Pages

Thursday, August 19, 2021

10 Muharram

Alhamdulillah hari ini dapat berpuasa sunat Ayura 10 Muharram. Semua puasa kecuali abang Imi. Alasan Bami ibu tak bagitau kalau tak Imi puasa.. ehh... ibu siap panggil pagi tadi sebab masa tu Bami belum tidur layan movie. Wafi cakap tak terasa lapar sangat puasa hari ni  sebab duduk dalam rumah. 

Ini sahur Wafi.. roti telur dan secawan susu. Ibu juga buatkan untuk ayah dah Kawi. Macam biasa ibu cuma minum air kosong. Kalau ibu puasa solo memang tak bangun untuk ke dapur. Sediakan je air kosong sebelah katil.

Petang tadi sempat singgah rumah nenek hantar aiskrim. Buat dessert nenek selepas berbuka nanti. Meriah rumah nenek dengan bendera kecil dah besar hasil kerja Cik Awi sempena bulan kemerdekaan.

Masak simple je.

Siakap masak cuka.

Udang goreng tepung.

Cempedak goreng, kulit lembu+rebung tumis dan tempe goreng tapau dari rumah nenek. Begitu juga manggis yang sangat manis dari Tapah kiriman ummi. Cuma perlu pilih yang tidak keras sebab buah sampai lambat bila dikirim menggunakan Poslaju.

Kerabu suhun beli dari Uncle Rizal. Beli 5 pack... bolehlah Bami dan ayah buat supper malam ni.

Pizza Ketam pemberian Cik Ana.

Dah sediakan sayur dan bahan tumisan, simpan balik dalam peti sejuk sebab dah banyak makanan.

***********************************************************************

Tadi dapat pesanan 23.9.21 akan full production. 

Hi, all please be informed that we plan to start back full operations this Monday 23rd August. 

HR will issue a memo once we clear w all the vaccination, testing and approval. Meantime push your team to go finish their PIKAS & PICK.

 Jadi tunggu sahajalah apa plan bahagian pengurusan untuk kehadiran pekerja dan SOP yang perlu dipatuhi 

Hampir 3 bulan PKP dan PKPD di Daerah Klang jadi syarikat memang tidak beroperasi hanya bahagian pengurusan sahaja kerja samada WFH atau on and off masuk ofis. Since ibu pun dah biasa kerja jadi takde lah rasa lemau sangat nak masuk ofis untuk bekerja sepenuh masa.

3 comments:

  1. Alhamdulillah..seronok dapat berpuasa sunat sama sama. Meriahnya rumah nenek dengan pokok bunga. Bagus gantung bendera semangat Merdeka. Sedap sedap lauknya tu.

    Pening dengan SOP yang sentiasa bertukar tukar ni. Semoga dipermudahkan segala urusan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kerja mak akk tiap pagi dan petang, belek pokok2. ada je yang dikerjakan tak duduk diam. Kalau duduk sesaja penat katanya.

      Delete
  2. Meriah hidangannya. Kulit lembu tu saya dapat makan kalau balik kampung. Di LD tak pernah jumpa.

    ReplyDelete