Petang tadi ibu attend buffet dinner di Dar Al Hajar Restaurant, Setia Alam.
Ngam-ngamlah sampai jam 6.30 pm
CEO dan bos ibu dah tunggu depan main entrance.
Adalah dalam 30 orang management staff yang dijemput hadir.
Masing-masing datang dari ofis.
Ibu dengan Mr Lee je pakai bebas sebab kami onleave hari ni tapi hadirkan diri juga demi company tersayang 😎
Mujur rumah dekat dan memang tak pergi berjalan pun cuti.
Ibu half day hari ni sebab setelkan permohonan sekolah Wafi di SRA tadi.
Ada diperkenalkan new manager yang akan bertugas awal tahun depan.
Ada nasi arab tapi ibu tak ambil.
Makan light meal je malam ni sebab tengahari dah makan nasi goreng pagi dan ayam KFC yang ibu tapau untuk Wafi dan Kawi.
Tak boleh habis sebab masin walau dah makan dengan sirap gula dia tu.
Pencen dah.. Alhamdulillah.
Tidak dapat sambung atas faktor kesihatan.
Ibu minta diri before 9 pm.
Risau balik lewat sebab kena memandu malam dengan masalah silau lagi.
Seronok malam ni get together.. makan-makan, gelak-gelak..
Dengar perancangan company untuk tahun depan, fuhhhh...
Semoga company dan semua staff bertambah sukses pada masa akan datang.
Ok.. lagi few days umur ibu meningkat separuh abad.. boleh lah sama-sama meraikan ulangtahun syarikat yang ke 50 tahun !
Meriah...x pe la kak..walau cuti tetap support kan..SA ni ha MC 2 hari...esok nak pi opis nak uruskan Dania punya borang masuk kolej dengan nak amik laptop..laptop tinggal kat opis...
ReplyDeleteJanggal plak kalau tak hadir sebab tak selalu ada event camni.. lagipun bolehlah huhahuha jumpa colleague tanpa diskas pasal kerja.
DeleteEsok last day ya kerja untuk tahun ni, dah kena uruskan hal Dania dan ambil laptop kenalah juga masuk ofis ya. Semoga cepat sembuh SA.
Dapat berkumpul ramai2 sambil makan2 tentu best kan
ReplyDeleteBetul tu wak walau kerap jumpa di ofis tapi bila berkumpul makan-makan lain suasananya.
Deletehujung2 thn ni banyak majlis makan2 tu yg seronok hehe
ReplyDeletesalam kenal kak..
Alhamdulillah.. masa ni lah seronok nak makan2 sebab tak rushing cuma ramai yang cuti clear leave lah.
DeleteSalam kenal Afzan.