Alhamdulillah selesai sudah pengajian Abang Imi selama 4 tahun di peringkat Ijazah Sarjana Muda apabila menggenggam segulung (sekeping?) ijazah.
Bami daftar pelajar baru di sini.
Buku majlis sekarang dah tak ada tapi yang kami dapat ni kawan ayah bagi. Yang digital awal-awal lagi sudah dapat.
Dewan Al-Muktafi Billah Shah, Unisza Kampus Gong Badak dipenuhi para graduan, ibu bapa, tenaga pendidik dan para petugas.
Tengahari sebelum majlis, ayah jumpa kawan SAS, En. Fuad yang merupakan Ketua Penasihat Undang-Undang Unisza.
Parents boleh masuk jam 1.30 pm
Dewan Al-Muktafi Billah Shah, Unisza Kampus Gong Badak dipenuhi para graduan, ibu bapa, tenaga pendidik dan para petugas.
Suka vibe majlis konvo.. namun ada rasa sayu juga πͺ
Membesarkan anak, beri makan, minum, pakai, pendidikan... tanggungjawab yang perlu dipikul oleh seorang yang bernama ibu ayah.
Terfikir adakah cukup apa yang diberi untuk amanah yang Allah berikan kepada kami.
Giliran course Bami... nampak dari jauh pakai bunga.. ingatkan kenapa.. rupanya dia graduan pemula untuk ambil skrol. Mungkin lelaki tak ramai dalam 19 orang itu yang mereka mulakan dengan graduan lelaki.
Screenshot dari Youtube sahaja, itu yang blurr sikit. Tak sempat ambil gambar sebab ibu ambil video je.
Majlis selesai jam 4 petang. Graduan kena tunggu sekejap sebab mereka nak ambil gambar etc. Sebelum tu pihak senate telah mengumumkan yang semua graduan secara automatik menjadi Alumni Unisza.
Gambar berdua sebelum keluar dewan. Ini minta petugas kat tepi pintu tolong ambilkan.
Ambil gambar bertiga pula di luar dewan sebelum ke bilik fotografi untuk ambil gambar studio.
Pilih Lily sebab bau sedap dan kelopak dia besarπ
Masa ambil gambar studio tu, graduan lain meriah bergambar dengan adik beradik juga ada yang bergambar dengan saudara-mara.
Tapi gambar Bami bertiga je.
Wafi tak dapat ikut sebab nak exam jadi hari Sabtu kena balik semula asrama. Exam bertulis PDA pula ditangguhkan sebab SBP lain ada yang PDPR. Kak Widad pula baru intern jadi dia taknak ambil cuti. Padahal boleh je tapi dia kena hantar Wafi ke stesen KTM pula.
Masa ni Bami nak jumpa kawan-kawan semula lepas ambil gambar studio.
Lepas habis konvo dan ambil gambar studio, ibu ayah lepak kat ZUS Unisza sementara tunggu Bami jumpa kawan². Dapatlah ibu ayah jumpa unimate, Prof. Dr Zalailah yang mengajar di Faculty of Business, Economics & Social Development UMT. Lepas kelas terus beliau jumpa kami. Sembang² tak sedar sejam setengah. Azan Maghrib berkumandang barulah masing² beredar.Tengahari sebelum majlis, ayah jumpa kawan SAS, En. Fuad yang merupakan Ketua Penasihat Undang-Undang Unisza.
v
v
v
v
Gambar-gambar Abang Imi.
Ketahuilah bahawa setinggi mana pun kejayaan Bami, kasih sayang dan doa ibu ayah akan sentiasa mengiringi setiap langkah Bami.













Alhamdulillah dan Tahniah Abg Imi@Bami ππ
ReplyDeleteSemoga terus berjaya di masa akan datang .. Aaminn π€²π€²
Aamiin.. tq Cik Anon π₯°
DeleteAlhamdulillah tahniah Bami! Tahniah ibu & ayah juga. Semoga terus sukses!
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteAamiin... tq PH π₯°
DeleteTahniahnyer abang bami
ReplyDeletetahniah ibu bapanya juga
This comment has been removed by the author.
DeleteTerima kasih wak π₯°
DeleteTahniah Bami
ReplyDeleteTq MT π₯°
DeleteTahniah bt anakanda Ibo.. moga terus berjaya melangkah ke impian dan tujuan
ReplyDeleteAamiin... tq SL π₯°
DeleteAlhamdulillah. Tahniah untuk saudara Rahimi
ReplyDeleteTerima kasih uncle Shai π₯°
DeleteUncle ke? Nampak macam dah tua sangat lah pulak. ha ha ha
DeleteAlhamdulillah, bami dah lulus yaaaa... Saya ikut senang baca ini πππ. Semoga habis ini Bami bisa mendapat pekerjaan yang baik, atau nak sambung study yang lebih tinggi π?
ReplyDeleteAamiin.. tq Fanny π₯°
DeleteSo far dia tak cakap pulak nak sambung.
Biar lah cari kerja dulu.. boleh ibu ayah tarik nafas π
Alhamdulillah Tahniahhh... sejuk mata dan hati yang membesarkan... semoga terus berjaya di step step yang berikutnya.. :D
ReplyDeleteAamiin.. tq TT π₯°
DeleteTahniah Bami! Dah boleh kerja dah.
ReplyDeleteTerima kasih Cieπ₯° ... haaa.. boleh keja dah.
Deletealhamdulillah, tahniah Bami! tahniah juga pada ibu dan ayah yg memberikan pendidikan terbaik utk anak2. semoga Bami sukses dalam kerjaya
ReplyDeletenext year kak widad pulak kan?
Alhamdulillah.. terima kasih Maz π₯°
DeleteYa betul, tahun depan Kawi pulak konvo.
Alhamdulillah..tahniah Bami dan parentsnya
ReplyDeleteTerima kasih Linda π₯°
DeleteAlhamdulillah Tahniah Bami, Tahniah jugak akak dan suami...
ReplyDelete