Pages

Tuesday, December 20, 2022

Katanya Nak Makan Rojak

Petang Ahad lepas tolong kemas-kemas rumah nenek, kakak Widad ajak makan rojak dan cendol. Teringin katanya. Adehhh.. dah lah hujan-hujan, ingat nak sambung tengok Kdrama Cleaning Up. Ibu akur je lah. Reward kakak dan Wafi sebab tolong ibu.

2 gerai rojak berdekatan yang ibu tau, satu di bulatan Puncak Alam dan satu lagi di Alam Jaya. Since sebelum ni dah makan di Alam Jaya, kita repeat situ je lah, depan Econsave. Sampai pun dah jam 5 lebih. Hujan renyai-renyai lagi. 

Cendol dah habis. Ambil je lah air kelapa kongsi tiga orang.

Wafi dan Kawi makan rojak sorang satu.

Aroma mi yang sedang digoreng.. makaihhhh... sapa yang lalu pun menoleh.

Ibu nak makan mi goreng panas-panas.


Kakak kalau disuruh bergambar ada je lah nak mengelak.

Wafi sporting... kerap jadi model dalam grup family.. selalu nak kenakan abang lah tu.. malam kelmarin jadi Juon 😁

Makan mi goreng dan rojak merangkap dinner terus.
Tapaukan untuk ayah juga.
Selesai...
Malam boleh sambung Kdrama 🙈
 

3 comments:

  1. sedap nampak mee goreng tu..

    salam kenal-kenal awak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat ni mi goreng luar lulus ditekak kami 😁. Terima kasih Ammi berkunjung ke sini. Salam perkenalan. Blog ni caca marba je, cerita-ceriti anak-anak.

      Delete
  2. Mee goreng adalah fav SA...sedapnyaa..

    ReplyDelete