Pages

Saturday, August 21, 2021

PM9, Bubur Asyura, Nasi Arab dan Jogging

Hari ini negara melakarkan lagi sejarah apabila Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke 9.

Semoga perlantikan beliau akan memakmurkan politik dalam negara dan menjadikan Malaysia bertambah aman dan lebih menyihatkan... eh..

Ini adalah bubur Asyura versi Utara yang ibu order dari platform Meru Food Channel. Satu bekas ni RM6 dan ibu beli 2 tanpa caj penghantaran. Masa sampai tadi masih suam-suam. Rasa manis-manis dan dalam ada ubi-ubi dan kekacang tiada tambahan daging. Mungkin ini versi manis jadi tiada daging. Seingat ibu masa makan di UUM dulu setelah masak bergotong royong ada campuran daging. Mungkin ada pelbagai versi.

Petang tadi sebelum Asar hujan tapi panas. Dah plan dengan kakak Widad untuk berjogging. Tunggulah hujan reda. Keluar rumah 5.20 pm macamtu. Plan ke2 kalau sampai taman tasik Hillpark masih hujan akan divert ke Jaya Grocer di Eco Grandeur.

Masa sampai ada rintik-rintik lagi. Kami jalan satu pusingan tasik lepastu hujan berhenti jadi teruskan lah lari perlahan-lahan.


Habis satu pusingan baru teringat untuk on kan apps Strava dan Samsung Health. Dapatlah lebih 5km.

On the way balik tu singgah sekejap di restoren mamak. Since ibu dan kakak Widad dah dapat 2 dose boleh lah dine in. Masa sampai pun ada 3 orang pelanggan je jadi berani lah masuk. Sedapnya dapat makan roti canai panas dan teh tarik.

Hari ini adalah hari pertama untuk mana-mana pelanggan tempat makan untuk dine in seperti yang dinyatakan oleh Majlis Keselamatan Negara. Masih perlu jaga SOP dengan ketat kerana kita masih belum menang menangani pandemik ini. 

Rezeki malam ni dinner Nasi Arab kiriman Cik Elis dari Shah Alam sempena Hari Lahir Pakcik Zie. Ada juga takoyaki. Cik Cha yang jadi runner singgah sana since hari ni cucuk vaksin di MSU, Shah Alam.

Semoga Cik Zie sentiasa sihat-sihat selalu dan sentiasa dilimpahi rezeki berganda-ganda.

Ada satu hari lagi cuti sebelum masuk kerja pada hari Isnin....
So esok boleh lah pilih-pilih tudung untuk dipakai hahahah.. maklumlah ritu masuk ofis on and off santai je tanpa uniform jadi tudung pun sarung je lah mana yang senang. 

Friday, August 20, 2021

Sup Ceker

Haritu beli 2 pack ceker/kaki ayam di Jaya Grocer sebab dah plan nak buat sup ala Cik Cha. Satu pack tu takdelah banyak sangat tak lebih 15 pcs kot, harga RM3 lebih je. Lunch break masuk dapur hari ni sebab ada 1 1/2 jam.


Resepi Sup Ceker ala Cik Cha

Bahan-bahan
1. Kaki ayam/ceker
2. 1/2 biji bawang merah cincang
3. 3 ulas bawang putih cincang
4. 1 tin cendawan butang hiris
5. 1 tin Cream of Chicken Campbells
6. Garam
7. Serbuk secukup rasa
8. Serbuk lada sulah

Cara-cara
1. Rebus ceker dalam Noxxa HP20 bila dah cukup masa keluarkan dan toskan air
2. Panaskan minyak dan masukkan bawang putih dan merah. Saute sekejap kemudian masukkan serbuk lada sulah.
3. Masukkan ceker dan cendawan. Gaul rata.
4. Masukkan krim ayam yang dibancuh dengan air 1 tin. Tambahlah air ikut banyak yang kita nak.
5. Didihkan dan masukkan garam dan serbuk secukup rasa.
6. Bila dah sebati tutup api. 

Tak perlulah lama sangat nak didihkan sebab ceker tu pun dah lembut karang semua tulang terlerai pulak. Susah nak makan.

Sementara tunggu sup sejuk sket buat kerja lah dulu tapi terlajak sampai 3.30 pm baru makan sambil tunggu Wafi PDPR GM.

Tumiskan cauliflower dan cendawan inoki guna rempah tumis je baki short vacay yang last ritu.... tak ingatlah bila adehhh... 

Pekasam daging tu pun minta kat rumah nenek sebab ada 3 pack ritu.. takut nenek tak habis makan hihi


                                                                                                                                                                                            
Lepas isyak ada bacaan Yaasin buat atuk Asri yang dimasukkan ke wad sejak Isnin lepas disebabkan kandungan gula yang tidak terkawal. Juga buat anak beliau, sepupu ibu iaitu Kak Long yang penyakit barah rahimnya menyerang kembali. Begitu juga untuk anak sepupu ibu, acik Ina yang anak beliau dimasukkan ke hospital kerana tekanan darah tinggi.

Pagi tadi terima mesej di grup whatsap keluarga Haji Suandi.

Assalam semua. Ni ila, anak wak asri. Ni nk bgtau berita yg xbest skit. Kanser lama ila ada semula slps 4 thn n dh merebak ke area paru2. So, ila dikategori Stg 4. Skrg ila msuk wad di Sunway Medical Centre Velocity sbb refer ke doc lama. Ila perlu rwtn utk buang air lbh kurang 3-4L dlm perut spy senang nk bergerak. Lps tu ila akn terus mulakn kimoterapi sebyk 6 cycle, sekali setiap 3 minggu. Tlg doakn ila cpt sembuh spt sediakala. Tksih.

Semoga Allah sembuhkan mereka dan dipermudahkan segala urusan.

Ya Allah.. Engkaulah yang maha Penyembuh

 


Thursday, August 19, 2021

YL : Kotak Keriangan Bulan Julai 2021 dan Loyalty

Yeayyyyyyyy... sampai juga produk Young Living untuk belian bulan Julai 21. Memang dijadualkan akan berlaku kelewatan disebabkan MCO.

Bulan ni ibu dapat free essential oil iaitu Loyalty yang didatangkan sekali dengan satin bag sempena Essential Reward (ER) untuk bulan yang ke 12.  

Ibu guna produk YL ni dalam 2 tahun tapi dulu tak buat pun ER, beli standard Order je. Tapi bila fikir balik jika buat ER dapat kumpul PV boleh lah redeem point tu nanti. Every 3 bulan dapat pulak minyak free.. owh.. sapa yang taknak!

Setiap 3 bulan dapat minyak free iaitu Orange, Aroma Ease, RC dan Loyalty. 

Rupanya pati minyak Loyalti ni bukan untuk pasaran tapi sebagai reward kepada ahli yang menunjukkan kesetiaan melalui ER Programme.
12 bulan dapat.. nanti bulan yang ke 24 juga dapat... wahh.. blink blink.

Sedikit info tentang eo Loyalty

Loyalty essential oil blend was formulated by Founder of Young Living and father of the modern-day essential oils movement D. Gary Young specifically to reward members who have demonstrated their commitment to Young Living’s Essential Rewards (ER) subscription program.

Loyalty includes some of the most luxurious and valuable oils that Young Living offers, including Rose, Sacred Sandalwood, and Sacred Frankincense. This combination represents how much we value members who use our products to infuse their lives with wellness, purpose, and abundance.

The scents of Ylang Ylang, Lavender, and Geranium essential oils in the Loyalty blend help create a pleasant, relaxing environment, while Idaho Blue Spruce and Vetiver help support a sense of grounding. Combined, the oils in this blend create an aroma that encourages members to be interconnected with one another and inspires an environment of thoughtful intention for building relationships.

 
Tu diaaa.. sempat lagi Ticer Watie ucapkan happy anniversary yang pertama!

Family kita mula pakai produk Young Living dalam tahun 2019... baru je lah lagi..

Jadi ibu letak lah entry dulu di sini sempena 1st anniversary.

10 Muharram

Alhamdulillah hari ini dapat berpuasa sunat Ayura 10 Muharram. Semua puasa kecuali abang Imi. Alasan Bami ibu tak bagitau kalau tak Imi puasa.. ehh... ibu siap panggil pagi tadi sebab masa tu Bami belum tidur layan movie. Wafi cakap tak terasa lapar sangat puasa hari ni  sebab duduk dalam rumah. 

Ini sahur Wafi.. roti telur dan secawan susu. Ibu juga buatkan untuk ayah dah Kawi. Macam biasa ibu cuma minum air kosong. Kalau ibu puasa solo memang tak bangun untuk ke dapur. Sediakan je air kosong sebelah katil.

Petang tadi sempat singgah rumah nenek hantar aiskrim. Buat dessert nenek selepas berbuka nanti. Meriah rumah nenek dengan bendera kecil dah besar hasil kerja Cik Awi sempena bulan kemerdekaan.

Masak simple je.

Siakap masak cuka.

Udang goreng tepung.

Cempedak goreng, kulit lembu+rebung tumis dan tempe goreng tapau dari rumah nenek. Begitu juga manggis yang sangat manis dari Tapah kiriman ummi. Cuma perlu pilih yang tidak keras sebab buah sampai lambat bila dikirim menggunakan Poslaju.

Kerabu suhun beli dari Uncle Rizal. Beli 5 pack... bolehlah Bami dan ayah buat supper malam ni.

Pizza Ketam pemberian Cik Ana.

Dah sediakan sayur dan bahan tumisan, simpan balik dalam peti sejuk sebab dah banyak makanan.

***********************************************************************

Tadi dapat pesanan 23.9.21 akan full production. 

Hi, all please be informed that we plan to start back full operations this Monday 23rd August. 

HR will issue a memo once we clear w all the vaccination, testing and approval. Meantime push your team to go finish their PIKAS & PICK.

 Jadi tunggu sahajalah apa plan bahagian pengurusan untuk kehadiran pekerja dan SOP yang perlu dipatuhi 

Hampir 3 bulan PKP dan PKPD di Daerah Klang jadi syarikat memang tidak beroperasi hanya bahagian pengurusan sahaja kerja samada WFH atau on and off masuk ofis. Since ibu pun dah biasa kerja jadi takde lah rasa lemau sangat nak masuk ofis untuk bekerja sepenuh masa.

Wednesday, August 18, 2021

Wafi Menari Tarian Zapin

Ibu jumpa video ni dalam galeri. Bila ibu check post masa konsert dan Majlis Graduasi 2014 rupanya ibu tak masukkan video ni.

Post tersebut ada di sini.

Masa ni Wafi baru 4 tahun.

Wafi yang berada di hadapan nombor 2 dari kiri.

Untuk kenangan Wafi di masa akan datang ibu share video ni.

Masa kecik sukalah menari-nari ni... bila besar malu pulak. Ibu suka je kalau Wafi aktif macam ni. Boleh tingkatkan keyakinan diri.

 

Hari yang sejuk

Semalam lagi  Wafi dah pesan hantar balik kertas soalan exam kat sekolah dari jam 8 pagi - 12 tengahari. Ustazah pun dah ingatkan dalam grup whatsap.

Jam 9 pagi baru ibu hantar ke sekolah lepas check email ofis dan hantar sedikit report.
Masukkan dalam kotak ni.. kotak bertutup sebab sekarang kan musim hujan. Masa tengahari hujan tadi, Wafi tanya kotak yang ibu masukkan kertas soalan tu ada tutup tak sebab risau kena hujan. Lantas ibu tunjukkan gambar yang ibu ambil tadi. 

ooo.. ok. Jadi ibu tutup balik kan penutup dia?

Adoiiiii.. mestilah ibu tutup.. awak ni Wafi.. risau sangatlah.

Wafi kata rindulah sekolah...
Rindu nak jaga kat pintu pagar ke.. adehhh... kain pengawas sekolah tu muat lagi tak ye kalau sekolah bulan 10 nanti. Isshhhhh... cuak pulak ibu.


Tengahari tadi waktu lunch break sempatlah masak ayam masak lemak cili api (tak pedas langsung sebab guna 5 biji cili je), cendawan goreng tepung Bestari, ulam terung bakar airfryer, petai Cik Cha bagi dan air asam beberapa hari lepas. Tembikai tu kurang peminat kat rumah ni. Hampir terlupa beli Ahad haritu bila masuk dalam peti sejuk. 

Lepas habis kerja, ibu gorengkan nugget dan kentang.
Makan santai-santai depan tv di kala hujan kat luar. Macam biasa takde dah nak masak lain, lauk tengahari tadi ada lagi semangkuk kecil, kot ada yang lapar tengah malam nanti bolehlah dimakan.

Gambar  ni ibu ambil masa nak maghrib tadi.. masih hujan lagi.
Hari ni dari pagi hujan sedikit-sedikit. Menjelang tengahari makin lebat dan makin berkurangan menjelang Maghrib. Sampai malam masih gerimis kat luar sana.
Sedap ni dapat tarik selimut. Nantilah tunggu isyak sekejap lagi. 
Ini kalau waktu cuti dari tengahari memang dah tidur atas katil.. syiokkk!
 

Tuesday, August 17, 2021

Sketch Tree

Pagi ini ibu ke ofis buat kerja-kerja yang ditinggalkan oleh staff yang berhenti kerja 24 jam hampir 2 minggu lepas. Menurut HR, sukar juga nak dapatkan staf pada masa PKP ini. Syarikat dijangka buka pada 1 Sept 21 apabila 80% pekerja telah divaksin dan telah mendapatkan kelulusan dari MITI. Sebelum masuk ofis, setiap pekerja juga perlu menjalani ujian RTK saliva.

Ibu sampai rumah hampir jam 4 pm. Masa tu Wafi sedang menduduki exam Tajwid. Lepas bersihkan diri baru lunch.. breakfast pun tidak. Hari ni memang tak masak kebetulan masing-masing order dan beli makanan. Kawi order 3 pack bakso, ibu beli 5 pack bubur nasi dan ayah beli Vietnamese Roll dan wedges.

Malam ni boleh lah relax-relax. Tak perlu tunggu Wafi ulangkaji sebab exam dah habis. Lepas je exam tadi, ibu tunaikan janji pulangkan balik handphone dan tab. Gembiralah tu sampai ke malam. Siap buatkan ibu gambar dari Sketch Tree. Apps yang baru download. Release tension lah gitu. Ibu layankan je lah dan simpan sini sebagai kenangan.

Jane adalah nama kegemaran Wafi dalam game atau apps yang digunakan.. contoh JaneXcute... tak ingatlah pulak dalam game yang mana.. Zepeto ke.. Roadblock (entah betul ke tidak nama tu).

Sketch Tree is a professional drawing software in mobile phone, it focuses on realistic painting, and integrates ps, image editor, picture beauty.