اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ
Seminggu yang padat.
Balik dari Ganu masuk ofis macam dah takde hari esok.
Pergi pagi balik 7.30 , solat Maghrib dulu kat ofis.
Rasa huru hara hidup. Tapi gitu lah... tiap tahun pun jadi Tragedi Oktober. Cuma tahun ni extra betul.
Pagi ni masuk ofis juga mungkin sampai petang.
Kat rumah pun takde orang, ayah & Bami balik Kulim manakala Kawi ada program.
Boleh je ibu WFH tapi kat rumah banyak cabaran 😁, lebih baik masuk ofis boleh concentrate kerja.
Bila masuk ofis bolehlah claim extra cuti.
Nahhhh... kita bagi bukti hari ni kerja 😂😂
Berdua je hari ni... sorang lagi collegue kat hujung sanun.
Tu yang masing-masing pasang lagu kuat sket untuk elak bosan.. tapi best lah.. takde gangguan.
Takde panggilan telefon... takde staff masuk bilik hantar dokumen etc.
Pagi ni ofis Kawi ada Department Retreat Day di Broga, Semenyih.
Dekatlah sikit nak ke sana dari Kajang.
Ada juga ibu tanya kawi kenapa tak car pool je dengan office mate lain, katanya mereka bawa family.
Tapi ibu nengok jadual program hanya staff je terlibat.
Entah lerr... kot Kawi tak pi tanya dan nak pergi sendiri je.. sebab pada ibu kalau hanya staff terlibat biasanya car pool.
Nampaknya tak dapatlah Kawi berehat Sabtu sebab plannya hari ni nak tidur seharian😅 setelah seminggu kerja.. ada pulak program. Minggu lepas pun Sabtu tak dapat rehat sebab hantar Wafi kemudian pergi kenduri kahwin kawan di Cheras. Lepas tu lepak dengan unimate yang intern kat Shah Alam.
Tapi ibu nengok kawi suka je bila ada aktiviti ofis.
Nanti ibu pelan-pelan update blog dan blog walking.
Rindu kat kawan-kawan blogger lain 💝💝





lama tak datang sini tengok ibu...sy pun huru hara sampai hilang mood nak masuk blog haha
ReplyDeleteHahaha... jangan lama sangat Afzan.... ramai yang rindu ni🥰
DeleteBest la kawi ada retreat day. Terisi masa hujung minggu.
ReplyDeleteDia kalau boleh nak berehat je 😅 tapi bila ada program dia suka pulak.. ni nanti balik mesti qada tidur.
DeleteKdg tu, masuk kerja hari Sabtu..bukan sebab nak claim OT atau cuti..tapi, hari Sabtu takde gangguan.. semua yang plan, boleh siap... Hahaha..
ReplyDeleteJadi, bukan la kata tak boleh manage kerja pada hari bekerja...tapi, sebab banyak gangguan.. padahal, dah mengadap kerja dari masuk sampai balik.. hahaha..
Owh, nasib ku di tempat baru yang sibuk.. 😂😂
Haaaa betul.... gangguan² tu lah yang kadang kita hilang fokus... nak siapkan kerja A tiba² kena buat kerja B. Mana nak siap.. tambah² buat dengan perasaan yang geram🤭
DeletePotfolio baru kerja lebih ya. Lama² boleh adapt tu.
Ye, kalau sibuk sangat masuk ofis on weekend, boleh bekerja dgn tenang & siapkan segala tugasan dgn jayanya :D
ReplyDeleteYesszaaa... semalam setel satu part seperti yang dirancang. Bonus ada satu lagu adhoc task juga setel. Sharp² jam 5 balik dengan tenang. Hari ni cuti pun boleh relax memang takmau bawa balik kerja lain. Esok je sambung. Nak reward diri.
Deletebusynya ibu sampai weekend pun kena kerja. semoga cepat selesai keje yg tak pernah habis tu.
ReplyDeletewahh best Kawi ada aktiviti dgn kawan2 ofis!
Terpaksa huhu.. best sebab boleh selesai ikut timing. Tapi tinggal sorang je lah ritu, kawan satu lagi jam 12.30 dan balik.
Deleteammi kalau tengah bekerja tak reti sesambil dengar lagu. Tak jadi pulak apa yang ammi nak draft nanti...sesilap haribulan ada pulak lirik lagu dalam dalam afidavit karang hahaha.
ReplyDeletehahhaha... kena katok nanti dengan bos ada lirik lagu.
Deleteakak ok sebab main dengan figure je. Dengar lagu sama tiap hari pun tak pernah hafal lagu nya.. sekadar buat bunyi-bunyi je.
Waaah baguuuus pilihan lagi untuk temankan kerja kak 😄👍👍. Sukaaa saya dengar lagu2 air suply. Kalau kerja nihya suka lagu2 genre begitu 🤭. Air supply, MLTR, Mr big 😄. Saya tipe yang kalau kerja memang mesti ada musik. Justru bisa bikin saya fokus
ReplyDeleteAsal jangan head banging lebih-lebih 😁
ReplyDeletehaaa... lupa pulak MLTR.. sedap gak lagu dia. Mr Big tak perasan..
Padat program tu.. Mmg huru hara hehe to bored wfh best juga tp baik masuk opis lg cpt kj disiapkan
ReplyDeleteSesekali boleh lah masuk ofis.. bila kerja sampai satu, rasa tak cukup rehat weekend.
DeleteSA sambil kerja memang kena dengar lagu..kalau tak macam x lengkap..dah biasa dari muda2 lagi..
ReplyDelete