Penerbangan FD 309 Airasia pada 9/12/2022
Ini dikira grup kedua lah yang akan menyertai trip ke Hatyai. Ibu dengan Wafi je since yang lain dah sampai awal pagi tadi menaiki ETS dari Sungai Buloh ke Padang Besar malam tadi sebelum meneruskan perjalanan menaiki van ke Hatyai.
Lepas solat Zuhur, Abang Imi dan Kakak Widad hantar ke KLIA2. Sejam je dah sampai sana. Drop kat Departure KLIA2 tu.
Ok.. cun.. pintu P1. Dah buka. Boleh lah masuk dulu.
Since ibu dah siap-siap check in melalui web check-in jadi boleh lah masuk. Tambahan luggage bawa masuk ke kabin jadi tak perlu lah nak print tag bagai.
Print siap-siap boarding pass. Guna je A4 paper. Kalau nak print guna A3 pun boleh... haaaaa... itu lawak, karang kena viral pulak 😁
Ini pertama kali ibu naik pesawat sendirian maksudnya tidak ditemani ayah atau family members yang lain. Sebelum ni kan ada ayah atau Cik Wada atau Cik Fatin yang uruskan hal check in. Jadi ada sedikit cuak hahahaha...
Dah masuk gate tu lapar lah pulak. Nak makan yang berat sikit, jumpa restoren Noodles je. Beli lah Nasi Lemak ni. Harga airport kan... RM29.90
Cakap kat Wafi ni kalau kat luar baru RM6 huhuh..
Wafi cakap.. ini airport lah ma.
Patut kita makan kat area luar tadi, banyak lah pilihan restoren.
Tapi tu lah... otak ibu ni kan penuh kebarangkalian... kot-kot ramai orang masa kat Imigresen.
Jadi setelkan lah cepat-cepat.. Padahal ada lagi 2-3 jam sebelum boarding.
Play safe gitu kekdahnya 😅
Sebelum tu solat lah Asar di surau berdekatan P6.
Pergi semula ke P1, gate pun tak buka lagi.
2 orang travel bersama.
Penerbangan memakan masa 1 jam sahaja.
Wafi kalau boleh nak duduk kat tepi window, tapi kita kan tak beli seat.
Tak apa lah Wafi, tak dapat tengok apa pun kat luar sebab gelap.
Since masa Thailand lewat sejam, jadi masa sampai tu 8 pm lah waktu sana.
Sekejap je lah setel chop passport di Imigresen Thailand.
Disebabkan kita sampai melalui airport, jadi tiada kad putih (white card) yang perlu diisi. Masa kat Imigresen tu ibu tanyalah kat staff di situ tentang white card. Risau gak sebab dok baca kena isi kad putih jika melalui Padang Besar.
Sampai-sampai cari simkad dulu. Keluar pintu airport sebelah kiri dan kanan ada kiosk yang jual. Mula-mula pergi kiuosk sebelah kiri pintu, yang ada THB399 untuk data yang sama seperti di atas. Ibu tanya semua harga sama ke untuk pakej tu, sama katanya. Tak puas hati, tanya kiosk yang sebelah kanan keluar pintu tu. Murah sikit THB299. Ambik yang ni. Minta pekerja situ masukkan sim kad siap-siap.
1st batch yang beli sim kad kat KTM Padang Besar lagi murah, RM25.
Haaaa.. boleh lah beritahu diorang kita dah sampai.
Masing-masing di Malaysia dan Thailand dok risaukan kami dah sampai ke belum selagi tak update dalam whatsap grup... maklum ler pertama kali travel sendiri 😁😁
Tunggu grab depan airport.
Ibu dah siap-siap install apps Grab dan Maxim.
Ini juga pertama kali nak guna walau dah testing siap-siap kat Malaysia tapi tak adalah sampai panggil grab sebenar.
Teori dah tau tapi tak ada praktikal 😁😁
So old fashion lah ibu ni.
Nak buat macamana... kat Malaysia tak ada keperluan guna Grab, kalau naik pun ayah yang buatkan semua.
Dah apply tapi macam tak ada pulak detail Grab tu..
Ahhhhh... sudah.. dok tekan-tekan entah apa yang keluar. Dah keluar kos THB226 tapi macam stuck.
Ingat kalau tak boleh panggil je lah teksi.. mesti setel. Tapi diorang cakap mahal!
Apa lagi... guna talian hayat... minta lah ada budak Siam ni (hensem macam pelakon, ehh😀) yang sedang tunggu Grab, tolong buatkan. Dia pun tekan-tekan, siap tunjuk ada promo diskaun, dapatlah THB180 (Airport to Lee Gardens Plaza Hotel)
Perjalanan dari airport ke hotel dalam 30 minit camtu.
Sampai-sampai, ambil kad di frontdesk, Cik Fatin dah tinggalkan siap-siap. Letak beg dalam bilik dulu.
Hehe..takpe..pengalaman kan..next bleh dating ngan wafi pi negara lain plak...
ReplyDeleteDekat-dekat mungkin boleh lah sebab akak ni jenis penakut. Mujur ada yang menunggu. Tak boleh jadi solo traveller hehe..
DeleteSis..nak tnya.balik naik airasia jg ke?atau naik ets?
ReplyDeleteBalik naik ETS, pergi je naik AirAsia - Ibu Rawiwa
DeleteSis, masa balik dgn ETS, perlu fill up white card departure?
ReplyDeleteWhich airport to hatyai ye
ReplyDelete