Pages

Monday, December 19, 2022

Sup Ayam Bersama Kurma Merah dan Longan Kering

Ini juadah hari Ahad semalam. Teringin makan sup seperti yang Cikgu Amie kerap kongsikan yang mana ayam direbus bersama kurma merah dan longan kering. Kebetulan masa di Kim Yong Market, Hatyai ternampak ramai peniaga jual kurma merah dan longan kering. Jadi ibu beli lah sepeket setiap satu. Rugi pulak beli longan kering tu hanya sepeket padahal harga murah je di sana. 

Peniaga longan kering tu beritahu ada 2 jenis longan, yang putih boleh makan begitu sahaja manakala yang perang kena direbus atau rendam dengan air panas dahulu. Air boleh diminum manakala buahnya boleh dimakan. Ibu beli yang putih sahaja untuk makan dan masa tu tak terfikir pula untuk dimasak.
Bila makan tak berhenti sebab terus makan tak perlu kupas kulit bagai 😁

Inilah rupa sup ayam yang dimasak bersama kurma merah dan longan kering.
Comfort food.
Masaknya pun mudah hanya direnih semua bahan-bahan.
Tak perlu letak rempah sup pun.


Sedap betullah hirup kuah sup ni panas-panas dengan cuaca sejuk sepanjang hari Ahad kerana hujan diawal pagi dan malam sebelumnya.
Segerrrr....

Sup ni sedikit manis hasil dari kurma merah dan longan kering.
Mula-mula ingat nak bubuh daun bawang dan potongan cili bersama kicap macam biasa kita makan sup. Taknak hilangkan rasa asli kedua-dua bahan jadi kita lupakan. Mungkin boleh cuba lain kali.


Resepi Sup Ayam Kurma Merah & Longan Kering

Bahan-bahan:

  • 2 kepingan ayam bahagian peha (ibu ambil bahagian tulang dan ceker)
  • 11 biji kurma merah saiz besar
  • segenggam longan kering - anggaran 15 biji
  • 1 sudu besar goji beri (tak masuk, tiada stock dan tak pernah jumpa dan beli 😅)
  • 2 kuntum cendawan shiitake - rendan hingga kembang - belah 2
  • 1 labu bawang besar - belah 4
  • 7 ulas bawang putih
  • 2 cm halia muda - hiris nipis
  • garam / perasa pilihan
  • 1.8 liter air
Cara memasak:
  1. Jerang air di dalam periuk. Masukkan kurma merah, longan kering, cendawan shiitake, halia, bawang besar dan bawang putih.
  2. Setelah mendidih, perlahankan api selama 30-40 minit dan tutup periuk.
  3. Buka tutup periuk, dan masukkan ayam bersama goji beri.
  4. Tutup periuk dan renih sehingga ayam masak.
  5. Perasakan dengan garam / perasa pilihan.
  6. Hidangkan sewaktu masih panas.

6 comments:

  1. Sedapnyaaaa....dari ari tu nak buat macam ni x sempat2 lagi cari bahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh try SA. Bahan ada kot kat pasaraya besar, tak sure sebab belum pernah mencari kat sini.

      Delete
  2. Alhamdulillah. Dapat hirup sup ayam kurma merah.
    Saya pula rindu nak renih. Sejak tinggalkan rumah 2 minggu lamanya, belum lagi sempat masak sup ayam kurma merah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap cikgu.. Alhamdulillah. Terima kasih share resepi. Sebelum ni tak tau pun kewujudan sup macam ni hhehe. Bila cikgu kerap share membuak2 rasa nak cuba.

      Delete
  3. masa dalam pantang bersalin, arwah mama selalu sediakan air rebusan kurma merah & longan untuk tambah susu

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo camtu ya.. nanti kalau ada adik yang bersalin bolehlah saya buatkan.

      Delete