Pages

Saturday, December 17, 2022

Potluck Di Ofis

Adik-adik di ofis plan nak potluck hari Khamis lepas. Semua onz je lah.. Bawak je lah apa-apa..  nak masak sendiri ka.. nak beli ke terpulang lah. Tak ada pun spesifik menu.

Bolehlah makan dari pagi sampai petang.

Wedges dan tauhu begedil sambal power.


Tu ha ibu bawa dimsum.. tak sempat fikir menu sebab masa diorang cakap arrange tu minggu closing. A day before baru terfikir. Itupun mujur ada sepeket kat Kedai Frozen Box. Kalau tak ada memang tak tau dah bawak apa.

Kali ni memang ada assorted cakes and dessert. Ada 4 orang bawak kek.

Cream puff ni ramai peminat.


Kek pandan Mamasab kalau tak.silap sebab isteri Uncle Mat kan agen. Senang lah dia... tiap kali ada makan-makan bawa kek 😅

Sebelah tu kuih koci labu dan koci pulut.


Nugget by Abang Habib ekekek... bihun Singapore dia sedap ooo... tapi kali ni tak goreng.

Kek batik full chocolate pun ada.


Makaroni goreng by the twins.


Spagheti Bolognaise by Abang Zaki. Staf lelaki kat ofis ibu memang semua pandai masak. Salute.

Tu kat hujung ada kuah Oden tengah masak. Tengahari baru makan panas-panas. Sedap betul dah lah makan waktu hujan sejuk kat luar dalam ofis.

Ada juga nenas MD2 dan lain-lain dibawa khas dari Johor.

Alhamdulillah rezeki buat semua. Ada makanan lebih bolehlah tapau bawa balik.
 

5 comments:

  1. Syukur rezeki...SA baru nak cadangkan buat Pot Luck minggu sebelum tahun baru...tp tu la macam ramai je bercuti nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena ramai ada baru best.. tapi kadang kalau 1-2 orang tak ada kami onz je sebab nak tunggu full house memang susah.

      Delete
  2. Rindu suasana begini. Dapat makan bersama kawan-kawan!
    Tauhu begedil dengan sambal power tu tentu sedap sangat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makan sepanjang hari kekdahnya.. tauhu begedil tu despatch baru bawa.. dia pun seronok nak join.

      Delete
  3. ini part paling ngeri bila kat office ramai staff...makan tak berhenti.
    dulu ginilah keadaan masa office ammi ramai, berat nak kurang dari 60 memang tak pernahlah.

    sekarang ni bila hanya berdua dgn boss...pandai pun angka pergi ke 58

    ReplyDelete