Trip ke Hatyai dari 8/12/2022 - 11/12/2022
Setelah menanti selama 3 bulan lebih, akhirnya bermulalah musafir family members ke Hatyai, Thailand menaiki ETS dari Sungai Buloh ke Padang Besar. Ikut jadual Khamis, 8/12/2022 11.17 pm.
Tiket ETS pergi balik
Dewasa : RM195.00
Kanak-kanak : RM108.00
Walau agak runsing juga sebab dua hari (6/12/2022) sebelum kami berangkat tu ada kejadian bom yang di Sadao, Songkhla dan menyebabkan 3 orang pekerja keretapi maut ketika membaiki landasan.. Kejadian pertama Sabtu sebelum tu, bom meletup yang menyebabkan keretapi barang tergelincir dan merosakkan landasan keretapi.
Beberapa hari selepas kami beli tiket ETS, KTM ada buat promosi Sawasdee yang mana penumpang boleh menaiki tren terus ke Hatyai. Terkilan juga kalau tak boleh dapat promosi tu 😁. Rasanya mereka kena bertukar tren lah kat Padang Besar sana, tapi bila landasan kena bom maka pihak KTM menyediakan van untuk ke Hatyai. Ini disebabkan tren dari Padang Besar ke Hatyai tidak dapat beroperasi.
Walau tak dapat beli tiket promosi Sawasdee, tidaklah mengapalah, Allah sebaik-baik perancang.
Family Cik Elis dari Shah Alam.
Family Cik Wada.
Turut serta Nenek, Cik Fatin dan Nenek Ina.
Ibu dan Wafi the next trip.
Disebabkan masalah teknikal ETS, jadual perjalanan lewat 1 jam.
Sampai di KTM Padang Besar tu mereka solat subuh dulu.
Tandas dan surau tak proper. Boleh ya tak ada air, pekerja guna air dari pili bomba masuk dalam tong besar dan perlu cedok masuk baldi.
Ibu dengar masalah ini sudah berlarutan beberapa tahun. Masa perjalanan nak balik ke Sungai Buloh tu, ada seorang ni cakap, 5 tahun lepas dia datang pun tak ada air, tahun ni pun sama.. hurrmmmm...
Sayang.... kenapalah pihak berwajib tidak menyelesaikan masalah begini dengan sewajarnya.
Adakah tidak menggalakkan penduduk Malaysia untuk melancong ke luar? Bagaimana pelancong yang masuk ke Malaysia?
Ini kan pintu sempadan masuk dan keluar negara, patut lah mencerminkan keadaan yang terbaik!
Dari KTM Padang Besar ke Imigresen Malaysia (5 km) mereka naik Grab Malaysia (RM20 x 2 kereta).
Ada masalah sikit kat Imigresen Malaysia, bila passport Ali dan Cem tidak dapat dibaca oleh sistem.
1/2 jam juga mereka stuck di situ.
Dalam van transit. Siam style... dah macam disko dalam tu.
Dari Imigresen Malaysia ke Imigresen Thailand (1 km), naik van Thailand (RM40).
Masa kat Malaysia dah book van pergi balik dengan Pakwan, THB3000.
pakej ni dari Imigresen Padang Besar (Thailand) ke Hatyai to and fro.
Tambahan kos
Pergi : KTM ke Imi Malaysia - Imi Thailand RM80
Balik : Imi Thai ke Imi Malaysia => KTM Padang Besar = THB900 X 12.86 (RM115.74)
Masa kat KTM Padang Besar ada nampak pakej van dari KTM Padang Besar ke Hatyai RM30 seorang. Kalau kami ambil pakej RM30 x 10 orang x 2 = RM600
Tambang macam ni nampak ambil pakej lagi murah (sikit je), beza RM18.46
Perjalanan dari Imigresen Thai ke Hatyai dalam 50 minit.
Mereka letak beg dulu di hotel dan turun semua cari breakfast.
Tuktuk dah chartered awal-awal.
THB5,000 x 2 buah untuk 3 hari.
Cemmmm.... mak awak tak basuhkan muka ke 😂
Semua orang pertama kali naik tuktuk.
Seronoknya...best kalau dapat bawak Pak Zain dan Mak Pah...tapi tu la..susah untuk Mak Pah sebab dia dialysis 4 kali sehari kan...
ReplyDeleteTak apalah SA.. bawa Mak Pah jalan-jalan dalam negara pun mesti dia dah suka sangat. Dulu masa arwah abah ada pun kami bawak kotak2 baxter untuk buat dialysis. Masa abah buat HD senang sikit sebab Sabtu Ahad bukan jadual HDnya. Masa kena buat PD lah berangkut semua.
DeleteMeriah gi ramai2tu kan... Seronok
ReplyDelete