Pages

Monday, December 12, 2022

3D 2N Hatyai 2022 - Tiket Yang Penuh Kontroversi

Tiket ETS dah beli pertengahan bulan August 2022 bila KTM dah keluarkan jadual bulan December 2022.


Harga tiket pergi balik
Dewasa : RM195
Kanak-kanak : RM108

Dah ada tiket ETS dan hotel boleh lah buat itinerary dulu.


25/11/2022 Wafi dapat surat panggilan ujian UKKM MRSM.

Yeayyyyy.... bila tengok tarikh... alamakkkkk.... tarikh kita berada di Hatyai!

Fikir punya fikir kita ada few options.

1. Ibu dan Wafi tidak turut serta ke Hatyai. Batal semua.

2. Ibu sahaja pergi, Wafi tinggal dengan ayah dan kakak. Mereka akan uruskan Wafi untuk 9/12.22

3. Ibu dan Wafi naik bas dari Klang Sentral. 9 jam sampai Padang Besar. Bila baca pengalaman orang ada yang 3 jam untuk setel Imigresen Malaysia dan Imigresen Thailand. Ye lah... nak menunggu semua penumpang dalam 40 orang setel di kedua-dua Imi. Baru lah bergerak ke Hatyai. Cuma yang ini senang sikitlah sebab bas sudah sedia menunggu. Cuma proses di Imi sahajalah yang ambik masa.

4. Naik ETS samada di Tanjung Malim atau Ipoh pada 9/12/22 selepas sahaja Wafi habis exam. Option ni menarik juga tapi rushing lah pulak sebab takut exam Wafi habis lewat.

5. Beli tiket flight. Rupanya memang ada flight ke Hatyai, ibu ingat kena turun di Bangkok dan kemudian ke Hatyai, Rupanya ada flight direct. Bila tengok harga tiket macam sesak nafas. Rasa nak jalan-jalan makan je kat Hatyai tapi bila tengok harga tiket sakit hati lah juga. Untuk 9/12 tu adalah flight petang jam 6 pm. Perjalanan 1 jam je dan sampai sana 6.05 pm waktu Thailand.

Setelah ditimbang tara, option kelima paling selamatlah sebab balik dari UKKM tu boleh terus ke KLIA2. Ada lah beberapa jam. Masa tu pun tak beli lah lagi sebab balik dari ofis nak consult Wafi tak perlu ikut, kita pergi lain kali.

Tengahari tu masa Wafi dapat tau dapat panggilan UKKM dia suka dah. Bila kakak suruh tengok date, terus nangis telefon ibu. Ibu kata nanti balik kita bincang.

Malam Wafi kata ok lah, ibu tak ada masa ambik UKKM tu pun tak apa. Sekali bila ayah balik kerja tanya Wafi macamana, Wafi kata ok je tak ikut. Ayah psiko Wafi. Ayah kata nanti kalau nangis ibu tak ada, ayah campak dalam laut hahhahahahaa... macamlah Trolak tu ada laut!

Dah Wafi sedih, nangis teresak-esak. 

Ayah kata bawaklah Wafi, ambik flight terus. Takyah fikir-fikir lagi.

Jadi ibu terus transfer duit bagi Cik Wada minta book kan tiket. Jumaat malam tu setel. Harga tiket RM516 dua orang.


Pagi Ahad tu Cik Wada cancelkan tiket ETS. Disebabkan beli online maka refund pun kena online juga. Tapi ibu tak sure kalau beli di kaunter boleh refund kat kaunter atau tidak. Bila baca macam kena apply refund thru online juga. Dapatlah 75% refund TAPI bukan dapat cash ya. Dia masuk dalam KTM wallet. Nanti boleh lah ayah balik kampung guna wallet tu. Masa tu lah ibu baru dapat duit dari ayah 😓😓

28/11/2022 Cik Baya share grup telegram MRSM/SBP/SMA. Ibu pun joinlah. Pagi tu ramai yang share tarikh UKKM berubah. Ibu pun saja lah buka web MARA tu. 

Danggggggggggggg

SEKALI.... memang bertukar juga. Dari 9/12/2022 kepada 4/1/2023

Sabar... nak marah pun sabar!

Allah juga sebaik-baik perancang.

Stick to the plan je lah, takkan nak cancel tiket flight pulak. Itu pun kalau cancel masuk dalam Wallet juga bukan dapat cash pun.

ETS pun dah cancel. Lagipun tak ada dah tiket ETS tu.

Maka berdua je lah ibu dan Wafi ambil flight. Diorang berjimba-jimba dulu

Total ticket berdua RM708.80 fuhhh.. lap peluh

ETS RM303
Refund (RM110.20)
AirAsia RM516



4 comments:

  1. Alahai....sabar jer la kan....time nak bercuti time tu plak macam- macam hal...pernah gak SA alami...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin ada certain plan yang memerlukan buat kerja last minute.. kalau tak tergesa-gesa beli tiket flight dan cancel ETS masih boleh diselamatkan hahhaa.. tapi tu lah kalau tak beli tiket flight akan habis pulak.. takut semua tak dapat.

      Delete
  2. Haaa mostly date 9hb tu mmg drg replace date lain... Ramai abak2 member pun terkena tukar date tu... So kesimpulannya takde la kita terserempak dalam ETS kan.. Hehehe klu x konpom bole hi hi 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah sebab 9/12 tu Jumaat mungkin rushing jadi diorang tukar date.

      Delete