Pages

Wednesday, December 14, 2022

3D 2N Hatyai 2022 : Day 3 - Perjalanan ke Sempadan Thailand - Malaysia

Ini dalam van yang bawa kami ke Imigresen Thailand Padang Besar.
Van pergi balik THB3000 bayar hari last kepada pemandu.

Dalam perjalanan balik tu singgah 7e, last shopping.

Ibu beli burger AA banyak-banyak, kongsi makan dalam van. Ahhhh... sedap😋
Cik Zie dan Cik Hannis beli air kesedapan.

Van berhenti betul-betul di pintu masuk Imigresen Thailand.

.
Sorry Ali... gambar ni nak tunjuk Ali sedang merajuk, nangis nak umi, berdiri tepi kereta. Kakak Wafi yang cakap bila makngah tanya ini gambar kat mana... alaaa.. yang Ali merajuk tu.

Kat sini ada 1 kereta dan 2 pickup yang akan bawa kami ke sempadan Malaysia... cehhhh.. bunyi macam menyeludup masuk je hhahaha...

Masa kat Hatyai lagi Pakwan dah siap-siapkan cari orang kat sini untuk sediakan kenderaan, jadi kami hanya perlu bayar THB900 untuk ketiga-tiganya. Bayar nanti bila dah sampai KTM Padang Besar.

Sebelum masuk Imigresen Thailand, kami masukkan beg-beg yang berisi makanan sahaja dalam kereta. Yang lain kena bawa masuk untuk pemeriksaan Kastam.

Beratur untuk cop pasport. Kecil je ruangan Imigresen Thailand ni.

Masa sampai giliran Wafi (ibu di belakang), pegawai kastam belek-belek helaian pasport lepas tu angkat-angkat nak bagi jatuh kot ada kertas terselit. Masa ni ibu dah cuak juga, apa yang dicarinya. Lepas tu beliau tunjuk keratan kertas putih (white card) kat ibu. Ibu dah agak.... ibu cakap kita datang dengan flight sampai di airport.... ooo.. airport sambil angguk-angguk kepala. Lalu terus cop pasport Wafi dan kemudian passport ibu.

White card hanya perlu diisi jika kita masuk Thailand melalui jalan darat.

Lepas cop passport, terus letakkan beg atas conveyor untuk di scan oleh pegawai kastam pula. Keluar dari Kastam situ nanti adalah makcik-makcik yang pegang duit Malaysia tanya nak tukar tak duit Baht ke Ringgit Malaysia. Ibu ada balance dalam THB300 tapi nak simpan je. Tukar duit syiling kongsi dengan Cik Fatin dapatlah RM2. Pemandu kereta bernama Rosmeenee yang bawa kita beritahu kalau tukar dengan mereka murah sangat. owhh.. ok.

Dah setel Imigresen Thailand, masuk ke dalam kereta yang dah tunggu tadi lalu di bawa ke Imigresen Malaysia pula. Tak jauh lah kan dalam 1 km.

Yeayyyy... dah keluar dari Thailand... ohh.. tanah air ku ... We miss you so much 💓

ICQS - Immigresen, Customs, Quarantine and Security

Ini lah pemandu kereta yang bawa ibu, Wafi, Cik Fatin dan nenek. Memang bawa pelancong keluar masuk sempadan dan ada buat tour service juga.

Masa sampai di Imigresen Malaysia penumpang tak perlu turun untuk cop passport. Rosmeenee ambil passport kami berempat, keluar dari kereta dan beri pada pegawai imigresen. Ala-ala drive through. Pegawai Imigresen ambil passport satu-satu dan kita dalam kereta tunjukkan muka je.
Selesai.. ehhh... senang lah macam ni.

Kalau naik bas atau datang sendirian tanpa pemandu perlu masuk kompleks Imigresen untuk cop passport.

Depan sikit kena berhenti pula di bahagian kastam. Kena keluar kereta dan bawa beg yang sama lalu masuk dalam bilik kastam, letak beg atas conveyor untuk kastam scan. Beg berisi makanan tadi masih ada dalam kereta, tak perlu scan. Kena jujur lah kita tak bawa benda haram dan berbahaya. 

Selesai pemeriksaan kastam, kita masuk semula dalam kereta dan bergeraklah ke KTM Padang Besar.

Kat situ lepas turunkan semua beg, barulah bayar duit kepada salah seorang ketua pemandu.

Boleh lah angkut beg yang berat tu naik ke stesen KTM.

Jenuh naik tangga. Tak pasti pulak ada lift ke tidak.



Tak tau sapa ambil gambar ni tapi ni last dealing dengan Pakwan sebelum bergerak ke hotel dari Kim Yong Market.
Cik Fatin serahkan THB10,000 gulpppppp... kepada Pakwan untuk service pengangkutan sepanjang 3 hari di sana. Pakwan bagi diskaun THB500 katanya bayar kepada driver di sempadan nanti. Lagi THB400 kita top-up.

2 comments:

  1. Banyaknya bag...shopping banyak eh kat sana...alahai Ali kenapa merajuk tu...ni sama ngan Aydan la ni...bila last day x puas berjalan terus mwrajuk dan buat hal....

    ReplyDelete
  2. Nanti bolehlah rujuk entri ini kalau kami hendak travel ke Hatyai. Dulu pernah pergi tapi naik keretapi dari Golok.
    Terima kasih kongsi banyak info.

    ReplyDelete