Pages

Monday, December 12, 2022

3D 2N Hatyai 2022 : Day 1 - Asean Night Market

Masa ibu dan Wafi dalam flight tu, 1st batch dah menuju ke Asean Night Market dulu.
Share dulu gambar mereka.

Nenek dan Nenek Ina di sekitar hotel.


Dalam tuktuk menunggu yang lain.

Kat mana-mana lebih kurang je harga udang ni. Ini area hotel. Ada pelbagai saiz. Ada je yang campur-campur saiz. Udang yang Cik Fatin beli depan hotel semua fresh. Tak sempat nak beli lagi sebab perut tak sempat lapar. Ada je makanan yang nak dicuba.

Makan pun tak berapa nak proper sebab waktu mereka sampai tu orang tengah ramai. Jadi ada yang makan sambil berdiri bila meja kerusi tak cukup.


 ibu sampai tu dah kurang orang di bahagian atas. Tak jumpa lagi mereka sebab mereka dah turun shopping pakaian dan souvenir.

Wafi makan nasi dan ayam goreng.. sedap sangat bawang goreng tu.

Ibu minta sikit nasi Wafi. Ibu ambil daging bakar.
2 menu ni berharga THB180.

Lepas makan tu ronda-ronda cari apa yang boleh dicuba. Mana yang ada je lah sebab dah malam jadi banyak yang dah habis. Beli tapau je nak makan kat bilik hotel.

Wafi request potato ball.. ala-ala cekodok lah gitu!

Banana chocolate pancake. Ni macam roti canai pisang lah ada topping coklat.
Sedap.

Ni pun sedap, rangup diluar, lembut di dalam hahhaha...

Ambil gambar je tak beli pun.

Baru perasan, ada juga stall yang tak letak tanda harga. Susah lah macam ni asyik nak kena tanya je.

Kenapa gambar ni tersesat kat sini pun tak tau. Ada dijual di 7e.

Ok... VIP on the spot 😁😁
Lepas makan tu kami cari diorang kat bawah.

Cepat-cepat Cik Wada share gambar dah diorang di Malaysia risau kita tidak dijumpai 😂😂


Since mereka dah habis shopping kat bawah ni, tunggu je lah kami tengok-tengok kot ada yang nak dibeli.

Wafi berminat dengan kardigan, jadi belilah sehelai THB330.


Akhirnya.... we are united.
Barulah complete gambar!




Spam gambar beramai-ramai dalam Asean Night Market.

Jom lah balik.. dah malam ni.

Sampai hotel pun kat luar ni masih meriah. Hujan masih renyai.
Sepanjang 3 hari di sini memang hujan sepanjang masa. Tak jumpa matahari pun.

Nak juga makan ice cream. Bawa balik bilik.

THB50
Dah malam topping jagung dan mangga pun dah habis.
Ambil je apa yang ada. Still sedap sangat. Terasa kelapanya.
 

2 comments:

  1. SA x leh tahan tengok Udang ngan kerang tu...masa time SA pi hari- hari makan benda sama...psst lepas tu kan..kolestrol naik tinggi...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye lah kan.. kolestrol ni nak naik cepat je.. nak turun makan tahun juga.

      Delete