Alhamdulillah.. menginjak ke 20 tahun Kakak Widad hari ini.
Wafi tanya kakak lahir waktu bila?
Aduhhhh... kelahiran kakak selepas waktu berbuka puasa. Kena tahan dari meneran sebab nak tunggu Doktor Kamal yang berbuka puasa di rumah mak mertuanya area Port Klang sana. Ibu menahan sakit di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi) Sungai Buloh.
Since masa kelahiran Abang Imi ada sedikit komplikasi (Bami lahir secara vacuum) maka Doktor Kamal mesti attend kelahiran kedua.
Bila doktor sampai terus buat episiotomy, terus lah lahir kakak Widad.
Rasa kalau tak tunggu doktor pun dah boleh keluar.
Aiseyyyy...
Masa Abang Imi, keluar je Azan Asar berkumandang.
Wafi pulak sebelum Azan Subuh.
Tahun lepas datang celebrate birthday kakak tapi kakak tak ada sebab masih di Poli lagi.
Bila tak ada yang entertain2, kita turun dan keluar je lah.
Tengok kat bahagian bawah restoren lagi ramai orang dan ramai yang belum makan lagi.
Value for money lah gitu.
Tahun ni tiga-tiga anak sambut birthday di sini.
Abang Imi lah yang terlebih-lebih nak makan kat sini. Sebelum tu cakap nak makan Korean food. Ehhh... ini birthday Widad, biar Widad pilih tempat makan 😁
Selamat Hari Lahir Kakak Widad.
Semoga Allah rahmati kehidupan, sihat dan ceria selalu.
Sedih tengok baju tu.. ibu kena turunkan 20 kilo lah baru boleh masuk hahahah
Jadi boleh agak perangai masing-masing 😂😂😂
Makanan yang kami order malam ni.
Nama kampung, Buritos, Balinese Fried Rice, Teriyaki noodle, burger dan salmon with pasta.
Kakak taknak kami orderkan kek dan nyanyi lagi.. dah puas makan kek malam sebelumnya.
Lagipun ada 2 orang celebrate birthday dan pelanggan lain pun sama-sama nyanyikan lagu. Meriah dah!
Ibu ada belikan kek, kawan kakak dan uncle Zaki.
Cukuplah tu kek di rumah. Ini pun ada lagi.
Diorang breakfast kat McD sana.
Sempatlah kakak pergi One Utama, balik sesat barat hahhaha
Sabarlah kakak, katanya pusing-pusing kat PJ.
Asal minyak penuh.
Takde nya lah sampai terkeluar dari Semenanjung Malaysia 😁
Happy birthday kakak Widad... ayu je muka kakak widad
ReplyDeleteTerima kasih Kakmim yang manis atas ucapan dan singgah sini. Blog cacamarba hehe
Delete