Untuk dinner kita cakap kat Pakwan nak tempat yang selesa, nak makan proper. Ada ikan, ada tomyam.. haaa gitu.
Nak makan duduk dengan selesa 😁
Pakwan suggest makan kat restoren tepi sungai.
D'Hatyai Cafe & Restaurant.
Memang betul-betul tepi sungai yang besar.
Haaa.. nenek jadi model.
Belakang nenek tu lah sungainya.
Jom lah tengok apa yang kami pesan malam tu. Kalau kat Malaysia pun lebih kurang beginilah menu yang kita pesan kat restoran yang menghidangkan masakan Thai.
Taknak ambil yang ikan masin.... lebih gemar yang plain.
Sayur pun fresh dan crunchy.
Yang ini tersangat puas hati. Ikan pun fresh.
Dua-dua tomyam ibu rasa biasa-biasa sahaja cuma isi seafood tu banyaklah. Kalau kat Malaysia lebih banyak serai dan bawang.
Cosy.
Kalau nak tempat yang happening boleh je makan kat sekitar hotel sana macam Hamid, Khaled, Salma Restaurant.
mahal x makan kat sini
ReplyDelete