Pages

Wednesday, December 14, 2022

3D 3N Hatyai 2022 : Day 3 - Sarapan di Halal Food Kedai Makanan Islam

Jam 8 am kita dah turun untuk sarapan. Naik tuktuk juga.. padahal boleh je makan area hotel tu walking distance je.

Halal Food Kedai Makanan Islam
Haaa.. gitu ler nama kedai dia, tak pasti ada nama spesifik kedai ke tak sebab signboard tulis camtu. Nak baca tulisan Siam tak faham pulak.

Tulisan Siam situ.
Menu kebanyakannya jenis roti canai. Ada juga nasi berlauk tapi kami taknak makan heavy dan pilihan lauknya pun tidak menggoda kami.

Oh ya.. kedai ni dimiliki adik perempuan kepada salah seorang pemandu tuktuk kami. Masa kat dalam ni pemandu tu beritahu.
Kira pakej ke apa ni 😇😇

Entah apa yang digelakkannya pun tak ingat.

Ada roti kosong cicah susu. Kalau taknak susu minta sahaja kuah kari.

Roti kat situ biasa-biasa je lah sebab kat Malaysia boleh jumpa yang lagi lembut.

Ini roti telur disertakan sekali kuah kari dan acar timun.

Ibu ambil murtabak, sedap ni.
Ibu dah tersuka pula acar timun tu, ada rasa-rasa manis dan pedas.

Sementara tunggu makanan sampai.

BFF lah gitu walau jarak usia 24 tahun.
Nenek Ina kan sebaya ibu tapi sebab biras nenek kenalah ibu panggil makcik.
Senang bawak nenek Ina jalan, boleh geng dengan nenek sebab kedua-duanya kan ibu tunggal.

Lapar ye Fi?

Arissa.. arissa.. asyik nempel je.

Kat sini je lah boleh nampak wayar berselirat camni.
Tapi.... internet kat Hatyai ni memang laju.


2 comments:

  1. Seronok tgok semua semangat berjalan ..kadang bila berjalan ni ada je yg buat perangai kan..tp kalau dpt yg sekepala lagi best

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini short vacay je.. tak sempat buat perangai sangat heheh.. lagipun trip ni memang santai-santai je, makan-makan.. tak banyak termpat attraction pun kami pergi.

      Delete