Pages

Thursday, December 15, 2022

3D 2N Hatyai 2022 - Tragedi Lif No. 11 Lee Gardens Plaza Hotel

Cerita tak best masa nak keluar dari hotel. Pagi last day tu masa kat lobi nak check out, nenek beritahu yang cincin nenek hilang. Nenek dan Nenek Ina dan cari tapi tak jumpa. Jadi ibu reportlah kat kaunter. Receptionist call housekeeper untuk masuk bilik dan check. Housekeeper check, juga tak jumpa. Receptionist minta kami naik semula bilik dan check untuk confirm. 

Jadi ibu dan Cik Elis nak naik atas. Family members minta Cik Fatin ikut sekali. Kami bertiga masuk pintu lift yang terbuka iaitu lift No. 11.

Tekan button 24.

Lif menuju ke atas.

Tak lama lepastu lift bergegar, lampu berkelip-kelip, terpadam sekejap dan menyala semua.

Tiba-tiba stuck di floor 22. 

Astaghfirullah.... kami push button emergency. Tak ada response. Banyak kali kami tekan.

Cik Elis ketuk-ketuk pintu lif, kasi gegar-gegar lagi dengan harapan ada orang dengar.

Cik Elis call Cik Zie.. line pulak tak ada.

Terasa lift tu bergerak ke bawah secara perlahan. Kami bertiga dah berpelukan😓😓. Ibu dok bayangkan lif tu akan jatuh ke bawah dan terhempas, patah tulang temulang kami dan kami mati berpelukan huhuhu

Ibu cuma teringat sebut Allahuakhbar.. Astaghfirullahalazim... beberapa kali. Tak ingat dah doa Nabi Yunus. Cik Fatin masih tekan butang Emergency. 

Ibu tulis whatsap dalam grup.. lambat lah masuk.  Tak ada siapa response. Sambil tu Cik Elis  ketuk-ketuk pintu lift banyak kali.

Ibu tulis "lift sekat kat 22" dan send. Rupanya salah hantar ke Grup Rawiwa sebab dah gigil. Cepat-cepat padam karang orang kat rumah susah hati pula.

Type semula dan hantar semula ke Group Vacation.

Bila call Cik Elis berjawab, Cik Zie tak dengar dengan jelas dan terputus-putus.

Tangan ibu dah gigil-gigil.. dada rasa nak pecah. Teringat dalam cerita kalau lama sangat tersekat dalam lift boleh sesak nafas. Ibu rasa macam nak mati (tak tau lah pulak mati.tu camne😅). Ye lah.. kalau diorang kat luar tu tak perasan kami tak turun-turun.

Kami masih lagi menekan-nekan button emergency dan ketuk-ketuk pintu lif.

Cik Elis call Cik Zie semula. Kali ni baru dapat cakap dan beritahu kami terperangkap dalam lif.

Tak lama lepas tu tiba- tiba pintu lif terbuka dan cepat-cepat kami lompat keluar. Jatuh depan pintu lif sebab lantai lif dan lantai luar tu tak sekata, kira nya lif tu kat bawah sikit. Bila dah terduduk kat luar baru ibu perasan yang lif terbuka di tingkat 10.

Orang yang depan lift tu dok terpinga-pinga terkejut tiba-tiba kami jatuh terduduk depan lift sambil menangis😭😭

Bell boy hotel tu cepat-cepat dapatkan kami dan bertanyakan hal kami. 

Cik Zie pun terkejut kenapa kami tiba-tiba dah keluar kerana baru je beritahu kat receptionist yang kami terperangkap dalam lif.

Ehh.. ok.. ibu yang nangis berlebih-lebihan tambahan bila jumpa family members yang lain. Ingatkan dah tak jumpa mereka lagi.

Macam semua staf kat frontdesk tu tak cakna pun yang kami terperangkap dalam hotel huuhu.. agaknya button emergency tu tak function. Sebab semua buat relax je 😞

Kami beritahu pada receptionis kejadian yang berlaku. Minta mereka tutup lift no. 11 tu takut berlaku kejadian yang sama. Mereka kata sudah beritahu maintenance.

Cakap kat nenek dan receptionist yang kami tak mahu lagi naik bilik cari cincin tu.. nenek kata tak apalah.. cincin tu hadiah harijadi dulu ibu hadiahkan.. lama dah. 

Gigil kaki.

Nak turun ke Ground Floor pun masih gigil sebab perlu turun lift. Kami tak mahu turun guna lift yang sudah sedia terbuka. Bellboy tu pun suruh guna lift sebelah. Yang ternganga tu Bellboy guna untuk tolak troli beg-beg kami.

Sampai bawah lega.

Tunggu van shuttle.

Lee Gardens Plaza Hotel... buat masa ni ibu pangkah dulu lah 🤭🤭🤭


13/12/2022 ibu tulis email kepada Lee Garden Plaza Hotel tentang kejadian yang berlaku dengan harapan tiada lagi kejadian begini berulang. Explain detail. 


14/12/2022 baru mereka jawab e-mail.

No comments:

Post a Comment