumpa kawan-kawan. Ada yang sudah bekerja namun bila kawan-kawan nak jumpa ada je masa mereka. Seronok tengok Bami berkawan. Bila hari raya pun masih berkumpul dan beraya bersama.

Berbanding dengan budak perempuan, macam Kak Widad.. ibu tak pernah nampak dia keluar dengan kawan-kawan sekolah rendah pun.


Snorkeling katanya.

Berhampiran Pulau Redang ada kawasan penyu.
Bila ibu tengok video yang Abang Imi share, jernih betul air kat Pulau Redang ni. Nampak jelas betul penyu-penyu kat dalam tu.

Ibu tak pernah sampai Pulau Redang lagi.. insyaallah ingat nak ke sana juga sementara anak-anak masih ada di KT. Pergi balik hari je pun dah ok.

Healing betul mereka.

Petang tu balik semua ke darat dan mereka berempat terus ke Kota Bharu, Kelantan dan bermalam di sana.

Ni je lah gambar yang Bami share kat masa kat KB.
Makan nasi kerabu katanya.

Petang tu habis kenduri kawan-kawan hantar balik Bami ke Kuala Terengganu sebelum mereka meneruskan perjalanan ke Selangor.

5 comments:

  1. cantik pasir putih halus je nampak

    ReplyDelete
  2. Pulau redang x best pi balik hari kak..kena 3 hari 2 malam baru best...hehehe...anak- anak dah besar kan..SA bagi je anak SA kalau nak pi memana dengan syarat bg tau, update setiap masa dna kena tau dengan siapa dia pergi...

    ReplyDelete
  3. Budak lelaki sempoi hehe...
    Sy pun belum pernah sampai Pulau Rendang. One day In Sha Allah.

    ReplyDelete
  4. Masa Cie pergi dulu lama dah belum ada penyu tu. Tak ingat tahun bila 2010/2011 rasanya.

    ReplyDelete
  5. Sy pergi awal bulan July tu hr 4d3n. Airnya sgt jernih. Pasirnya putih mulus halus. Tak puas mandi laut Redang dan mcm tak cukup hr bercuti d situ 🤭

    ReplyDelete