Pages

Friday, August 20, 2021

Sup Ceker

Haritu beli 2 pack ceker/kaki ayam di Jaya Grocer sebab dah plan nak buat sup ala Cik Cha. Satu pack tu takdelah banyak sangat tak lebih 15 pcs kot, harga RM3 lebih je. Lunch break masuk dapur hari ni sebab ada 1 1/2 jam.


Resepi Sup Ceker ala Cik Cha

Bahan-bahan
1. Kaki ayam/ceker
2. 1/2 biji bawang merah cincang
3. 3 ulas bawang putih cincang
4. 1 tin cendawan butang hiris
5. 1 tin Cream of Chicken Campbells
6. Garam
7. Serbuk secukup rasa
8. Serbuk lada sulah

Cara-cara
1. Rebus ceker dalam Noxxa HP20 bila dah cukup masa keluarkan dan toskan air
2. Panaskan minyak dan masukkan bawang putih dan merah. Saute sekejap kemudian masukkan serbuk lada sulah.
3. Masukkan ceker dan cendawan. Gaul rata.
4. Masukkan krim ayam yang dibancuh dengan air 1 tin. Tambahlah air ikut banyak yang kita nak.
5. Didihkan dan masukkan garam dan serbuk secukup rasa.
6. Bila dah sebati tutup api. 

Tak perlulah lama sangat nak didihkan sebab ceker tu pun dah lembut karang semua tulang terlerai pulak. Susah nak makan.

Sementara tunggu sup sejuk sket buat kerja lah dulu tapi terlajak sampai 3.30 pm baru makan sambil tunggu Wafi PDPR GM.

Tumiskan cauliflower dan cendawan inoki guna rempah tumis je baki short vacay yang last ritu.... tak ingatlah bila adehhh... 

Pekasam daging tu pun minta kat rumah nenek sebab ada 3 pack ritu.. takut nenek tak habis makan hihi


                                                                                                                                                                                            
Lepas isyak ada bacaan Yaasin buat atuk Asri yang dimasukkan ke wad sejak Isnin lepas disebabkan kandungan gula yang tidak terkawal. Juga buat anak beliau, sepupu ibu iaitu Kak Long yang penyakit barah rahimnya menyerang kembali. Begitu juga untuk anak sepupu ibu, acik Ina yang anak beliau dimasukkan ke hospital kerana tekanan darah tinggi.

Pagi tadi terima mesej di grup whatsap keluarga Haji Suandi.

Assalam semua. Ni ila, anak wak asri. Ni nk bgtau berita yg xbest skit. Kanser lama ila ada semula slps 4 thn n dh merebak ke area paru2. So, ila dikategori Stg 4. Skrg ila msuk wad di Sunway Medical Centre Velocity sbb refer ke doc lama. Ila perlu rwtn utk buang air lbh kurang 3-4L dlm perut spy senang nk bergerak. Lps tu ila akn terus mulakn kimoterapi sebyk 6 cycle, sekali setiap 3 minggu. Tlg doakn ila cpt sembuh spt sediakala. Tksih.

Semoga Allah sembuhkan mereka dan dipermudahkan segala urusan.

Ya Allah.. Engkaulah yang maha Penyembuh

 


2 comments:

  1. Sedapnya ikan pekasam tu dengan bawang dan cili yang banyak.

    Semoga dipermudahkan urusan semua orang dan kembali sihat hendaknya. Aaminnn...

    ReplyDelete
  2. Sedap hirup kuah sup ceker.
    Semoga atuk Asri, Kak Long dan Ila tabah menghadapi ujian hidup. Banyakkan bersabar ketika dalam rawatan. Moga cepat sembuh.

    ReplyDelete