Dari tempat Merapi ke Candi Borobudur mengambil masa sejam perjalanan. Dalam itinerary ada makan di Kopi Klotok tapi Bami dan nenek kata tak lapar lagi. aiseyyyyy.... dah majoriti taknak makan ayohlah terus kan perjalanan. Sejam perjalanan, apa lagi... masing-masing lelapkan mata. Pantang masuk kereta mesti tidur.
Kalau banyak masa bolehlah masuk muzium ni.Bangunan utama sebelah kiri untuk beli tiket dan di situ juga ada kedai² yang menjual cenderahati.
Harga tiket masuk Candi Borobudur
Kami bertiga IDR1,365,000 (RM320.50)
Ia termasuk
- Akses Monumen Candi
- Tour Guide
- Upanat (sandal khusus)
- Air mineral
- Beg untuk membawa kasut dan air mineral
Petugas akan bagi wristband yang mempunyai bar code.
Dari bangunan pentadbiran yang kami beli tiket untuk ke candi jauh jadinya kena lah naik shuttle. Nak berjalan boleh tapi macam tak masuk akal je😅 sebab Taman Wisata Candi Borobudur ni luas.
Turun dari tram, berjalan ke arah kaunter untuk mendapatkan upanat, air mineral dan beg untuk menyimpan kasut. Tunjukkan wristband kepada petugas. Mereka akan tanya saiz kasut apa. Boleh cuba dulu nanti tak ngam boleh tukar.
Bila dah tukar ke sandal, Mas Donz ambil beg berisi kasut masukkan dalam kereta jadi tak perlulah kami bawa beg tersebut.
Perlu memakai sandal khas untuk melindungi batu struktur Candi Borobudur.
Ibu ingatkan sandal tu ada khas untuk perempuan atau lelaki sebab kebetulan Bami dapat yang berbentuk bulat depannya. Rasanya mereka random je bagi sebab tengok pengunjung lain pakai yang lelaki pakai seperti ibu dan nenek.
Setiap pengunjung atau grup akan diberikan nombor.
Tempat menunggu. Slot kami jam 1 pm
Nanti petugas akan panggil nombor jadi bolehlah berkumpul.
Setiap grup ada dalam 20 orang dengan seorang tour guide yang akan memberikan penerangan.
Kat sini TG pesan jika ada urusan tandas boleh buat di tandas yang disediakan sebelah kiri sebab kat atas sana tak ada tandas. Jenuh ooo kalau dah sampai atas nak turun balik😅
Tandas yang disediakan bersih dan bau serai wangi.
Jauh lagi nak sampai.
Masa ni gate tak buka lagi jadi ambillah gambar dahulu di sini. Ini adalah pintu di sebelah Timur.
Untuk trip candi ni awalnya ibu nak ke Candi Prambanan. Lepas diskas dengan Bami dan nenek tukarlah kepada Candi Borobudur. Nenek kata ke situ sebab itu yang nenek tahu.
Candi Borobudur ialah candi Buddha terbesar di dunia, dibina pada abad ke-9 yang mengambil masa beberapa dekad untuk disiapkan.
Ia telah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1991.
Manakala Candi Prambanan merupakan candi Hindu terbesar di Indonesia.
Bila gate buka petugas akan scan wristband dahulu. Abang Imi naik guna laluan ini tapi ibu dan nenek ikut tour guide ikut laluan lain. Tour guide kata ikut lah dia sebab dia lebih tau trick nya. Nanti akan jumpa juga di level atas.
Sebelum sampai ke stupa utama di tingkat atas terdapat 9 aras yang kena dilalui.
- 6 tingkat berbentuk segi empat
- 3 tingkat berbentuk bulatan
View gunung.
Laluan sampai di sini sahaja kerana ada kerja² penyelenggaraan. Sepatutnya boleh naik hingga ke Stupa utama.
Dah naik nak kena turun pulak.
Ada shuttle berbayar.. kot rasa tak larat bolehlah naik.
Di belakang kami struktur yang berbentuk kubah atau loceng dinamakan Stupa.
Ia merupakan simbol penting dalam agama Buddha.
Di Candi Borobudur, stupa melambangkan pencerahan Buddha. Terdapat 72 stupa berlubang yang mengelilingi stupa utama di bahagian atas candi. Di dalam setiap stupa berlubang terdapat patung Buddha.
🔸 Stupa kecil → melambangkan perjalanan menuju pencerahan.
🔸 Stupa utama → berada di puncak dan menjadi kemuncak struktur Borobudur.
Kalau menjenguk melalui lubang kubah memang akan nampak patung Buddha di dalamnya.
- Candi ini dibina tanpa menggunakan simen. Batu-batu dipotong dan disusun saling mengunci antara satu sama lain.
- Batu disusun berlapis-lapis membentuk teras dan dinding, kemudian dihiasi dengan relief.
- Sistem saliran turut dibina melalui saluran air dan pancuran batu untuk mengurangkan tekanan air hujan.
Gigih lah pasang kuda-kuda sebab tangga tu langkaunya besar-besar dengan curam lagi. Ibu pun nak kena perhatikan nenek sebab biasalah nenek tu.. cepat je jalannya. Ibu yang risau.
Turun di pintu Selatan.
Pintu masuk dan keluar telah ditetapakan oleh petugas. Disebabkan kerja² penyenggaraan, pintu Utara dan Barat telah ditutup.
Petugas kat situ tanya taknak ambil gambar ke.. aihh.. laju je ibu posing padahal Bami dah keluar dari check point imbas wristband. Petugas benarkan Bami masuk untuk ambilkan gambar ibu.. lepastu Bami pun nak bergambar juga.
Kiranya tadi masa masuk kita check-in bila nak keluar kena check-out lah. Dengan cara ini jumlah pengunjung yang memasuki candi boleh dikawal. Kalau tengok kat kad info, setiap slot adalah seramai 500 orang.
Masa ambil gambar kat luar candi, sebenarnya nenek dah turun dulu. Nenek kata nak tunggu kat bawah duduk kat bangku. Memang ibu nampak ada banyak bangku kat bawah laluan keluar. Bila ibu dan Bami dah turun, nenek tak ada. Aduhhh... masa ni darah dah berderau. Dah lah beg nenek yang ada passport Bami galas.
Kami terus lah jalan sebab laluan tu memang terus je. Kat satu simpang tu ehh... elok je nenek duduk kat bangku sambil memerhati orang lalu lalang. Aduhhhh.. Mujur pada masa sama Wafi video call ibu, nak cakap juga dengan nenek. Wafi penyelamat, kalau tak... memang nenek ibu bebelkan 🤪. Nenek kata nak jalan depan tengok-tengok.










(1).heic)






.heic)


(1).heic)

Terima Kasih atas perkongsiannya. Rasa dah sampai juga ke tempat tu walaupun hanya dari gambar.
ReplyDeleteSama²... Insyaallah lepas ni Shai pula pergi.
Deletecandi borobudur mmg tmpt wajib singgah la....ada laluan lain ye utk naik ke atas tu..nmpk tinggi juga tu
ReplyDeleteLaluan lain tu pintu di sebelah selatan.. sama je tinggi dia cuma laluan selatan tu untuk turun tapi batch kami tu semua kan baru sampai jadi takde orang turun ikut situ lagi.
DeleteBila tenguk ni teringat trip kami yang hanya check in Di pintu pagar je sebab masa tu hujan Dan semuanya tidur bila dah sampai hujan dah reda tapi kita org yg dah malas nak jalan masuk. Hehehe ambil gambo kat replika Di luar je.
ReplyDeleteBila orang tanya dah sampai ke Borobudur still boleh jawab ya kak sebab memang dah sampai walau kat luar kan😆
DeleteBaguslah, semua fit senang nak explore Candi ni. Nenek pun gagah ye
ReplyDeleteGagah kan juga PH.. minda pun dah kena ready sebelum pergi.
DeleteOk dah lain sket.konsep dia ye skrg... zaman muda remaja jejak candi ni takde shuttle ye haha mmg gigih la berjalan dari awal sampai naik atasðŸ˜ðŸ˜ tp time tu muda belia lagi kan so apa la sangat berjalan sambil singgah minum air dulu haha.. 😜😜, candi prabanan pun dah pernah pegi tp.kita suka brobodur lagi
ReplyDeleteAda jual²an eh kat dalam taman candi dulu. Patutlah Mas Donz ada beritahu dulu parkir kat bahagian dalam taman candi jadi boleh masuk terus cuma still kena jalan juga.
DeletePrambanan unik juga binaannya sebab satu² biji.
Shuttle ada kena la naik. Tempat luas kena jimat tenaga.
ReplyDeleteHehe.. memang kena naik... belum sampai level omputih yang jalan kaki nak ke tapak candi😆
DeleteUishh tinggi juga nak mendakinya. Tapi lawa juga rekabentuknya dan memang dah lama kan candi ni....time sejarah ada juga pasal candi ni.
ReplyDeleteHaa betul.. tinggi nak mendaki.
DeleteTau tentang candi ni pun masa belajar dulu.
once dah scan qr keluar, tak boleh masuk lagi kan? bila TA ajak semua keluar tu, kitorang lari dari group sebab nak duduk lama lagi kat candi ni :p
ReplyDeleteRasa tak boleh sebab pintu turun nya petugas scan QR untuk check-out je.
DeleteLaaa lama sangat ke atas tu. Kami dok atas tu 1 jam setengah pun rasa nya dah cukup. Sama lah tu.. ramai je peserta tak ikut TA bila dah naik tangga candi.. jalan sendiri je. Last-last 5-6 orang je yang ikut tapi bagusnya dia offer ambilkan gambar.
Saya sekali ke Borobudur. 2011. Lagi puasa Ramadhan terakhir , dan saat ih tak ada shuttle yaaa 🤣🤣🤣🤣. Panasnya tak usah tanya, memang lemas badan saya dibuat. Akhirnya terpaksa membatalkan puasa , sebab rasa nak pingsan 😅😅.
ReplyDeleteDulu tempatnya masih banyaaaaak oenjual2 souvenir yang bebas di dalam. Saya sampai takut, sebab mereka paksa untk beli. Ya Allah memang trauma.
Setelah baca cerita kakak, ok, next akan datang lagi sebab dah lebih teratur
Aduhhh... boleh dibayangkan panas nya tu.
DeleteSekarang takde yang berjual-jualan dalam tu Fanny... sebab pusat penjaja ada di bahagian depan, dekat dengan parking lot. Teratur tempatnya. Mujur dapat air mineral jadi bolehlah basahkan tekak.
Nenek mesti sayang Wafi lebih, sebab dah selamat kan nenek dari dengar bebelan ibu.. kikiki
ReplyDelete