Pagi ini ibu ke ofis buat kerja-kerja yang ditinggalkan oleh staff yang berhenti kerja 24 jam hampir 2 minggu lepas. Menurut HR, sukar juga nak dapatkan staf pada masa PKP ini. Syarikat dijangka buka pada 1 Sept 21 apabila 80% pekerja telah divaksin dan telah mendapatkan kelulusan dari MITI. Sebelum masuk ofis, setiap pekerja juga perlu menjalani ujian RTK saliva.
Ibu sampai rumah hampir jam 4 pm. Masa tu Wafi sedang menduduki exam Tajwid. Lepas bersihkan diri baru lunch.. breakfast pun tidak. Hari ni memang tak masak kebetulan masing-masing order dan beli makanan. Kawi order 3 pack bakso, ibu beli 5 pack bubur nasi dan ayah beli Vietnamese Roll dan wedges.
Jane adalah nama kegemaran Wafi dalam game atau apps yang digunakan.. contoh JaneXcute... tak ingatlah pulak dalam game yang mana.. Zepeto ke.. Roadblock (entah betul ke tidak nama tu).
Sketch Tree is a professional drawing software in mobile phone, it focuses on realistic painting, and integrates ps, image editor, picture beauty.
Salam kenal dari akak kt utara ni
ReplyDeleteSalam perkenalan kak.. Waahhhh.. dari utara ya.. nanti saya blog walking ya.. Suami saya orang utara gak... Kulim yang dah setahun tak dijejaki!
Deletemenarik pulak app sketch tree tu.. salam kenal tuan rumah
ReplyDeleteSalam perkenalan juga... saya dah follow blog kakmim.. nanti saya blogwalking ya.. jauh ni dari Sarawak.
DeleteSenang hati Wafi dah habis exam. baru boleh santai santai main game :)
ReplyDeleteTerlebih santai.. malam tadi dia tidur jam 2 pagi rupanya.. padahal pagi ni ada kelas SK.. pagi kejutkan mata katup rapat. Geram je. Lepas kelas boleh pulak tidur lagi.
DeleteLega rasanya kalau dah habis exam.
ReplyDeleteSelamat bersantai-santai Wafi.
Ni pun masih bersantai2 lagi padahal ustazah tak kasi chance pun.. dia ingat ustazah tak bagi kerja sebab dah habis exam.. rupanya kena siapkan latihan Ulum syariah 11 mukasurat. Ibu pulak yang cuak sebab UPKK tak lama lagi.
DeleteSA tgh risaukan kakak Dania yg nak exam SPM tahun ni...eh tahun depan la examnya
ReplyDeleteMemang macam tu SA, mamanya yang akan risau lebih.. lagi2 Dania anak tunggal ya. Insya Allah Dania boleh buat yang terbaik.
Delete