Pages

Wednesday, December 14, 2022

3D 2N Hatyai 2022 : Day 3 - Perjalanan Pulang Menaiki ETS

Ibu share gambar-gambar masa kat KTM Padang Besar dan dalam ETS.

Sampai-sampai KTM ni kita cari toilet dan solat dulu. Dah cerita pasal 2 tempat ni kat 1st entry.

Duduk di cafe KTM, kita makan dulu pulut ayam dan nasi khomok. Sedapnya kombinasi pulut dan bawang goreng tu.. ditambah dengan ayam rangup di luar lembut di dalam.

Cik Wada lah kasihan, makanan yang dibawa khas dari Kaitod Meena telah mengalami kemalangan.. ehhh... bukan..
Masa kat cafe tu mereka letak makanan atas meja sebab nak beli air. Silapnya Cik Wada dan Cik Hannis pergi berdua dan tinggalkan makanan. Sampai-sampai tengok dah tak ada atas meja. Budak yang kemas sudah masukkan dalam tong sampah. Dia pun tak tahu sebab makanan ditinggalkan begitu sahaja.

Adakah ini petanda kena pergi semula 😁😁

Ramai lah orang kat sini menunggu waktu tren sampai.
Agak-agak tren dah nak sampai boleh lah turun ke stesen.

Pandai Cik Wada pilih seat, ambil hujung sekali dekat dengan pintu masuk. Dekat juga dengan toilet.


Wafi beli nasi dan ayam masak lemak cili api. Tak pedas pun.
Sekali dengan teh tarik.

Semua makanan yang dijual sudah siap pack. Hanya perlu dipanaskan je. Air minuman pun sama, semua 3 in 1.

Ada satu masa semua makanan habis, even Maggi cup pun habis tapi bila sampai ke stesen yang seterusnya mereka akan top-up. Jadi bolehlah memesan semula.

Ehhh.. tiba-tiba behave je semua.
Makngah tak pircayaaaaa...

Haaaa... kan dah bilang.. lakonan je tadi tu.

Dalam tren ibu dapatlah lelap setengah jam macam tu. Bukan boleh tidur pun dengan suara kanak-kanak riang.
Lagi-lagi Firas.. sabar je. 

Next level kan.. siap bawa mini kettle lagi buat air Milo dalam tren. Nenek Ina kata bolehlah medang-medang biskut cicah Milo. 

Ibu pun baru tau yang bawah seat tu ada plug bila ayah beritahu. Bolehlah caj hp. Rupanya yang lain dah tahu hahahaha... ada sign kat tepi dinding tren mention pasal plug 😁

Cik Elis dan Ali sepesen.. mereka berdua boleh lipat kelopak mata.
Ali guna 1 jari je.

Kanak-kanak riang yang bila celik mata tak duduk diam kecuali tengok hp.

Baby... u buat apa tu.

Firas pun lapar.. bagi je duit kat dia suruh pergi cafe... laju je.

Arissa nak rasa solat dalam tren.

Cem nak buat peace ke tu.

Belakang tu toilet, bersih.
Ada seorang pekerja bersihkan.
Dari luar tak ada bau pun.
Bila dah hujung-hujung perjalanan, bau hancing juga sebelah dalam walau bersih pada pandangan 😂, tapi kat luar tak berbau.





Cik Fatin marah sebab ada satu bagasi kuning asyik dok bergerak-gerak ke arah dia je... entah sapa yang empunya.. last-last nenek Ina ikat kat kerusi. Selesai masalah dunia 😂


Macam-macam nenek Ina bawak. Pam angin untuk pam bantal. Kan dah cakap, beg nenek Ina ni beg Doraemon.


Tren stop kat Tanjung Malim.. adalah dalam 30 minit camtu.
Jadi sampai pun lewat dari jadual yang sepatutnya 9.45 pm.

10 lebih lah sampai.
Alhamdulillah.

Kita solat dulu sebelum gerak balik.

Balik ibu tumpang Cik Fatin.
Nak keluar touch n go tak boleh baca pulak. Dah lah tak boleh top-up.
Mengamuk juga lah Cik Fatin. 
Kena bayar manual, baru lah boleh keluar.

Bayaran parking RM16.10 sehari/24 jam.
Jadi kena bayar RM52 ++

Cari dinner dulu sebab semua pun dah lapar.


Kita makan kat area Pusrawi Sungai Buloh. Mujur ada kedai buka lagi walau sudah jam 11 malam. Ehh.. esoknya kan Selangor cuti sempena Keputeraan Sultan Selangor.

Sedapnya dapat makan sup ekor panas-panas setelah sepetang kesejukan dalam tren.
Tq Cik Elis, belanja dinner.

12.45 am sampai rumah.

Tq Cik Fatin hantar kami.

4 comments:

  1. Wah ...ramai-ramai macam ni seronok sangat..kalau x fikir Mak Pah tu x sihat..memang dh ajak pi dh....seronok macam ni...cuma kena amik cuti extra la..alang2 bercuti kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini kebetulan ada cuti Keputeraan Sultan Selangor direct 3 hari sampai hari Isnin. Kami hanya ambil extra satu hari cuti Jumaat jadi adalah satu hari extra untuk berehat. Ini kalau semua family adik beradik ikut, naik 1 bas pun tak muat, pelawa sapa-sapa je nak join. Kalau family day memang wajib semua join.

      Delete
  2. Seronok betul dapat jalan-jalan Hatyai. Banyak sangat pilihan makanan yang sedap di sana.
    Saya belum pernah naik ETS. Harap satu hri nanti dapat travel guna ETS bersama keluarga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami pun 1st time naik kak Amie, seronok sebab cepat sampai, takde jem. Kalau sakit punggung duduk lama, boleh jalan-jalan. Kemudahan dalam tren pun tip-top. Kak Amie kena naik satu hari nanti.

      Delete