Lepas solat semua, masa untuk cari makanan. Dekat je Masjid Songkhla dengan Klong Hae Floating Market ni. Dibuka hanya pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja termasuk cuti umum dari jam 1 pm hingga 9 pm.
Ini memang betul-betul timbul lah pasarnya. Disebabkan hujan dah beberapa hari, air sungai naik jadi peniaga yang berniaga atas sampan tidak boleh berniaga di situ. Mereka berniaga di bahagian atas. Nampak tak awan atas tu, cloudy je. Cuaca pun gloomy.
Hujan renyai-renyai juga.
Apa yang ibu perasan, hujan kat Hatyai ni berterusan tapi renyai-renyai. Memang hujan sepanjang masa.
Ibu tak ada ambil gambar banyak sangat sebab hujan tambahan orang ramai.
Mana yang sempat je lah.
Ibu beli 2 set ketam dan 2 set udang, boleh makan ramai-ramai.
Ada tambah taugeh bawah tu.
Disebabkan tak ada meja dan kerusi yang available kami letak makanan atas meja peniaga yang kosong. Situ ada 2 kerusi je. Bolehlah guna since sebelum ni ada Malaysian duduk makan situ. Mereka yang offer tempat. Lepas kami habis makan, ada Chinese Malaysian pulak nak makan. Kita saling bertoleransi.
Agak tak selesa lah sebab makan sambil berdiri ni. Makan pun tak boleh nak santai sangat sebab ada 1-2 ekor anjing yang besar suka dok lalu lalang.
Teruk benar lah gambar ibu ni. Masa ni tengah telefon Cik Fatin beritahu lokasi kami.
Ibu rasa sikit je... rasanya ini Cik Fatin punya.
Lepas makan nak shopping pulak. Hujan pulak sekejap lebat sekejap berhenti. Kena belilah baju hujan. Kat sana biasa je orang pakai baju hujan ni even kat pasar-pasar, naik motor dan kat mana-mana lah.
Kalau kat Malaysia hujan-hujan begini duduk rumah je.. tak pun pakai je lah payung. Tapi kat sana orang berbaju hujan lagi ramai dari yang memakai payung.
Baju hujan tu harga THB30. Ibu paw nenek hahaha... beli 3 untuk ibu, nenek dan Wafi.
Tak puas makan kat sini sebab ibu tak jumpa pun tomyam. Nak pergi ke setiap gerai pun tak sempat sebab hujan. Lagi satu makan sambil berdiri ni tak seronok. Tak boleh makan santai-santai.
Masa ni dah jam 5 pm waktu tempatan. Rasa dah penat sangat badan pun rasa berlengas walau hujan dan tak kena matahari langsung.. yelah.. dengan pakai baju hujan masuk keluar gerai2.. rasa rimas.
Kita balik hotel terus sebab nanti jam 7 pm nak keluar dinner pulak.
Kali ni topping lebih sikitlah tapi jagung dah habis juga.
Yang tak ada kacang tu nenek punya.
Betul..makan sambil berdiri memang x syok...
ReplyDeleteMakan pun tak tenang 😣
Delete