Semoga perlantikan beliau akan memakmurkan politik dalam negara dan menjadikan Malaysia bertambah aman dan lebih menyihatkan... eh..
Ini adalah bubur Asyura versi Utara yang ibu order dari platform Meru Food Channel. Satu bekas ni RM6 dan ibu beli 2 tanpa caj penghantaran. Masa sampai tadi masih suam-suam. Rasa manis-manis dan dalam ada ubi-ubi dan kekacang tiada tambahan daging. Mungkin ini versi manis jadi tiada daging. Seingat ibu masa makan di UUM dulu setelah masak bergotong royong ada campuran daging. Mungkin ada pelbagai versi.
Masa sampai ada rintik-rintik lagi. Kami jalan satu pusingan tasik lepastu hujan berhenti jadi teruskan lah lari perlahan-lahan.
Habis satu pusingan baru teringat untuk on kan apps Strava dan Samsung Health. Dapatlah lebih 5km.
On the way balik tu singgah sekejap di restoren mamak. Since ibu dan kakak Widad dah dapat 2 dose boleh lah dine in. Masa sampai pun ada 3 orang pelanggan je jadi berani lah masuk. Sedapnya dapat makan roti canai panas dan teh tarik.
Hari ini adalah hari pertama untuk mana-mana pelanggan tempat makan untuk dine in seperti yang dinyatakan oleh Majlis Keselamatan Negara. Masih perlu jaga SOP dengan ketat kerana kita masih belum menang menangani pandemik ini.
Semoga Cik Zie sentiasa sihat-sihat selalu dan sentiasa dilimpahi rezeki berganda-ganda.
Ada satu hari lagi cuti sebelum masuk kerja pada hari Isnin....
So esok boleh lah pilih-pilih tudung untuk dipakai hahahah.. maklumlah ritu masuk ofis on and off santai je tanpa uniform jadi tudung pun sarung je lah mana yang senang.
Tahniah buat YAB PM 9
ReplyDeleteSemoga pentadbiran negara semakin mantap!
DeleteZaman belajar di U dulu tinggal di asrama, macam-macam versi bubur asyura saya dah rasa sebab masing-masing nak buat versi dari tanah kelahiran. Belah utara, belah pantai timur dan belah selatan.
ReplyDeleteSeronokkan ada ramai kawan dari pelbagai negeri.. boleh belajar sesuatu daripada mereka.
Delete