Pages

Monday, December 12, 2022

3D 2N Hatyai 2022 : Day 2 - Sarapan Pagi Di Dimsum Zaina

Hari kedua tu kami minta Pakwan bawakan kami sarapan kat mana-mana restoren atau gerai. Pakwan suggest restoren yang ada roti canai, nasi kerabu dan lain-lain. Kami follow je lah. Pagi tu Pakwan tak bawa kami tapi arrange tuktuk yang lain.

Sampai-sampai... ehh.. Dimsum Zaina. Viral juga tempat ni di kalangan Malaysian.

Pelbagai jenis dimsum.

Ambik ni satu je nak rasa.

Tak ambil pun, saja ambil gambar.

Dimsum semua harga THB20. Mereka cakap portion lebih dari Chabura Dimsum.

Kalau boleh masuk perut nak je rasa semua kan!

Besar juga kedai ni, sebelah tu pun ada.

Ni Cik Wada dan Cik Fatin beli kat stall luar, boleh je bawa masuk makan kat dalam.
Pulut ayam, pulut daging dan nasi khomok (kalau kat Malaysia ala-ala nasi beriani).

Kopi-o panas dan Nescafe kaw.

Dimsum yang kita pilih siap dikukus.

Chang inti ayam dan cendawan.
 
Ini Nenek Ina makan English breakfast.

Nenek kata nak makan sotong. Kita ambil dua set.. bila sampai besar-besar betul, ingat ayam goreng. Tapi sotong tak berapa fresh.

Ini stall kat luar, leher ayam sekali dengan kepala!
Tak adalah nak ambil, ada seorang customer tempatan tu borong semua. Sedap kot hahahah

Sedap pulak tengok bawang goreng tu. Fresh.

Yang kanak-kanak mereka ambil roti canai, tapi tak adalah nak ambil gambar... dah biasakan nampak 😁

Makan relax-relax je lah.

Yang nak makan, yang nak ambil gambar, yang paparazi 😁
Sedap roti cheese yang Nenek Ina pesan.


Bergambar bersama pemandu tuktuk yang boleh bercakap Bahasa Melayu.
Mereka ni pun akan pastikan kami dapat makanan yang dipesan.
Juga translator sebab ada pekerja restoren yang tak faham BI atau BM.

Nenek Ina di depan restoren.

Mana yang ada je lah sebab yang lain dah masuk tuktuk.

 
Cik Wada cakap ini tuktuk geng orang tua. Itu yang ibu kena masuk sini.
Sabar je lah!

Dah kenyang... jom lokasi seterusnya.

5 comments:

  1. Kalau org pegi hatyai sy suka tgk gambar mknn... jamu mata... udangnya mcm fake je... sbb cantik sgt... haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak macam fake tapi memang udang real hehehe.. tak tau mana diorang dapat udang tapi setakat makan udang di sana kebanyakannya fresh.

      Delete
  2. Haatyai memang syurga makanan...betul..x sempat lapar kalau pi sini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak puas makan sebenarnya sebab ada food yang tak sempat cari dan rasa.

      Delete
  3. tuktuk tu boleh naik brp org paling ramai awak?

    ReplyDelete