Pages

Thursday, December 22, 2022

Keputusan PSRA Wafi

Hari ni semua calon Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) Negeri Selangor akan dapat keputusan. 2 hari lepas ustazah Wafi sudah maklumkan yang murid boleh ambil keputusan jam 3 mengikut kelas masing-masing. Tiada majlis khas diadakan kerana ramai murid yang tidak dapat hadir untuk memeriahkan majlis. Musim cuti sekolah kan, jadi ramailah yang pergi bercuti.

Ibu purposely ambil half day leave untuk hantar Wafi ke sekolah. Kakak pun ikut sekali tapi tunggu dalam kereta.

Masa Wafi masuk kelas untuk ambil result, ibu tunggu kat luar kelas je. GPK kata boleh masuk temankan anak. Ehh.. laju je lah ibu masuk, Duduk sebelah Wafi. Wafi dah suspense hehe.. Ibu kata nak ambil gambar..

Masa ni lah gambar nak goyang.. adoiii...
Rasa ibu yang terlebih nervous 😁

.
Alhamdulillah dengan izin Allah Wafi dapat pangkat Mumtaz.
Allahuakbar!

Masa Ustazah Suhana bacakan keputusan ibu rasa sebak sangat.

Hanya ucapan Syukur ke hadrat Allah swt.
Terima kasih ustazah.
Terima kasih ustaz.
Semoga Allah jua yang membalas segala kebaikan.

Marilah kita ambil gambar atas pentas perhimpunan.

Cepat lah ma... nanti kawan-kawan kita pandang. Malulah kita..

Takde.. takde..
ambil gambar dulu.
Biarlah diorang pandang pun, bukan selalu dapat bergambar camni 😃
Nanti mak diorang pun suruh bergambar juga.


Simpan buat kenangan.

Senyum paksa rela lah tu.

Ustazah beritahu tahun 2022 keputusan Mumtaz sekolah Wafi ada peningkatan berbanding tahun 2019. Tahun ini seramai 15 murid mendapat Mumtaz berbanding 10 orang murid pada tahun 2019.
% murid lulus juga meningkat.
Alhamdulillah.

Tahun 2020 dan 2021 tiada peperiksaan PSRA disebabkan wabak Covid 19.

Tahniah semua murid yang berjaya menduduki peperiksaan PSRA.
Dalam belajar.. tak belajar.. belajar.. tak belajar 😀😀😀  macam-macam cabaran ditempuhi sepanjang tempoh 2 tahun pendamik berlaku, akhirnya berjaya mengenggam sekeping sijil tanpa mengira pangkat yang diperolehi.

Masuk kereta cepat-cepat tak sabar nak bagitau kakak.

Dah jom.... kita cari makanan pulak.
Lapar.

4 comments:

  1. Alhamdulillah dapat mumtaz!
    Mudah-mudahan terus cemerlang dalam pelajaran.

    ReplyDelete
  2. Tahniah Wafi dan ibu...saya tengah berdebar juga nak tunggu keputusan UPKK Pia

    ReplyDelete