Sampai taman jumpa pulak alat-alat senaman. Ini Twister.. fuh.. sedap betul dapat pusingkan badan. Tapi lepas tu kepala macam pusing pulak.
Pages
Saturday, September 11, 2021
Keluarkan peluh di petang Sabtu
Sampai taman jumpa pulak alat-alat senaman. Ini Twister.. fuh.. sedap betul dapat pusingkan badan. Tapi lepas tu kepala macam pusing pulak.
Friday, September 10, 2021
Shell out untuk dinner
Thursday, September 9, 2021
Tanah : Siri 1
Dari rumah Nenek Masi.
Tuesday, September 7, 2021
Ujian UPKK dan Menu Kawi
Ibu tak dapat pantau sangat last week sebab penat sangat bila malam. Malam ni ok sikit jadi ibu check latihan Wafi.
Bila ibu komen jawapan latihan yang dibuat Wafi... ini yang ibu dapat 👇👇👇👇
Bila kita jawab salah, mama kata kita tak baca buku.
Bila kita jawab betul, mama kata kita tiru jawapan.
🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣
Okay lah okay lah.
Ibu percaya Wafi.
Ibu jamah sikit sebelum ke ofis.
Kawi pun ada exam hari ni jam 8.00 am.
Cakoi dan kaya pandan ni Kawi sediakan untuk minum petang. Ibu pun tak pernah buat sendiri.Kakak macam tu lah.. kalau dia rajin macam-macam nak dicuba.
Untuk dinner ibu dah order siap-siap beberapa hari lepas. Sebenarnya untuk lunch dan ibu beli 5 pack. Ibu makan di ofis dan selebihnya bawa balik.Meatball dan lasagna untuk ayah dan Wafi.
Chicken chop untuk Bami dan Kawi.Dinner ibu cuit sana-sini. Kenyang makan cakoi kakak.
Malam ni dah janji dengan Wafi belikan Zem (duit dalam Zepeto) selepas habis ulangkaji. Wafi punyalah risau takut apa-apa jadi sebab beli guna online. Siap doa lagi.
Bila dah dapat gembira bukan kepalang.
Zem tu berharga RM3.99 dan Wafi dah bayar kat ibu cash. Reward sikitlah kat Wafi bagi happy dan semangat.
Abang Imi apa lagi... provoke ibu lah.
Bami : Tak payah ibu.... Wafi mana ada duit.. lainlah macam abang haritu kerja jadi ada duit sendiri.
Wafi : Haaaa... kan kita pakai duit raya, bukan duit ibu pun.
🙃🙃🙃🙃🙃🙃🙃🙃🙃
Sunday, September 5, 2021
Mesyuarat Projek Jalan di pagi Ahad
Ibu bawa bihun goreng dan satu jug teh tarik .. yang lain kebetulan menu sama... nasi lemak. Ada juga buah-buahan, kek pisang dan tosei. Ehhh... really rindu potluck sama-sama.
Tengahari makan je bihun goreng yang ibu asingkan dan nasi lemak tapau dari meeting.
Siakap 3 rasa kuah banjir, kangkung belacan dan telur dadar goreng tepung Bestari.
Kakak kata resepi ni pernah viral.. ermmmm... entahlah.. ibu pun tak perasan. Sebelum ni yang viral guna kulit ayam tapi telah diolah guna telur. Cinanamon bread topping biscoff caramel dan coklat jenama Roti Ali yang sedang meningkat naik. Ehhhh.. itu Cik Wada lah yang buat. Ingat bolehlah buat sarapan esok pagi.. tapi dah tinggal separuh.. ada harapan separuh lagi malam ni jadi habuan Bami.Saturday, September 4, 2021
Release Tension di Hari Sabtu
Keliling taman perumahan sebelum masuk taman tasik. Kakak Widad lari beberapa round untuk cukupkan 10 km. Ibu dah surrender.
Balik singgah restoren mamak.. beli untuk dinner Abang Imi dan Wafi. Sementara tunggu, ayah order mi goreng dan ibu makan roti canai dan segelas air lemon.
Sampai rumah sekodeng Wafi... sedang ulangkaji subjek Ibadah dan Akidah. Dah pesan kat Bami tunggu Wafi kat ruang tv jadi Wafi boleh menelaah dalam bilik je. Dah abang pulak duduk bilik sendiri itu yang Wafi duduk kat ruang tamu dekat dengan bilik abang.
Wednesday, September 1, 2021
Lepak di bilik Wafi
Polaroid pilihan Wafi belakang tu makin lama hilang kaler dia.
Minggu depan nak trial exam UPKK.
Esok ayah kena ambil kertas periksa di sekolah.





































